Sunday, April 26, 2009

MESYUARAT PEMURNIAN MODUL PROGRAM j-QAF KEGUNAAN TAHUN 2010

Pada hari Selasa 21 /4/2009 sehingga Khamis 23/4/2009 telah diadakan mesyuarat Pemurnian Modul-Modul Program j-QAf untuk kegunaan pada tahun 2010. Mesyuarat ini diadakan selama 3 hari dua malam di Hotel Bayview, Pekan Kuah di Bumi Mahsuri.

Mesyuarat yang diadakan turut memurnikan beberapa model pengajaran j-QAF seperti Pemulihan Jawi, Al-Quran serta bahan pengajaran untuk KBSM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Para peserta terdiri daripada Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-Guru Pakar Pendidikan Islam dan Guru-Guru j-QAF. Para peserta terdiri dari pegawai ketua jabatan dan guru- guru Pendidikan Islam serta guru j-QAF seluruh Malaysia. Alhamdulillah mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan pemurnian dapat dilakukan dengan baik, khususnya Modul Pemulihan Jawi Tahun 6. Tahniah diucapkan kepada Pengurus Projek Pn Hajjah Nor Azza Bt Ibrahim dapat menjalankan tugas beliau dengan berkesan sekali.


HOTEL BAYVIEW YANG TEMPAT MESYUARAT DIADAKAN IAITU SELAMA TIGA HARI DAN DUA MALAM
PARA KETUA PROJEK YANG TERDIRI DARIPADA KETUA-KETUA JABATAN KHUSUSNYA DIDATANGKAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN, BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM PUTRAJAYA.
SEBAHAGIAN PESERTA TERDIRI DARI PAKAR-PAKAR DALAM BIDANG MASING KHUSUSNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT DARI KETUA-KETUA PROJEK MODUL YANG AKAN DIMURNIKAN.
PN HJH NOR AZZA BT. IBRAHIM MERUPAKAN PENGURUS PROJEK PEMURNIAN MODUL PEMULIHAN JAWI.
PENULIS DI SAMPING USTAZ AL-HAMI PENCIPTA FONT JAWI YANG TIDAK ASING BUMI DI MALAYSIA
PESERTA MESYUARAT PEMURNIAN MODUL PEMULIHAN JAWI TAHUN 6 SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DARI PUAN HJH NOR AZZA BT IBRAHIM.

TEKUN DAN BERSUNGGUH PARA PESERTA BERADA DALAM KUMPULAN MASING-MASING MEMURNIKAN DAN MENYIAPKAN MODUL PEMULIHYAN JAWI TAHUN 6.

PARA PESERTA DAPAT DILIHAT TERDIRI DARI PEGAWAI-PEGAWAI JPN NEGERI, GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF

SEBAHAGIAN DARI PESERTA YANG TERLIBAT DALAM MESYUARAT PEMURNIAN MODUL PEMULIHAN JAWI TAHUN 6 KEGUNAAN TAHUN 2010

AHLI MESYUARAT PEMURNIAN MODUL PEMULIHAN JAWI BEGITU
TEKUN UNTUKMENGHASILKAN MODUL YANG BERKUALITI

ALHAMDULILLAH... MAKAN YANG DISEDIAKAN CUKUP MENYELERAKAN..

PENULIS BERSAMA AHLI MESYUARAT DARI ALOR GAJAH MELAKA, SELEPAS MENIKMATI MAKAN TENGAHARI YANG TURUT TERLIBAT DALAM PEMURNIAN MODUL PEMULIHAN JAWI PROGRAN J-QAF UNTUK KEGUNAAN TAHUN 2010

PARA PESERTA MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN

Baca Selanjutnya...

Saturday, April 11, 2009

HARI GURU 2008

Baca Selanjutnya...

Friday, April 3, 2009

HADIS PILIHAN BULAN INI

Niat dan Tujuan


Hadith ini hadith pertama dalam Matan Arba'in Imam Nawawi, sebagai peringatan pada diri sendiri (yang selalu sangat leka terbawa nafsu).


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Baca Selanjutnya...

Thursday, April 2, 2009

DOWNLOAD FILE J-QAF

DOWNLOAD FILE j-QAF DAN PENDIDIKAN ISLAM

DOWNLOAD RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 PENGGAL 2
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 1
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 PENGGAL 2

DOWNLOAD SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 1
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 2
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 3
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 4
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 5
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM THN 6

DOWNLOAD PKSR BAHASA ARAB
PANDUAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 1

PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 2

PANDUAN PKSR BAHASA ARAB THN 3

DOWNLOAD FILE BAHASA ARAB
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 1
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 2

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 3

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB THN 4

RANCANGAN PENGAJARAN
BAHASA ARAB THN 5

DOWNLOAD SOALAN PKSR BAHASA ARAB
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 4 (Kertas 1)
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 4 (Kertas 2)

SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 5 (Kertas 1)
SOALAN PKSR BAHASA ARAB THN 5 (Kertas 2)

Baca Selanjutnya...


Kem Bestari Solat Tahun 2 sesi 2009 telah diadakan pada 21 Februari 2009. Laporan kem solat ini dapat dilihat setelah diupload tidak lama lagi......

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP