Monday, March 16, 2009

DIDIKAN AL-QURAN PERLU SEDARI KECIL

Baca Selanjutnya...

BUDAK 2 TAHUN FASIH BAHASA ARAB

Baca Selanjutnya...

KEM BESTARI SOLAT Tahun 1


Peserta berdoa setelah selesai berwuduk(amali wuduk)



Peserta solat berjemaah (amali solat)


Duduk tahiyat akhir....semasa amali solat


Khusyuk para peserta semasa mali solat

Baca Selanjutnya...

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2

Baca Selanjutnya...

Sunday, March 15, 2009

Kem Bestari Solat 2009


LAPORAN AKTIVITI

14 FEBRUARI 2009 ( 7.45 - 8.00 Pagi ) Pendaftaran Para Peserta
Para peserta telah membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang telah disediakan berhampiran surau sekolah. Guru yang bertugas mencatat kedatangan peserta kemudian mereka diarahkan berkumpul di surau SK Parit Haji Taib bagi mengikuti taklimat dan pembahagian kumpulan.

14 FEBRUARI 2009 ( 8.00 - 8.15 Pagi ) Taklimat dan Pembahagian Kumpulan

Setelah selesai proses pendaftaran para peserta yang mengikuti kem ini telah diberikan taklimat umum yang disampaikan oleh En. Ahmad sufi Bin Isahak. Seterusnya para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diiringi dengan seorang fasilitator sebagai pemudahcara.

14 FEBRUARI 2009 ( 8.15 - 10.00 Pagi ) LDK 1 - Teori Wuduk

Pada LDK 1 (Teori Wuduk) para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan dikendalikan oleh 4 orang fasilitator. Dalam Ldk ini, murid diberikan pendedahan tentang teori wuduk yakni pertama berkaitan dengan anggota wuduk, niat wuduk, rukun wuduk dan cara berwuduk. Di samping itu, mereka diberi latihan tentang amalan wuduk dari membaca Basmallah sehingga membaca doa. Murid juga turut diedarkan dengan beberapa bahan bercetak sebagai lembaran kerja dan nota yang berkaitan dengan teori wuduk.

14 FEBRUARI 2009 ( 10.00 - 10.30 Pagi ) Rehat

Semua murid atau para peserta pergi ke kantin bagi menikmati jamuan makan minum yang telah disediakan. Setelah selesai menikmati jamuan, para peserta telah kembali untuk mengikuti LDK seterusnya.

14 FEBRUARI 2009 ( 10.30 - 11.30 Pagi ) LDK 2 Amali wuduk

LDK 2, para peserta telah didedahkan dengan perbuatan wuduk yang sebenar. Para peserta telah dibwa ke tempat mengambil wuduk. Fasilitator telah menunjukkan cara berwuduk sambil semua peserta memerhatikan perbuatan yang dilakukan oleh oleh fasilitator. Kemudian para peserta telah melakukan amali wuduk seorang demi seorang sambil diperthatikan oleh fasilitator. Setiap kesalahan akan ditegur serta merta

14 FEBRUARI 2009 ( 11.30 - 12.00 Tengah Hari ) LDK 3 Niat Solat dan Teori Solat

LDK 3 pula, peserta telah diajarkan dengan niat-niat solat fardhu lima waktu. Fasilitator mengedarkan kepada mereka salinan bahan bercetak yang mengandungi niat solat. Mereka diajar menyebut lafaz niat secara latih tubi diperdengarkan mengikut individu dan kumpulan. Selain itu, mereka juga diajarkan cara bersembahyang secara umum kerana ia mungkin perkara baru dan pertama kali bagi peserta.

14 FEBRUARI 2009 ( 12.00-1.00 Petang ) Amali Solat Secara Berjemaah

Pada sesi terakhir setiap kumpulan telah diarahkan berkumpul di surau untuk melakukan amali solat secara berjemaah. Para peserta atau murid diberi pendedahan yang sebenar dalam melakukan ibadah solat. Mereka diarah membentuk saf, saf lelaki dihadapan dan diiringi dengan saf perempuan di bahagian belakang. Para peserta mula melakukan amali solat bermula dari berdiri tegak sehingga memberi salam, sambil diperhatikan dan dibantu oleh beberapa fasilitator. Setiap kesalahan murid akan ditegur serta merta oleh fasilitator.

14 FEBRUARI 2009 (1.00 Petang) Bersurai

Setelah selesai melakukan amali solat, para peserta diarah membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah Al-Asr. Kemudian mereka bersalaman dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. selepas itu, mereka dibenarkan pulang

Baca Selanjutnya...

BELAJAR BERZANJI

Baca Selanjutnya...

Monday, March 9, 2009

CARA BERDOA SELEPAS SOLAT


Doa selepas sembahyang


Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah, fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah. Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi, maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam. Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Baca Selanjutnya...

PETUA KHUSYUK SOLAT


Petua Khusyuk Solat


Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut
seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman,
iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”

[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang
utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu)
dengan khusyuk"
[Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat
adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh
Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat
seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula
amalan yang lain. Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat,
(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."
[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang
yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan
letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Nabi s.a.w
bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang
hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam
sembahyang".
serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah
sembahyang ini sembahyang perpisahan".
Yang dikatakan khusyuk
itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk,
amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang
mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain
supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan
amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir
dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya
tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami,
mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan
itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini
kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang
halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih),
menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf)
kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan
hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan
menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,
kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut
melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang
bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar,
berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat
orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman
dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali
Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam
sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang
hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah
dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT,
ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa
gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa
solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap
Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu
orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar
Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia
hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh
rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:



"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni)
orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan
bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Baca Selanjutnya...

NIAT SOLAT FARDHU

Niat Sembahyang

1. Sembahyang Subuh

Usalli fardhaz subhi raka'ataini adaan lillahi ta'ala
Erti : Sahaja aku sembahyang Fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala

2. Sembahyang Zohor

Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin adaan lillahi ta'ala
Erti : Sahaja aku sembahyang Fardhu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

3. Sembahyang Asar

Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin adaan lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku sembahyang Fardhu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

4. Sembahyang Maghrib

Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin adaan lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku sembahyang Fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala

5. Sembahyang Isyak

Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin adaan lillahi ta'ala
Ertinya: Sahaja aku sembahyang Fardhu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Baca Selanjutnya...

Rukun wuduk ada enam perkara:


1. Niat
Wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala.
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardhu atasku kerana Allah Ta'ala"

2. Membasuh muka
Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.

3. Membasuh kedua tangan
Dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.

4. Menyapu kepala
Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.

6. Tertib
Mendahulukan yang dahulu.

Batal Wuduk
Terdapat 5 perkara yang membatalkan wuduk iaitu:

1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas/lapik.

5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

Sunat Wuduk

1. Menghadap kiblat.
2. Membaca Bismillah.
3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
5. Memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
7. Menyapu seluruh kepala.
8. Menyapu kedua belah telinga.
9. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
10. Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.
11. Menjimatkan penggunaan air.
12. Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan.
13. Menggosok-gosok pada setiap bahagian wuduk.
14. Menggerak-gerakkan cincin.
15. Berturut-turut.
16. Membaca doa wuduk.

Baca Selanjutnya...

CARA BERWUDUK

Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah yang lain.
Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, menyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."


Cara-cara Berwuduk



1. Membersihkan kedua belah tangan



2. Berkumur



3. Membersihkan hidung



4. Membasuh muka ( 3 kali ) dan niatkan dalam hati
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".



5. Membasuh tangan kanan dan tangan kiri hingga ke siku ( 3 kali )



6. Menyapu sebahagian kepala ( 3 kali )



7. Membasuh telinga kanan dan telinga kiri ( 3 kali )



8. Membasuh kaki kanan dan kaki kiri hingga ke buku lali ( 3 kali )

Baca Selanjutnya...

TAYAMMUM


Tayammum

Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Fardu Tayamum
1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).



"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya

"Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".

SAPUKAN KE MUKA



SAPUKAN TANGAN


Syarat-syarat Tayamum
1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

Sunat-sunat tayamum
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.

Perkara yang membatalkan tayamum
1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.

Baca Selanjutnya...

AZAN DAN IQAMAH

Azan Dan IQamah

Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu sembahyang. Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahayng, yang boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, orang perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan. Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-


Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.


Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Azan Subuh



Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang itu lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)


Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan
1. Berwudhu'
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.


Menjawab seruan Azan:

Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".


IQAMAH :
Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan serta memulakan sembahyang.



Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla illahaillallah. Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. Haiyaalas solah Haiyaalal falah. Qadqamatis solah Qadqamatis solah. Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.

Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Menjawab bacaan Qamat:
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"

Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH


Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.

Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP