Saturday, October 31, 2009

PERINGATAN : ePELAPORAN j-QAF OKTOBER 2009

Assalamualaikum..

Kepada semua warga j-QAF yang diamanahkan untuk membuat pengisian data pencapaian 6 bulan ke-2 (Data Oktober) di sekolah masing-masing khususnya guru guru j-QAF Daerah Kerian, diharap dapat memberi perhatian tentang perkara ini. Info dari Ju Data Negeri terdapat kecuaian pengisian pada bahagian jantina murid. Ini menyebabkan ralat pada pengumpulan data. Diharap dapat dilakukan semakan dengan cermat dan kemas ketika pengisian di bahagian jantina murid.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 28, 2009

j-QAF BAKAL DIPERKENAL DI SEKOLAH MENENGAH

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di peringkat sekolah menengah sebagai langkah untuk memperluaskan pengajian bidang tersebut.Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, setakat ini prestasi pelajar yang mengikuti program itu amat menggalakkan walaupun di kalangan pelajar yang belum mencecah tahun enam.“Data pencapaian (lulus) adalah seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa arab 81.24 peratus, dan Jawi 89.87 peratus,” katanya di Dewan Rakyat di sini, semalam. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.Dr Mohd Puad berkata, kerajaan juga akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama memandangkan minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah aliran itu.Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) Dr Mohd Puad berkata, kira-kira RM1.2 juta diperuntukkan untuk bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab tahun ini.

Sumber dipetik dari :http://www.sinarharian.com.my/com

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 27, 2009

PENGUMPULAN DATA 6 BULAN KEDUA

Assalamualaikum..Kepada sahabat2 j-QAF daerah Kerian yang diamanahkan membuat pengisian data di sekolah masing-masing diharap dapat membuat persediaan, persiapan untuk pengumpulan data OKTOBER atau sudah mula mengemaskini pengisian. Untuk Bahasa Arab data diisi melalui keputusan atau markah PKSR akhir. Kutipan data peringkat daerah akan diadakan dalam masa terdekat. Pastikan pengisian dibuat dengan cermat kemas, ini bertujuan mengelakkan masalah pengumpulan diperingkat ePPD. Semoga prihatin

Baca Selanjutnya...

Monday, October 26, 2009

SEMINAR PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG KKGUMB PERAK KALI KE-38

Parit Buntar, 26 Oktober 2009 telah diadakan Seminar Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Seminar ini bertempat di Dewan Seri Kerian. Pada majlis yang sama turut diadakan Mesyuarat Agung KKGUMB Perak Kali ke-38. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Negeri Perak iaitu Ust Wan Ramdzan B. Wan Mamat. Seminar ini telah dihadiri oleh segenap warga pendidik yang terdiri dari GPI dan guru j-QAF Daerah Kerian. Turut serta beberapa orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam JPN Negeri Perak. Mesyuarat Agung KKGUMB Negeri Perak pula telah diwakili oleh setiap wakil daerah, yang terdiri daripada Ajk KKUGMB dan pemerhati. Kini ahli yang berdaftar di bawah Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Negeri Perak (KKGUMB)ialah seramai 430 orang.

Baca Selanjutnya...

LOKASI SK PARIT HAJI TAIB

Sk Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, Daerah Kerian. Berikut adalah kedudukan SK Parit Haji Taib yang dapat dilihat melalui Satelit.

Sk Parit haji Taib dari pekan Bagan Serai.

Luas dan persekitaran Sk Parit Haji Taib dilihat melalui Satelit

Baca Selanjutnya...

Friday, October 23, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009


Peperiksaan akhir tahun 2009 akan bermula dari 27 hingga 29 Oktober 2009. Didoakan semoga para pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran."Fa iza 'azamta fatawakal 'alallah, innalaha yuhibbul 'ala mutawakkilin.."

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 20, 2009

LAGI BBM : DOWNLOAD BAHAN BANTU MENGAJAR TAHUN 4 DAN 5 PENDIDIKAN ISLAM

Untuk mendapatkan BBM yang diperlukan sila KLIK pada file di dalam box di bawah..Ianya adalah telah dihasilkan oleh sebahagian dari GPI dan guru j-QAF daerah KERIAN


Semoga Bermanfaat..Dapat digunakan sepanjang dan setiap tahun.

Baca Selanjutnya...

Friday, October 16, 2009

DOWNLOAD : BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 DAN 5

Di sini terdapat BBM pelajaran Aqidah. Ianya adalah sebahagian yang sempat diuploadkan. Masih banyak lagi BBM yang lain dan akan diupload dari semasa ke semasa yang berkesemptan.Untuk proses download sila KLIK pada nama fail di dalam box di bawah...


Bahan bahan ini juga telah dihasilkan semasa KURSUS ICT guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kerian, Perak.

Baca Selanjutnya...

Thursday, October 15, 2009

DOWNLOAD : BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 DAN 5


Assalamualaikum..di sini terdapat beberapa Bahan Bantu Mengajar BBM bawah tajuk Adab dan Akhlak Islamiah Tahun 4 dan 5. Bahan-bahan bantu mengajar yang telah diuploadkan di sini adalah sebahagian daripada bahan yang telah dihasilkan oleh beberapa orang GPI dan Guru j-QAF sekolah-sekolah di Daerah Kerian Perak. Iaitu pada 6, 7 dan 8 Oktober 2009 semasa guru-guru ini mengikuti Kursus Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Guru-guru Pendidikan Islam Kerian yang telah di adakan di PKG Parit Buntar. Bahan-bahan ini sangat membantu dan bermanfaat kepada guru dalam p&p. Boleh dimuat turun dengan klik pada nama fail di bawah.


Terima Kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menghasilkan BBM ini semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 13, 2009

ADAB TERHADAP IBUBAPA :BEZA KASIH AYAH DAN KASIH ANAK PADA AYAH



video

Baca Selanjutnya...

Monday, October 12, 2009

DOWNLOAD SOALAN AKHIR BAHASA ARAB PKSR 2009

Salam hormat, atas permintaan ramai pihak admin jqafskpht telah berjaya mendapatkan contoh SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR 2009. Sumber diperoleh dari jqaf Sabak Bernam. Klik nama soalan di bawah untuk proses download

SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 1 2009
SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 2 2009
SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 3 2009
SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 4 2009
SOALAN AKHIR TAHUN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 5 2009

Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 7, 2009

BAHAN KEM PRA REMAJA TAHUN 6

Di sini terdapat beberapa bahan-bahan untuk kegunaan guru bagi mengadakan kem atau ceramah kepada murid Tahun 6 sebagai persediaan menempuh alam remaja. Sumber telah diperoleh dari Ustaz Khairul Anuar dari Sk Haji Dahlan Bagan Serai Perak.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 6, 2009

KURSUS APLIKASI ICT DALAM P&P BAGI GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM

Parit Buntar, 6 Oktober 2009 bertempat di PKG Parit Buntar telah diadakan Kursus Aplikasi ICT dalam P & P Bagi Guru-guru Pendidikan Daerah Kerian. Kursus ini diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Oktober 2009. Kursus ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Abd Rahman B. Hj. abd Hamid. Para peserta terdiri dari guru-guru j-QAF dan GPI yang semuanya berjumlah 33 orang. Kursus ini bertujuan memantapkan penguasaan guru-guru dalam penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajarab Daerah Kerian.
Para peserta begitu khusyuk sekali

Baca Selanjutnya...

DOWNLOAD SOALAN BAHASA ARAB PKSR TAHUN 5


Di bawah ini terdapat 10 Soalan Bahasa Arab mengikut bab atau tajuk sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 5, sepuluh soalan dari sepuluh bab. Boleh dimuat turun dengan klik pada file di dalam box berikut. Sebarang masalah semasa proses muat turun boleh hubungi admin melalui email jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

Saturday, October 3, 2009

DOWNLOAD SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 4


Di bawah ini terdapat 10 Soalan Bahasa Arab mengikut bab atau tajuk sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 4, sepuluh soalan dari sepuluh bab. Boleh dimuat turun dengan klik pada file di dalam box berikut. Sebarang masalah semasa proses muat turun boleh hubungi admin melalui email jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

DOWNLOAD SOALAN PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3


Di bawah ini terdapat 10 Soalan Bahasa Arab mengikut bab atau tajuk sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tahun 3, sepuluh soalan dari sepuluh bab. Boleh dimuat turun dengan klik pada file di dalam box berikut. Sebarang masalah semasa proses muat turun boleh hubungi admin melalui email jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP