MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB DI KERIAN

6 Ogos 2009, pada sebelah petang hari kedua kursus sekitar jam 4.30 petang, telah diadakan Perasmian Majlis Penutup Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah Program j-QAF Anjuran bersama IPGM Tuanku Bainun dan Jabatan Pelajaran Perak. Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Kerian iaitu Tn Hj. Mohd Rosli B. Ahmad. Turut serta bersama beliau Tn. Hj Abdul Rahman B. Abd Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian dan Ustaz Hasbullah B. Hj Ahmad Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Kerian. Menyentuh pencapaian program j-QAF di Kerian, Timbalan Pengarah PPD memuji rekod pencapaian keseluruhan Kohort 2005 yang dianggap berjaya. Beliau meminta agar semua guru j-QAF meningkatkan usaha untuk kejayaan program j-QAF keseluruhannya. Di sebelah pagi pada hari yang sama para peserta telah mengikuti 2 slot kursus yuang bertajuk "Lughatul Fasl" yang disampaikan oleh Ustaz Tabrizi B. Shabudin. Manakala slot yang kedua pula bertajuk "Toriqah Mubasyarah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sabra B. Asri. Seterusnya, peserta telah dilibatkan dengan tugasan dan membuat pembentangan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB DI KERIAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB DI KERIAN Reviewed by صوفي اسحاق on 3:21 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.