Sunday, May 31, 2009

KELAHIRAN

aLHAMDULILLAH..

Bersyukur pada Allah SWT, akhirnya pada 28 Mei 2009 bersamaan 3 Jamadilakhir cahaya mata pertama blogger telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyyah Alor Setar Kedah, Darul Aman. Telah diberi nama Aisyah Humaira. Semoga dengan kehadiran insan baru ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang dan memberikan kebahagiaan serta ketenangan..

Baca Selanjutnya...

Saturday, May 23, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KERIAN 2009

Pada 23hb MEI 2009 telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kerian. Ianya diadakan di DEWAN MERDEKA Parit Buntar. Antara urusetia terlibat ialah semua guru-guru dari SK Parit Haji Taib yang diketuai oleh Guru Besar Pn Hajah Hayati Bt Samsudin. Telah diamanahkan menguruskan bahagian kesihatan dan Derma Darah. Semua guru dari SKPHT telah hadir bagi menjayakan aktiviti dan melancarkan sambutan majlis.
Pada hari yang sama, iaitu sebelah pagi turut diadakan beberapa perlawanan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, dan Sepak Raga. Selain itu, ianya juga dimeriahkan dengan promosi Celcom dan kaunter-kaunter seperti Bank Simpanan Nasional, Takaful Ikhlas Insuran, Bukit Merah Resort dan lain-lain.


1. En. Khairuddin dan En farizal menyusun meja.
2. Sebahagian dari guru-guru dari SK Parit haji Taib begitu sibuk sebagai urusetia program
3. - SDA -
4. - SDA -

1. Menuggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan.
2. Urusetia yang terlibat bagi melancarkan aktiviti.
3. Pemeriksaan kesihatan.
4. Salah seorang anggota polis turut memeriksa kesihatan.

1. Turut serta Promosi Celcom broadband
2. Takaful Ikhlas turut memperkenalkan pakej insuran.

3. Bukit Merah MKLand juga turut serta.
4. BSN turut membuka kaunter.

1.Para penderma menunggu giliran untuk mendaftar.
2. Jururawat begitu sibuk sekali dengan tugas masing2.
3. Doktor dan jururawat yang terlibat..
4. Doktor seang memeriksa seorang penderma.


1. Guru-guru menonton perlawanan bolasepak.
2. Team Semanggol A vs Parit Buntar
3. Selain bola sepak turut diadakan pertandingan sepak raga bulat dan bola jaring
4. Keluarga turut datang untuk meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kerian


1. Dua orang remaja turut menderma darah
2. Ini adalah Guru Penolong Kanan SK Parit Haji Taib yang telah menderma darah
3. Para jururawat sibuk menguruskan para pendema darah.
4. Staf SK Parit Haji Taib urusetia "DERMA DARAH" pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kerian
# Permohonan blogger untuk menderma darah telah dibatalkan oleh doktor bertugas setelah mendapati blogger sedang dalam keadaan flu. Maklumlah keadaan flu sekarang yang tidak mengizinkan...

Baca Selanjutnya...

Thursday, May 21, 2009

BAGAIMANAKAH SOLAT KITA??

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat




Baca Selanjutnya...

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


Kepada semua murid khususnya murid SK Parit Haji Taib diharap dapat mengulangkaji pelajaran dengan tekun dan gigih sebagai persiapan menghadapi peperiksaan. Para guru dan ibubapa serta warga SKPHT mendoakan murid-murid dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Baca Selanjutnya...

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI GURU

IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP