Kem Bestari Solat 2009


LAPORAN AKTIVITI

14 FEBRUARI 2009 ( 7.45 - 8.00 Pagi ) Pendaftaran Para Peserta
Para peserta telah membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang telah disediakan berhampiran surau sekolah. Guru yang bertugas mencatat kedatangan peserta kemudian mereka diarahkan berkumpul di surau SK Parit Haji Taib bagi mengikuti taklimat dan pembahagian kumpulan.

14 FEBRUARI 2009 ( 8.00 - 8.15 Pagi ) Taklimat dan Pembahagian Kumpulan

Setelah selesai proses pendaftaran para peserta yang mengikuti kem ini telah diberikan taklimat umum yang disampaikan oleh En. Ahmad sufi Bin Isahak. Seterusnya para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diiringi dengan seorang fasilitator sebagai pemudahcara.

14 FEBRUARI 2009 ( 8.15 - 10.00 Pagi ) LDK 1 - Teori Wuduk

Pada LDK 1 (Teori Wuduk) para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan dikendalikan oleh 4 orang fasilitator. Dalam Ldk ini, murid diberikan pendedahan tentang teori wuduk yakni pertama berkaitan dengan anggota wuduk, niat wuduk, rukun wuduk dan cara berwuduk. Di samping itu, mereka diberi latihan tentang amalan wuduk dari membaca Basmallah sehingga membaca doa. Murid juga turut diedarkan dengan beberapa bahan bercetak sebagai lembaran kerja dan nota yang berkaitan dengan teori wuduk.

14 FEBRUARI 2009 ( 10.00 - 10.30 Pagi ) Rehat

Semua murid atau para peserta pergi ke kantin bagi menikmati jamuan makan minum yang telah disediakan. Setelah selesai menikmati jamuan, para peserta telah kembali untuk mengikuti LDK seterusnya.

14 FEBRUARI 2009 ( 10.30 - 11.30 Pagi ) LDK 2 Amali wuduk

LDK 2, para peserta telah didedahkan dengan perbuatan wuduk yang sebenar. Para peserta telah dibwa ke tempat mengambil wuduk. Fasilitator telah menunjukkan cara berwuduk sambil semua peserta memerhatikan perbuatan yang dilakukan oleh oleh fasilitator. Kemudian para peserta telah melakukan amali wuduk seorang demi seorang sambil diperthatikan oleh fasilitator. Setiap kesalahan akan ditegur serta merta

14 FEBRUARI 2009 ( 11.30 - 12.00 Tengah Hari ) LDK 3 Niat Solat dan Teori Solat

LDK 3 pula, peserta telah diajarkan dengan niat-niat solat fardhu lima waktu. Fasilitator mengedarkan kepada mereka salinan bahan bercetak yang mengandungi niat solat. Mereka diajar menyebut lafaz niat secara latih tubi diperdengarkan mengikut individu dan kumpulan. Selain itu, mereka juga diajarkan cara bersembahyang secara umum kerana ia mungkin perkara baru dan pertama kali bagi peserta.

14 FEBRUARI 2009 ( 12.00-1.00 Petang ) Amali Solat Secara Berjemaah

Pada sesi terakhir setiap kumpulan telah diarahkan berkumpul di surau untuk melakukan amali solat secara berjemaah. Para peserta atau murid diberi pendedahan yang sebenar dalam melakukan ibadah solat. Mereka diarah membentuk saf, saf lelaki dihadapan dan diiringi dengan saf perempuan di bahagian belakang. Para peserta mula melakukan amali solat bermula dari berdiri tegak sehingga memberi salam, sambil diperhatikan dan dibantu oleh beberapa fasilitator. Setiap kesalahan murid akan ditegur serta merta oleh fasilitator.

14 FEBRUARI 2009 (1.00 Petang) Bersurai

Setelah selesai melakukan amali solat, para peserta diarah membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah Al-Asr. Kemudian mereka bersalaman dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. selepas itu, mereka dibenarkan pulang
Kem Bestari Solat 2009 Kem Bestari Solat 2009 Reviewed by صوفي اسحاق on 6:08 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.