PEMANTAUAN RMT MURID SEKOLAH OLEH GURU BERTUGAS


26 JUN 2009, Sk Parit Haji Taib, guru bertugas telah memantau perlaksanaan RMT sekolah. Guru bertugas Pn. Noorhashimah Hj Aini, Pn. Norhida bt Saad dan En.Ahmad Sufi seperti biasa pada setiap pagi Jumaat hadir awal sebelum jam 7.00 pagi. Tujuan pemantauan adalah mempastikan perlaksanaan RMT mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini dilihat dari sudut penyediaan makanan, menu makanan kebersihan dan lain-lain. Murid yang layak (RMT) dilihat datang awal untuk mendapatkan makanan. Hasil dari pemantauan yang dilihat pihak kantin dapat menyempurnakan perlaksanaan RMT di sekolah ini dengan baik dan memuaskan.
PEMANTAUAN RMT MURID SEKOLAH OLEH GURU BERTUGAS PEMANTAUAN RMT MURID SEKOLAH OLEH GURU  BERTUGAS Reviewed by صوفي اسحاق on 3:50 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.