Wednesday, September 30, 2009

ADAB-ADAB TERHADAP IBUBAPA

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Maknanya, berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa’, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

Menghargai dan menghormati mereka
Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut. Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra’, ayat 24).

Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa
Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi. Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa’, ayat 23).

Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra’, ayat 24).

Jangan menderhaka kepada ibu bapa
Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim
Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma’ Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah : Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?

Jawab Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi).

Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 29, 2009

DOWNLOAD SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 2


Di bawah ini terdapat 10 Soalan Bahasa Arab mengikut bab atau tajuk sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 2, sepuluh soalan dari sepuluh bab. Boleh dimuat turun dengan klik pada file di dalam box berikut. Sebarang masalah semasa proses muat turun boleh hubungi admin melalui email jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

YOU TUBE SKPHT

Kini pelbagai video aktiviti di Sk Parit Haji Taib dapat ditonton melalui YouTube. Anda cuma perlu menaip skpht pada mesin carian youtube.com atau klik sahaja pada gambar di atas. Video aktiviti di Sk Parit Haji Taib yang terdapat di sini adalah sebahagian kecil dari yang sempat dirakam dan diupload. Masih banyak lagi rakaman aktiviti di Sk Parit Hai Taib yang bakal diuploadkan di YouTube dari semasa ke semasa.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, September 22, 2009

PUASA 6 : KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM

PUASA 6 SUNAT

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:
“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.
Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut: Bacaan Seteerusnya....

Baca Selanjutnya...

Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA : ADAB-ADAB BERHARI RAYA

Hari ini 28 Ramadhan bermakna beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Syawal hari kemenangan setelah sebulan melawan hawa nafsu menahan dari makan dan minum, dan hari dikembalikan manusia kembali kepada fitrah asal (eidulfitri) yakni dihalalkan kembali untuk makan dan minum di siang hari. 1 Syawal merupakan anugerah dari Allah kepada hambanya yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang. 1 Syawal adalah hari eidilfitri atau hari raya merupakan hari bergembira bagi setiap insan tidak kira tua dan muda, miskin atau kaya.Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya berpakaian cantik atau baru pada hari raya. Namun pada masa yang sama Islam menggariskan adab-adab ketika meraikan atau menyambut hari raya. Antaranya adab di hari raya seperti berikut :

Pertama : Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dan takbir itu ialah merupakan ibadah.

Kedua : Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga : Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat : Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima : Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

Keenam : Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

Ketujuh : Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Begitulah indah dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraan pun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t. Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria.

Sebagaimana kelazimannya yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi antara satu sama lain khususnya keluarga dan tidak dilupakan jiran tetangga dan sahabat handai, menghulurkan tangan memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

Tapi apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhrim, pesta tari-menari dan menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat Allah s.w.t.

Baca Selanjutnya...

Friday, September 11, 2009

KEPANTASAN MENAIP : UJI KEPANTASAN MENAIP ANDA

Tidak semua orang mempunyai kepantasan menaip yang sama. Anda bagimana? Adakah anda berada dalam kedudukan 10 orang terbaik yang mempunyai kepantasan menaip di Malaysia? Saya sendiri di tempat 1908 dari percubaan pertama dengan 37 perkataan dalam masa seminit dan 332 aksara. Mungkin boleh diperbaiki....
Anda berani menguji kepantasan anda? Sila klik pada kotak di bawah. Lihat sendiri tahap kecekapan dan kepantasan menaip anda adakah semua perkataan dengan ejaan yang betul. ANDA BERANI ? cubalah......

Speed test

Baca Selanjutnya...

Thursday, September 10, 2009

LAILATUL QADAR : ANTARA HADIS TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Banner lailatul qadar
Antara tanda-tanda malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang
artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan
mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan
menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 9, 2009

10 AKHIR RAMADHAN : KELEBIHAN BERAMAL 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik kini sudah 19 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1430H. Ini bermakna tinggal lagi 11 atau 10 hari sahaja kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Ramadhan tetap akan pergi, ia akan pergi meniggalkan kita. Maka rugilah kita sekiranya Ramadhan yang datang tidak kita isi dan tidak pula kita memperbanyak amal. Pada peluang yang masih ada marilah kita isi Ramadhan ini dengan memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadah, lebih-lebih lagi 10 malam terakhir.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud :
“Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.
- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
- Perkara yang membatalkan iktikaf:
- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
- Murtad.
- Hilang akal kerana gila atau mabuk.
- Datang haid atau nifas.
- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
- Perkara yang sunat dilakukan.
- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, baca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
- Perkara yang harus dilakukan.
- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Baca Selanjutnya...

Monday, September 7, 2009

SOALAN BAHASA ARAB : DOWNLOAD SOALAN BAHASA ARAB

Di bawah ini terdapat 10 Soalan Bahasa Arab mengikut bab atau tajuk sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 1, sepuluh soalan dari sepuluh bab. Boleh dimuat turun dengan klik pada file di dalam box berikut. Sebarang masalah semasa proses muat turun boleh hubungi admin melalui email jqafskpht@gmail.com



Baca Selanjutnya...

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM : KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 6



Di bawah ini terdapat beberapa soalan Pendidikan Islam yang sempat diuploadkan, Atas permintaan pengunjung untuk diadakan ruangan Koleksi Soalan Pendidikan Islam, sebenarnya admin masih dalam usaha mengumpulkan soalan-soalan. Soalan yang sempat diupload di sini diperoleh dari rakan Sk Slim Village. Boleh download dengan klik pada file di dalam box di bawah. Admin akan sentiasa menambahkan koleksi soalan di ruangan ini dari masa ke semasa.

Baca Selanjutnya...

UPSR : PEPERIKSAAN UPSR 2009

Kepada semua calon peperiksaan UPSR 2009, khususnya calon dari Sk Parit Haji Taib,dan seluruh calon UPSR di Malaysia, "Selamat Menempuhi Peperiksaan UPSR".Para guru dan ibubapa sentiasa mendoakan kejayaan anda. Berusahalah dengan gigih, berdoa kepada Allah, dan bertawakal serta berserah padaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." Surah ali-Imran ayat 159.

Baca Selanjutnya...

Saturday, September 5, 2009

ZAKAT FITRAH


Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Individu Yang Diwajibkan Membayar Zakat
Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki dan wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

* Ada kelebihan makanan & harta dari keperluan tanggungannya pada malam & pagi hari raya.
* Anak lahir sebelum matahari jatuh akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

* Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan tetap dalam Islamnya.
* Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Pengeluaran Zakat
Zakat Fitrah dikeluarkan pada bulan Ramadhan, paling lambat sebelum orang-orang selesai menunaikan solat sunat hari raya. Jika waktu penyerahan melepasi waktu ini maka yang diserahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah biasa.


Sumber Hadis Berkenaan Dengan Zakat Fitrah

Terdapat beberapa hadis yang sebagai dalil naqli yang menunjukan wajib membayar zakat fitrah bacaan selanjutnya....




Baca Selanjutnya...

Thursday, September 3, 2009

SOALAN PENDIDIKAN ISLAM : KOLEKSI SOALAN-SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Atas permintaan beberapa orang pengunjung memohon agar disediakan soalan-soalan Pendidikan Islam diblog ini untuk dikongsikan sebagai panduan membina soalan dan latihan, maka pihak admin mengambil inisiatif mewujudkan ruangan yang diperlukan ini. Untuk pengetahuan pengunjung dan yang berharap, sebenarnya pihak admin jqafskpht08.blogspot.com dalam proses pengumpulan soalan-soalan Pendidikan Islam sekolah rendah seluruh Malaysia. Insya'allah pihak admin akan post koleksi soalan Pendidikan Islam khususnya soalan sekolah rendah pada masa terdekat dan boleh didownload. Pihak admin juga berbesar hati sekiranya ada di kalangan guru-guru yang sudi menyumbang soalan-soalan P.Islam untuk dikongsikan. Pada mereka yang ingin menyumbang soalan boleh email terus ke jqafskpht@gmail.com . Semoga usaha murni, kerja kita menjadi amal kebajikan dan diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah. Firman Allah Swt : Berlumbalah kamu dalam berbuat kebajikan...


Baca Selanjutnya...

17 RAMADHAN : PERISTIWA MALAM DITURUNKAN AYAT AL-QURAN PERTAMA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Hari ini 13 Ramadhan 1430H ini bermakna 4 hari lagi kita akan menyambut satu lagi peristiwa besar dalam Islam yang mana peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa nuzul al-Quran yakni Peristiwa di mana ayat al-Quran pertama diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW dan ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Firman Allah S.W.T
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” Surah al-Baqarah ayat 185.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Peristiwa ini perlu diingat oleh setiap muslim kerana ianya peristiwa besar dan penting kepada muslim dengan diturunkan al-Quran telah menjadi petunjuk dalam kehidupan kita yang lebih sempurana. Wallahua'lam..

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP