j-QAF : KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH ANJURAN BERSAMA IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DAN JABATAN PELAJARAN PERAK

4 Ogos 2009, telah diadakan Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah Program j-QAF Anjuran Bersama IPGM kampus Tuanku Bainun dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Kursus ini diadakan di Dewan Malinja, Pejabat Pelajaran daerah Kerian. Peserta kursus terdiri daripada guru-guru j-QAF Kerian terutama yang mengajar Bahasa Arab. Jumlah peserta lebih kurang 48 orang, dengan beberapa orang JU Daerah (B.Arab). Kursus telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Shaari B. Mansor dan ucapan pembukaan oleh penyelia pendidikan Islam Ustaz Abd Rahman B. Hj Abd Hamid. Kemudian kursus diteruskan dengan slot Pertama bertajuk "Al'aab Lughawiyah" disempurnakan oleh Ustaz Mohd Akhbar (Sk Dato' Alaudin) dan Ustaz Hj Khairuddin (Sk Teluk Medan). Pada slot yang kedua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti bengkel dengan tugasan yang telah ditetapkan. Manakala sebelah petang setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil tugasan semasa bengkel. Kursus ini bersambung pada hari Khamis 6 Ogos 2009 pada tempat dan masa yang sama.
j-QAF : KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH ANJURAN BERSAMA IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DAN JABATAN PELAJARAN PERAK j-QAF : KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH ANJURAN BERSAMA IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DAN JABATAN PELAJARAN PERAK Reviewed by صوفي اسحاق on 2:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.