PPD KERIAN : TAKLIMAT PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN

23 Julai 2009, bertempat di PPD Kerian telah diadakan taklimat pembinaan web Pendidikan Islam Daerah. Para peserta terdiri dari guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah serta beberapa orang guru j-QAF. Taklimat ini diadakan pada sebelah petang bermula 2.45 ptg sehingga 5.00 petang. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Ust Hasbullah b. Hj Ahmad, Pegawai Khas P.Islam. Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan dari Tn Hj Abd Rahman B. Hj Hamid. Seterusnya peserta telah ditaklimatkan pula oleh En. Azhar pemilik Portal Pendidikan Daerah Kerian. Taklimat ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran awal kepada peserta tentang pembinaan web. Ini sebagai persediaan kepada peserta untuk mengikuti kursus khas berkaitan pembinaan web yang akan diadakan di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani Kedah. Kursus ini akan berlangsung pada 29 Julai dan sehingga 31 Julai 2009. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada semua dan diberkati Allah SWT
Antara gambar yang dirakamkan
PPD KERIAN : TAKLIMAT PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN PPD KERIAN : TAKLIMAT PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN Reviewed by صوفي اسحاق on 7:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.