Monday, June 29, 2009

PANTUN TENTANG SOLAT

Pelbagai cara galakan dan motivasi agar murid rajin mendirikan rukun Islam yang ke-2 dan agar tidak meninggalkannya. Antaranya peringatan solat dapat dilihat dan dibaca melalui pantun-pantun seperti berikut. Pantun-pantun galakan serta peringatan tentang solat ini dapat dilihat pada dinding Surau Sk Parit Haji Taib. Menarik....ianya adalah nukilan Ustazah Norhashimah Hj Aini. Apa yang diharapkan agar murid sentiasa mengingati kewajipan melaksanakan ibadah solat yang diperintahkan Allah SWT.

Baca Selanjutnya...

Sunday, June 28, 2009

PERATURAN PERTANDINGAN IHTIFAL j-QAF 2009 PERINGKAT NEGERI PERAK

Salam...
Ihtifal j-QAF peringkat daerah Kerian mungkin akan diadakan selepas pengumpulan data e-Pelaporan pencapaian 6 bulan pertama. Pada 23 Jun yang lalu guru-guru telah diberikan taklimat berkenaan ihtifal tersebut. Antara perkara yang disampaikan berkenaan syarat serta peraturan pertandingan dalam ihtifal seperti acara hafazan, kuiz dan kalam jama'ie. Untuk memudahkan guru-guru merujuk peraturan yang ditetapkan dalam ihtifal akan datang, di sini disediakan peraturan tersebut dan boleh dimuat turun / download terus dari laman blog ini.

Sila klik : PERATURAN PERTANDINGAN IHTIFAL j-QAF 2009

Baca Selanjutnya...

Friday, June 26, 2009

PEMANTAUAN RMT MURID SEKOLAH OLEH GURU BERTUGAS


26 JUN 2009, Sk Parit Haji Taib, guru bertugas telah memantau perlaksanaan RMT sekolah. Guru bertugas Pn. Noorhashimah Hj Aini, Pn. Norhida bt Saad dan En.Ahmad Sufi seperti biasa pada setiap pagi Jumaat hadir awal sebelum jam 7.00 pagi. Tujuan pemantauan adalah mempastikan perlaksanaan RMT mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini dilihat dari sudut penyediaan makanan, menu makanan kebersihan dan lain-lain. Murid yang layak (RMT) dilihat datang awal untuk mendapatkan makanan. Hasil dari pemantauan yang dilihat pihak kantin dapat menyempurnakan perlaksanaan RMT di sekolah ini dengan baik dan memuaskan.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, June 24, 2009

KELEBIHAN BULAN REJAB...


24 Jun 2009 hari ini adalah bersamaan dengan 1 Rejab 1430 Hijriah. Begitu cepat masa berlalu, kini bertemu kembali kita dengan bulan Rejab insyaallah seterusnya Sya'aban dan Ramadhan. Apabila kita mendengar nama tiga bulan ini pasti tergambar tentang kebesaran, keagongan dan kemuliannya. Sehingga dinamakan bulan Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Muhammad SAW dan Ramadhan bulan umat Muhammad. Tercatat pula peristiwa kebesarannya. Rejab dengan israk dan mikrajnya, Sya'aban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan malam lailatul qadarnya. Kedatangan bulan Rejab kali ini mudah-mudahan dapat ditambahkan lagi amal ibadah. Bulan ini digalakkan umat memperbanyak amal, dan setiap amal memperoleh pahala yang berlipat ganda. Di bawah akan blogger bawakan beberapa hadis fadilat agar dapat memberikan galakan beramal di bulan ini. Mungkin ada yang mengatakan hadis-hadis fadilat tidak kuat untuk beramal dengannya. Tapi adalah lebih baik ibadah dapat diperbanyak, amalan ditambah melalui dorongan hadis -hadis fadilat daripada meninggalkan dan tidak berlumba-lumba menambah amal kerana status kekuatan hadis fadilat yang dipertikaikan.

FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Bacaan seterusnya Kelebihan Bulan Rejab KLIK SINI


Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 23, 2009

TAKLIMAT e-LAPORAN ENAM BULAN PERTAMA PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH KERIAN


Salam…


23 Jun 2009, Parit Buntar, bertempat di Dewan Malinja Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, telah diadakan taklimat e-Pelaporan Program j-QAF Peringkat Daerah. Taklimat ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Para peserta terdiri dari guru-guru j-QAF dan GPI sekolah-sekolah rendah Daerah Kerian. Hampir 45 orang guru telah hadir bagi mewakili sekolah masing-masing. Tujuan taklimat adalah untuk memberikan penerangan kepada guru-guru berkaitan pengisian dan pengumpulan data pencapaian murid enam bulan pertama yang menggunkan format terbaru e-Pelaporan Versi 9.3. Taklimat dimulakan dengan ucapan oleh Tn Haji Abdul Rahman B. Hamid yakni selaku Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian, dan ucapan dari Pegawai Khas j-QAF Daerah Ust. Hasbullah. Kemudian taklimat/bengkel diteruskan dan disampaikan oleh “blogger” yang diamanahkan sebagai JU Data/ ict Daerah dari Sk Parit Haji Taib. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semua guru dapat memahami panduan pengisian maklumat pencapaian murid dengan baik. Selain itu turut disampaikan taklimat berkaitan ihtifal j-QAf yang disempurnakan oleh Ust. Redhaudin dari Sk Matang Gerdu. (JU Negeri).


Baca Selanjutnya...

Saturday, June 20, 2009

DOWNLOAD e-LAPORAN 9.3

Salam... kepada semua guru j-qaf dan GPI Khususnya di Daerah Kerian, anda boleh mendapatkan format e-Laporan Program j-QAF 2009 melalui muat turun / download dalam blog seperti di bawah. Ini adalah format terbaru dan telah diperbaharui dari ralat yang ada. Segala masalah boleh terus berhubung dengan blogger :



e-Laporan juga boleh didownload melalui laman web http://www.geocities.com/jqafperak info dari Penolong Pengarah j-QAF, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Tn Hj Ahmad Lutfi B. Hj Abu Bakar.

Baca Selanjutnya...

Friday, June 19, 2009

MESYUARAT e-LAPORAN ENAM BULAN PERTAMA 2009 PROGARM j-QAF NEGERI PERAK


Taiping, bertempat di Hotel Seri Malaysia telah diadakan Mesyuarat e-Laporan Enam Bulan Pertama Program j-QAF Peringkat Negeri Perak. Mesyuarat diadakan selama 2 hari dan satu malam iaitu pada 18 - 19 Jun. Mesyuarat ini dihadiri oleh beberapa guru j-qaf dan GPI yang mewakili daerah masing-masing. Mesyuarat dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Penolong Pengarah j-QAF, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Tn Hj Ahmad Lutfi B. Hj Abu Bakar. Seterusnya taklimat dan penerangan berkaitan e-Laporan 2009 telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fuad B. Idris guru j-QAF SK Simpang dan merupakan JU Data Negeri Perak Program j-Qaf. Pada tahun ini format e-Laporan menggunakan versi 9.43. Keseluruhan manual pengguna hampir sama seperti pada tahu lepas, cuma terdapat sedikit perbezaan. Selain mensyuarat e-Laporan, di tempat dan hari yang sama turut diadakan mesyuarat pegawai-pegawai j-QAF Daerah Negeri Perak.Keterangan :

Photo 1 : Di dewan makan minum petang.
Photo 2 : Ju daerah mendengar taklimat e-Laporan
Photo 3 : - SDA -
Photo 4 : Tn Hj ahmad Lutfi menyampaikan taklimat.

Photo 1 : Begitu khusyuk ju daerah
Photo 2 : Blogger di tengah
Photo 3 : JU daerah K.kangsar dan LMS
Photo 4 : Di tengah Ust Fuad JU Negeri

Photo1 -4 : Taklimat awal sebelum mesyuarat e-Laporan.

Photo 1-4 : Breakfirst, Lunch and Dinner (Harus)

Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 16, 2009

13 AURAT MUSLIMAH

TIGA BELAS AURAT WANITA

Jun, 2009 by admin

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening

Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng

Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Baca Selanjutnya...

PROMOSI KARNIVAL KELAB NURI


16 Jun, Sk Parit Haji Taib, Kelab Nuri Bank Rakyat cawangan Bagan Serai telah datang ke sekolah ini mengadakan Promosi Karnival Kelab Nuri galakan menabung. Ia telah didatangi oleh beberapa orang kakitangan serta pegawai. Promosi lebih kurang lima belas minit turut menampilkan mascot NURI comel begitu menarik perhatian murid sekolah. Mascot NURI didamping dikelilingi serta diringi murid ke mana saja. Promosi galakan menabung bersama Kelab Nuri Bank Rakyat turut memperkenalkan beberapa barangan seperti alat tulis, topi, jam, beg dan lain-lain. Semua barangan ini boleh dimiliki oleh murid setelah membuka akaun bersama Kelab Nuri dan mengikut terma dan syarat. Murid juga turut bergambar serta bersalam dengan Mascot NURI. Promosi amat meriah, dan pihak Bank rakyat turut memberikan cenderahati yang telah diserahkan kepada Guru Besar sekolah Pn. Hajah Hayati Bt. Samsudin.


Baca Selanjutnya...

Saturday, June 13, 2009

BACK TO SCHOOL...


Kepada semua murid "selamat kembali ke sekolah..." dan selamat menempuh pengajian 6 bulan ke-dua. Semoga dapat mengikuti pelajaran dengan penuh minat dan bersemangat lagi setelah cuti. Teruskan usaha dengan gigih dan bersungguh..

Baca Selanjutnya...

Thursday, June 11, 2009

BAHAN BANTU MENGAJAR ( JAWI )

NASYID ALIF BA TA


HURUF ALIF


HURUF HA


HURUF DAL


HURUF SIN


HURUF TA


HURUF

Baca Selanjutnya...

BAHAN BANTU MENGAJAR (KEM BESTARI SOLAT)

CARA BERSUCI


CARA SOLAT 1


CARA SOLAT 2


CARA SOLAT 3


CARA SOLAT 4


CARA SOLAT 5

Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 9, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN HATI MANUSIA

من علامات موت القلب عدم الخزن على ما فاتك من الموافقات , وترك الندم على ما فعلته من الزلات
"Sebahagian tanda-tanda kematian hati ialah tidak gundah dan susah atas sesuatu yang telah luput ia pada anda (manusia), berupa segala sesuatu yang bersesuaian (dengan perintah dan anjuran agama Allah swt). Dan meninggalkan penyesalan atas sesuatu yang telah anda kerjakan dari segala hal yang tidak baik."

Bagi orang yang sedang berjalan dengan amal ibadahnya menuju keredhaan Allah swt, mendekatkan diri kepada Allah dan menambah makrifatnya tentang Allah Yang Maha Esa, adalah syarat yang terpenting bagi orang itu supaya hatinya selalu hidup.



Hidup yang dimaksudkan di sini bukan hidup jasmaniah tetapi hidup hati atau rohaniah. Atau dengan pengertian lain, bahawa hati itu hidup dengan keimanan yang mantap kepada segala sesuatu yang wajib diimani. Kerana itulah, maka ulamak Al-Imam Ibnu Athaillah menerangkan kepada kita, bahawa hati yang hidup dengan keimanan itu ialah hati yang gundah-gulana. Apabila yang punya hati sendiri meninggalkan perintah-perintah Allah swt, apalagi bertentang dan berlawanan denganNya.

Hati yang hidup adalah hati yang merasa pedih dan pilu apabila yang punya diri mengerjakan maksiat-maksiat, tetapi hati yang hidup akan senang sekali apabila dirinya mengerjakan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan atau yang dianjurkan Allah swt. Bahkan hati itu sendiri mencari-cari segala sesuatu yang diredhai oleh Allah swt. Kerana itulah apabila hati sudah tidak merasakan pedih dan pahit, tidak menyesali perbuatan dan amalan yang mungkar, malah berbangga dan berusaha menambah kemungkaran walaupun telah sekian lama nasihat diberikan dan melihat sendiri contoh-contoh akibat orang sering melakukan kerosakan, namun ia tetap terus dengan kedegilan, maka ini adalah contoh orang yang telah mati hatinya atau paling tidak hatinya telah sarat dengan karat dan perlu kepada taubat dan beramal soleh untuk menggilap semula hatinya supaya nur dan cahaya akan menerangi hatinya.

Sebagai dalil bagi keterangan di atas, dapat kita lihat adanya perbedaan antara manusia yang hidup dengan manusia yang mati. Manusia yang hidup dapat merasakan segala-galanya. Dapat meraskan kesenangan, maka gembiralah ia, dan dapat meraskan kepahitan dan kesakitan, maka gundahlah ia dan menyesallah ia atas yang tidak baik itu. Tetapi manusia yang mati tidak dapat merasakan segala-galanya, tidak merasakan kesenangan, tidak merasakan kegundahan dan tidak ada padanya penyesalan apa-apa. Kalaulah demikian, maka demikian pulalah hati manusia dengan perbezaan antara hati yang hidup dan hati yang mati.

Di dalam hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Thobrani dari Abu Musa r.a, Nabi kita telah bersabda tentang membayangkan hati yang hidup dan hati yang mati, beliau bersabda :
"barang siapa yang menggembirakan akannya oleh kebaikannya dan menyusahkan akannya oleh kejahatannya, maka orang itu ialah orang yang beriman".

Maksudnya, apabila kita mengerjakan amal yang baik menurut agama kita, maka senang hati kita, lega perasaan kita dan gembira kita kerananya. Maka kita adalah orang yang beriman kepada Allah swt. Dan juga apabila kita mengerjakan sesuatu yang tidak baik, seperti mengerjakan larangan Allah, maka hati kita sempit, kita selau dalam resah gelisah, maka kita adalah orang yang beriman.

Baca Selanjutnya...

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Terdapat dua jenis bacaan al-Quran

1) bacaan hakimah : iaitu membenarkan apa yang terdapat didalamnya, melaksanakan hukum hakamnya dengan membuat apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang.
2) Bacaan lafziah : iaitu sekadar membacanya.

Sesungguhnya terdapat banyak nas yang menceritakan kelebihan membaca al-Quran. Sama ada kelebihan itu meliputi membaca al-Quran seluruhnya, atau kelebihan surah-surah tertentu, atau ayat-ayat tertentu.

Daripada Saidina Uthman ra sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : “sebaik-baik kamu orang yang mempe;lajari al-Quran dan mengajarnya”.
(hadith riwayat bukhari muslim)

Mafhum daripada hadith saidatina Aisyah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

“orang yang mahir dalam bacaan al-Quran iaitu dari segi bacaan, sebutan huruf, tajwid mereka ini merupakan golongan yang mulia. Manakala mereka yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut (tidak lancar atau baru hendak belajar membaca al-Quran) baginya dua ganjaran pahala. Iaitu pahala membacanya, dan yang kedua pahala mujahadah untuk cuba mempelajari walaupun dalam keadaan sukar baru hendak belajar. Berkata Abi Musa rh, sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : orang mukmin yang membaca al_quran umpama al-atrajah (seumpama koktail yang merangkumi pelbagai campuran buah-buahan) baunya sedap , rasanya enak. Dan diumpamakan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti at-Tamrah (kurma) yang tidak ada bauan, tetapi rasanya manis.

Dalam riwayat Muslim, daripada Abi Umamah ra, sesungghunya Nabi saw telah bersabda : “bacalah olehmu al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi mereka yang membacanya”.

Dalil-dalil di atas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan membaca al-Quran. Dan sesungguhnya ganjaran tersebut bagi mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh dan bermujahadah mendapatkan pahala dari Allah swt. Membaca al-Quran bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan, amalan yang ringan tetapi ganjaran pahala disisi Allah swt sangat besar. Maka rugilah bagi mereka yang leka dan lalai dalam merebut keuntungan yang tidak mungkin dapat ditawarkan oleh Makhluk melainkan hanya dari al-Khalik yang maha agung yang memberi dan tidak mengambil manfaat daripada apa yang diberi.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita memperbanyakkan membaca al-Quran untuk mendapat kelebihan dan ganjaran yang besar disisi Allah swt. Lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan al-mubarak yang dilipatkali gandakan setiap amalan bagi mereka yang berpuasa dan memperbanyakkan amal soleh padanya.

Penurunan al-quran dalam bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang khusus agar manusia memperingati peristiwa agung ini dan seterusnya sentiasa kembali menyucikan diri, jasmani dan rohani dengan kembali kepada apa yang diturunkan oleh Allah swt didalamnya.

Sesungguhnya malaikat Jibril as bertemu dengan baginda Rasulullah saw untuk mengajar al-Quran pada setiap kali datangnya bulan ramadhan, dan dua kali pada tahun kewaatan baginda saw.

Golongan salifus soleh juga sangat menitik beratkan membaca al-Quran. Sehinggakan ada dikalangan mereka mengkhatamkan bacaan al-Quran tiga kali dalam masa sehari, ada yang lebih daripada itu.

Kedatangan ramadhan merupakan medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kembali membaca dan menghayati apa yang telah diturunkan oleh Allah swt seterusnya melaksanakan setiap perintah yang telah disuruh dan menjauhi segala apa yang dilarang.

Semoga ramadhan yang datang ini kita dapat mempertingkatkan amalan sebanyaknya. Semoga ia menjadi syafaat di akhirat kelak.

Baca Selanjutnya...

Saturday, June 6, 2009

JOM SOLAT


Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq, sebagaimana firman-Nya:-
"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)
Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-
"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)...

Baca Selanjutnya...

FORMAT e-PELAPORAN 2009


Makluman kepada semua warga pendidik j-QAF, anda boleh mendapatkan format Pelaporan Pencapaian 6 bulan Pertama program j-QAF sesi 2009. Format Pelaporan boleh didapati melalui muat turun/download pada file di bawah berikut.

Segala kesulitan boleh terus email kepada jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

Thursday, June 4, 2009

QALBUN




Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".


Antara penyakit hati :
  • Irihati -Sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan berusaha untuk menyainginya. Dalam ajaran agama iri dalam hal berbuat kebajikan dibolehkan.
  • Dengki - Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut.
  • Hasut / Provokasi - Selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar kemarahan orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.
  • Fitnah - Fitnah adalah suatu kegiatan yang menimbulkan permusuhan tanpa bukti yang kuat.
  • Buruk sangka - Sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
  • Khianat - Sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir atas amanah atau kepercayaan yang telah diserahkan kepadanya.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP