UBAH CARA TARIK MINAT PELAJAR LELAKI


IPOH 19 Ogos - Kementerian Pelajaran disaran mengubah kaedah pengajaran setiap mata pelajaran di sekolah supaya menjadi lebih menarik minat golongan pelajar lelaki.Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia wajar kerana kaedah pengajaran kini tidak membantu kecemerlangan kebanyakan pelajar lelaki.Katanya, kaedah pengajaran pada masa ini lebih kepada aspek pembacaan dan hafalan yang dikenal pasti antara faktor utama menyebabkan prestasi mereka merosot. "Corak pendidikan di sekolah sekarang ini lebih kepada 'ulat buku' dan kita tahu hanya pelajar perempuan yang suka membaca berbanding lelaki. Jadi, tidak hairanlah jika ramai pelajar perempuan yang cemerlang setiap tahun. "Pendekatan ini perlu diubah. Kita perlu menyeimbangkan pencapaian kedua-dua pelajar perempuan dan lelaki. Ini akan menjadi satu masalah jika tidak ramai pelajar lelaki yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya," katanya selepas merasmikan Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar di sini lewat petang semalam.Turut hadir Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Ahmad Bahari dan Pengurus Hal Ehwal Peserta Felcra Berhad (Felcra) Wilayah Perak, Rasidi Ahmad.Menurut Saarani, selain kementerian, guru juga perlu pandai memainkan peranan bagi melahirkan lebih ramai pelajar lelaki yang cemerlang. "Saya pernah menjadi guru dan daripada kajian, saya mendapati pada peringkat awal persekolahan, pelajar lelaki agak lambat untuk memahami berbanding pelajar perempuan.
"Jadi, guru-guru yang perlu memainkan peranan. Jangan sisih pelajar-pelajar ini. Mereka perlu dibentuk dan bukan dipinggirkan," katanya.
Pada masa yang sama, ujar beliau, ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata.Kerjasama kedua-dua pihak, katanya, penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.Menurutnya, ibu bapa perlu menjadikan konsep 'rumahku syurgaku' sebagai panduan dalam institusi kekeluargaan.
Sementara itu, Rasidi berkata, konvensyen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran ibu bapa luar bandar sebagai perancang modal insan dan fasilitator pembelajaran anak-anak.
Sumber diperoleh dari http://utusan online
UBAH CARA TARIK MINAT PELAJAR LELAKI UBAH CARA TARIK MINAT PELAJAR LELAKI Reviewed by صوفي اسحاق on 5:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.