Monday, November 30, 2009

TAQWIM KEM BESTARI SOLAT 2010

Perancangan awal program j-QAF di Sk Parit Haji Taib kini bermula. Jadual aktiviti Kem Bestari Solat telah disediakan dan akan dimasukkan ke dalam Taqwim Rasmi SKPHT Sesi 2010.

Baca Selanjutnya...

Friday, November 27, 2009

JAWI DIMARTABATKAN DI KEDAH

Sekiranya anda ke negeri Kedah pasti anda dapat merasakan kelainan apabila melihat papan-papan iklan yang terdapat di persimpangan jalan terutamanya di bandaraya Alor Setar. Ini kerana kebanyakan papan-papan iklan yang dipamerkan menggunakan tulisan jawi. Iklan-iklan seperti MILO, DUMEX, CELCOM, MAMEE iklan syampu dan lain-lain dapat dilihat telah menggunakan tulisan jawi pada papan iklan yang terdapat di sekitar pusat bandaraya Alor Setar. Penggunaan tulisan jawi pada papan iklan sebegini sebenarnya telah dapat memartabatkan tulisan jawi dengan secara tidak langsung.

Baca Selanjutnya...

Monday, November 23, 2009

2010 : SK PARIT HAJI TAIB BAKAL TAMPIL DENGAN WAJAH BARU DAN CERIA


Selasa 24 November, Sk Parit Haji Taib bakal berwajah baru menjelang awal persekolahan 2010. Ini kerana kerja-kerja awal bagi projek mengecat bangunan SKPHT telah dimulakan pada pagi hari ini. Setelah sekian lama, baru kini SKPHT mendapat peruntukkan bagi projek mengecat keseluruhan bangunan sekolah. 2010 bakal menjanjikan keceriaan keseluruhan SKPHT. Insyaallah dengan bangunan sekolah yang telah dicat baru ini dapat memberikan dorongan dan semangat yang baru kepada murid-murid dan guru-guru di sini untuk berkhidmat dengan lebih gigih dan cemerlang di sekolah yang tercinta ini.

Baca Selanjutnya...

Sunday, November 22, 2009

AIDIL ADHA : SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA



Selamat Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat ikhlas dari jqafskpht.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

Friday, November 20, 2009

BLOGGER:PELUANG TAMBAH PENDAPATAN BAGI BLOGGER BUMIPUTERA

Photobucket
Peluang pendapatan sampingan / tambahan kepada Blogger-Blogger Bumiputera. Anda boleh mencuba, mungkin di sini ada satu lorongan rezeki untuk anda. Cuma luangkan sedikit masa membaca keterangan di bawah.

Program ini BUKANLAH program MLM atau jualan langsung dan bukan juga Skim CEPAT Kaya...juga bukan berbentuk piramid yang hanya menguntungkan mereka yang berada di atas.Skim ini berkonsep saling membantu dan untuk menambahkan pendapatan sampingan dan bukan untuk jadi kaya...bukan untuk jadi kaya..


Program ini merupakan :

SISTEM KUASARM YANG MUDAH DAN SENANG
MODAL YANG RENDAH RM 20
100% KEUNTUNGAN MILIK ANDA
TIDAK BANK IN KEPADA ADMIN
TIADA CAS PENGELUARAN
HANYA DENGAN KONSEP
PROMOSI LINK ANDA SAHAJA

Untuk menjadi ahli, modal RM20 diperlukan, dan setelah menjadi ahli anda akan mendapat 17 ebook percuma seperti dibawah.

1. Cara Buat Ebook
2. Panduan Biz Internet
3. Software pencari email
4. Software bulk email sender
5. Senarai Email List
6. Cara Format Komputer
7. Panduan Membina Laman web
8. Panduan Buat Ebook Cover
9. Skrip Web Matrix
10. Skrip Level
11. Bukti Kebenaran Al-Quran
12. 1001 Kisah Teladan
13. Kisah Para Nabi dan Tokoh Islam
14. Himpunan Risalah Islam
15. Koleksi Hadith 40
16. Nabi Muhammad S.A.W
17. Kitab Riadhussolihin

Banyak bukan, tapi percayalah ianya semua diberikan percuma hanya dengan RM20 sahaja, Cuba bayangkan berapakah harga jika ebook tersebut dibeli daripada laman web lain? Dan keistimewaannya anda berpeluang menjana wang sampingan.

SISTEMNYA AMAT MUDAH
1. DAFTAR
2. BUAT BAYARAN RM20 KEPADA PENAJA ANDA
3. PROMOSI LINK PENAJAAN ANDA
4. TERIMA BAYARAN DARI AHLI BARU

Untuk maklumat seterusnya sila klik SINI atau pada iklan di bawah

Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 17, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009


17 November 2009 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah 2009 SK Parit Haji Taib. Majlis diadakan selepas waktu persekolahan, sekitar jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.40 petang. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi PIBG, Guru Besar dan ucapan oleh wakil PPD Kerian Tn Hj Zainoddin B. Nopiah (Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) selaku perasmi majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil kepada murid-murid Prasekolah. Selepas itu, penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran pada Peperiksaan Akhir tahun. Pada masa yang sama majlis diselitkan dengan persembahan bercerita Bahasa Inggeris oleh murid prasekolah iaiti adik Najahatul Nasuha Bt Mohd Salji yang berjudul "Snow White". Turut sama membuat persembahan ialah adik Norhidayati dengan bercerita Bahasa Melayu, yang bertajuk "Pemerah Susu". Kedua-dua murid prasekolah ini berjaya menyampaikan cerita dengan baik. Mereka sebenarnya telah berjaya mendapat tempat ke-3 pertandingan bercerita prasekolah peringat daerah.Di akhir majlis, telah disampaikan dua anugerah penting yang ditunggu-tunggu iaitu anugerah tokoh murid 2009. Yang dimaksudkan ialah Tokoh Akademik Sekolah dan juga Tokoh Ko Kurikulum Sekolah. Tokoh Akademik Sekolah 2009 Sk Parit Haji taib telah menobatkah adik Nurshahira binti Sharim. Manakalah Tokoh Ko Kurikulum 2009 pula telah dianugerahkan kepada adik Mohd Haikal Ashraf B. Munawar
Selepas berakhinya penganugerah tokoh murid, para hadirin yang hadir serta murid-murid telah dihidangjkan dengan jamuan yang telah disediakan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan ibubapa yang hadir.
Empat bersaudara yang mendapat hadiah
Antara guru-guru lelaki yang bekerja keras menjaya HAK 2009
Antara guru-guru perempuan yang menjayakan HAK 2009

Untuk laporan lebih lanjut bersama gambar-gambar di Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 Sk Parit Haji Taib sila KLIK sebelah HAK 1 dan HAK 2

Baca Selanjutnya...

Monday, November 16, 2009

TAKZIAH...

Petang tadi 16 November 2009 salah seorang warga pendidik dari daerah Kerian Ustaz Ahmad Fauzi b. Azman PK1 SABK (R) Ar-Ridwaniah Teluk Medan telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 6.20 petang. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Taiping setelah dimasukkan ke wad pada hari Sabtu yang lepas. Ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga beliau.Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Al-Fatihah... (arwah merupakan sahabat admin ketika di peringkat 4 thanawi)

P/s : Jenazah allahyarham akan dikebumikan pada tengah hari esok 17 November 2009. Kepada sahabat dan warga pendidik yang mengenali arwah yang berkelapangan boleh menziarahi jenazah pada esok hari.

Baca Selanjutnya...

Sunday, November 15, 2009

j-QAF : TEKA TEKI

Seorang ustaz masuk ke kelas semasa waktu pelajaran jawi telah memberikan satu teka teki kepada murid-muridnya. Teka teki yang ditanyakan ialah mengenai salah satu huruf tunggal jawi.

Ustaz : Hari ini saya nak tanya satu teka teki pada kamu semua.

Murid : Apa teka tekinya ustaz…?

Ustaz : Baik, dengar baik2 ya.. Siapa dapat beritahu saya apa beza antara WAU dan LAYANG-LAYANG..

Murid-murid mengangkat tangan untuk cuba menjawab soalan atau teka teki yang diajukan oleh ustaz....Pelbagai jawapan telah diberikan oleh murid, antaranya :

Murid 1 : Wau besar, layang-layang kecik ustaz….
Murid 2 : Bentuknya tak sama ustaz ( sambil menunjukkan bentuk wau dan
layang-layang dengan menggunakan jari di udara) ejaan dia pun tak sama.
Murid 3 : Layang-layang untuk kanak2 wau untuk orang dewasa.
Murid 4 : Layang2 guna benang kecik wau guna benang besar
Murid 5 : Wau tak dak ekor panjang macam layang2.

Banyak lagi jawapan yang diutarakan oleh murid-murid…Akhirnya ustaz tersenyum dan berkata sebenarnya jawapan kamu semua betul, tapi jawapan yang sebenar dan yang paling tepat ialah sambil melukis huruf wau di papan putih…ustaz berkata : Beza wau dan layang-layang ialah, WAU salah satu huruf jawi dan layang-layang pula satu permainan atau alat permainan. ISet induksi ketika pelajaran jawi bawah tajuk huruf tunggal jawi (huruf wau).

Baca Selanjutnya...

Wednesday, November 11, 2009

2012 Extended Trailers : FILEM KEMUSNAHAN DUNIA


Sedutan filem 2019 arahan Roland Emmerich menceritakan tentang kemusnahan dunia pada masa akan datang.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, November 10, 2009

USAH JEMU BERDOA

Setiap insan punya dugaan yang berbeza. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi untuk membantu anda menghadapi pelbagai rintangan yang tiba. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluar namun dengan syarat, kita mesti memintanya dengan cara berdoa setiap kali selepas solat. Allah berfirman “dan apabila hamba2mu bertanya kepada mu tentang aku, maka jawablah bahawasanya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahku dan hendaklah mereka beriman kepada ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” surah al-Baqarah ayat 186.

Berdasarkan banyak hadis sahih doa adalah satu ibadah, dan ramai di kalangan ulama menyatakan bahawa Allah mensyaratkan dua perkara iaitu : Ketaatan yang penuh dan menyeluruh kepada Allah dan rasulnya. Maka sesiapa yang tidak memenuhi segala perintah Allah dan Rasulnya itu, maka selamanya Allah tidak mengabulkan doanya kerana ia telah merosokkan jalan penerimaan Allah

Hendaklah dia menjadi seorang mukmin dan beramal soleh. Meskipun dalam masa yang cukup lama sesungguhnya seseorang hamba itu selalu berada di antara nikmat doa.

Baca Selanjutnya...

SAKIT DAN UJIAN

Apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka seluruh manusia yang ada kaitan dengannya turut diuji oleh Allah. Pertama orang yang sakit itu sendiri, sekiranya sabar di samping mencari jalan agar penyakitnya sembuh akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kedua ahli keluarga yang menjaganya yang juga dituntut agar sabar melayani karenah anggotanya yang ditimpa musibah. Di sini kita dapat melihat kesabaran suami atau isteri serta anak-anak.Seterusnya Allah menguji anggota masyarakat bermula dengan jiran tetangga. Sejauh mana keprihatinan mereka kepada jiran yang sakit itu. Adakah mereka peka serta melakukan amalan ziarah menziarahi bagi meringankan sedikit beban yang dipikul pesakit ataupun sebaliknya. Begitu juga pengamal-pengamal perubatan (atau kita namakan doktor, jururawat, staf hospital dan sebagainya) yang didatangi pesakit. Adakah mereka benar-benar ikhlas di dalam membantu pesakit atau sebaliknya hanya mementingkan motif perniagaan semata-mata. Bahkan yang difikirkan terlebih dahulu adalah sumber pendapatan mereka yang sangat lumayan walaupun kadang-kadang terpaksa memberikan pesakit dos (ubat) yang tidak sesuai.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud “Adakah manusia menghitung mereka akan ditinggalkan begitu sahaja setelah mereka mengaku beriman (kepada Allah) sedang mereka tidak diuji? Maka Kami telah uji mereka (umat) yang terdahulu maka sesungguhnya dengan itu Allah mengetahui orang-orang yang benar dan yang dusta”.

Berdasarkan mafhum ayat di atas, jelaslah bahawa Allah telah menyediakan kepada manusia pelbagai ujian untuk menyaring manakah di antara mereka itu benar-benar beriman ataupun pendusta, iaitu secara zahirnya nampak macam orang-orang beriman tetapi pada hakikatnya mereka itu langsung tidak mengenal erti keimanan kepada Allah. Ataupun dalam perkataan lain mereka yang berpaling tadah.

Imam al-Qurtubi (671H) menceritakan daripada Ibnu Abbas ra “yang dimaksudkan dengan manusia di dalam ayat tersebut adalah orang-orang Islam di Mekkah yang telah disiksa oleh kaum musyrikin seperti Salmah bin Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah, ‘Ammar bin Yasir dan sebagainya”. Maka dengan turunnya ayat ini mengajarkan bahawa telah menjadi sunnatullah yang akan menguji keimanan hamba-hambanya.

Nabi Muhammad SAW juga pernah ditanya berkenaan dengan ujian Allah ini kepada hamba-hambaNya, maka baginda menjawab “Golongan yang paling banyak menerima ujian adalah daripada kalangan para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh sehingga mereka diuji dengan kemiskinan dan kemelaratan sehingga tidak ada yang dapat dijadikan pakaian melainkan kain yang telah usang”

Kesimpulan

Tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain.

Baca Selanjutnya...

Sunday, November 8, 2009

Instant Shutdown.. Must Try...

Baca Selanjutnya...

JAWI : EJAAN JAWI TIDAK SAMA DENGAN RUMINYA

Label pada bungkusan garam halus tidak betul ejaannya

Gambar ini saya ambil ketika hari perkhemahan di sekolah pada 7 November 2009. Semasa mengagihkan barang-barang keperluan untuk aktiviti memasak, saya dapati satu bungkusan garam halus yang salah ejaan jawinya. Ini adalah satu kesalahan ejaan yang perlu dibetulkan. Kesalahan seperti ini boleh menyebabkan kekeliruan orang ramai. Seharusnya pihak pengeluar atau syarikat garam halus ini perlu menukarkan label baru dengan ejaan yang betul. Ejaan sebenar bagi garam halus adalah seperti di bawah...
Garam Halus dengan ejaan jawi sebenar


Baca Selanjutnya...

Friday, November 6, 2009

DATA j-QAF : KUTIPAN DATA OKTOBER 2009

Khamis, 5 Nov 2009 bertempat di PKG P.Buntar telah diadakan bengkel kutipan data j-QAF bagi 6 bulan. Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan dari Ust. Hasbullah b. Hj Ahmad selaku Pegawai Khas j-QAF PPD Kerian. Bengkel berjalan dengan baik dan lancar. Kebanyakan sekolah telah dapat menyiapkan data di peringkat sekolah dan sedia untuk diserahkan. Namun terdapat beberapa buah sekolah tidak dapat menyerahkan data kerana masalah teknikal dan sebagainya. Data yang telah dikumpulkan bakal dibawa ke Ipoh pada 11 hingga 13 November 2009 untuk pengumpulan di peringkat negeri. Di hari yang sama turut diadakan penyerahan laporan Kem Bestari Solat (KBS) dan KLAQ bagi sesi 2009.

Baca Selanjutnya...

Monday, November 2, 2009

DATA j-QAF : PENGUMPULAN DATA j-QAF 6 BULAN KE-2 PERINGKAT DAERAH KERIAN

DATA JQAF 2009

Assalamulaikum...
Untuk makluman semua guru-guru j-QAF di Daerah Kerian, kutipan data peringkat Daerah Kerian akan diadakan pada 5hb November 2009 bertempat di PKG Parit Buntar. Pengumpulan akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang Oleh yang demikian diharap semua guru-guru yang terlibat membuat pengisian data di sekolah masing-masing dapat menyiapkan pengisian data sekolah anda dengan sebaik-baiknya. Pengumpulan di peringkat negeri pula akan diadakan pada minggu yang berikutnya iaitu 10 hingga 11 November yang akan diadakan di Ipoh.

Baca Selanjutnya...

Sunday, November 1, 2009

KAABAH : NABI ISMAIL BANTU BAPANYA BINA KAABAH

NABI Ismail, anak Nabi Ibrahim dengan isteri keduanya, Hajar, ketika bayi ditempatkan di satu lembah yang gersang. Namun, berkat doa bapanya, kawasan itu bertukar menjadi subur. Di situ juga mula muncul mata air, kini dikenali sebagai air zam-zam.
Nabi Ismail dibesarkan di Makkah (pekarangan Kaabah). Apabila dewasa beliau berkahwin dengan wanita daripada puak Jurhum. Walaupun tinggal di Makkah, Ismail sering dikunjungi bapanya.
Pada satu ketika, bapanya menerima wahyu daripada Allah supaya membina Kaabah. Perkara itu disampaikan kepada anaknya. Ismail berkata: “Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu kepadamu dan aku akan membantumu dalam pekerjaan mulia itu.”
Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia. Kemudian Jibril memberi ilham kepada Ismail supaya mencari batu hitam untuk diserahkan kepada Nabi Ibrahim. Setiap kali bangun, mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Bangunan (Kaabah) itu menjadi tinggi dan Ibrahim makin lemah untuk mengangkat batu. Dia berdiri di satu sudut, kini dikenali Makam Ibrahim.
Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya. Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail. Apabila Nabi Ibrahim bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua. Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”

Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“ Dijawab isteri Ismail: “Aku tidak mempunyainya, malah apa pun tiada.”
Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu. Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”
Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah. Nabi Ismail bertanya isterinya: “Apakah ada orang datang menemui kamu?“

Isterinya berkata: “Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata: “Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“ Isterinya berkata: “Ya, dia menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya menggantikan pintumu.”
Ismail berkata: “Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.” Selepas menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Ismail hidup bersama isteri barunya itu hingga melahirkan beberapa anak. Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah. Pada satu ketika, Nabi Ibrahim, iaitu bapa Nabi Ismail bermimpi menyembelih anaknya itu lalu disampaikan perkara itu katanya: “Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi menyembelihmu, fikirkanlah apa pendapatmu.” Ismail lantas berkata: “Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang yang sabar.” Mereka berdua berserah diri kepada Allah. Kemudian Nabi Ibrahim membaringkan anaknya (untuk disembelih) dari belakang kepala supaya wajahnya tidak menyaksikan peristiwa penyembelihan itu. Lalu Ibrahim menekankan pisau ke atas tengkuknya, namun pisau itu tidak memotongnya.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya, Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat kebaikan.

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian yang baik) dari kalangan orang yang datang kemudian, (iaitu) kesejahteraan dilimpah ke atas Ibrahim.
“Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba Kami yang beriman dan Kami berikan dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang soleh.”

Al-Quran menjelaskan apa yang disembelih Ibrahim itu adalah Ismail, kemudian Allah memberikan khabar gembira kepada Ibrahim dengan kelahiran seorang anak lagi, iaitu Ishak.

Baca Selanjutnya...

QURBAN : KELEBIHAN DAN HIKMAHNYA

Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii)Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Baca Selanjutnya...

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL CIKGU MOHD NASIR DAN ISTERI KE TANAH SUCI


1 November 2009, telah diadakan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil di rumah En Mohd Nasir B. Hj Shamsuri di Taman Serai Mayang belakang stesen minyak Petronas Bagan Serai.Majlis diadakan sempena meraikan keberangkatan beliau dan isteri ke tanah suci Makkah bagi melaksanakan ibadah Haji tidak lama lagi. En. Mohd Nasir adalah salah seorang pendidik di SK Parit Haji Taib, dan beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di SKPHT. Majlis dimulai dengan bacaan Yasin kemudian diteruskan dengan Tahlil dan doa serta jamuan. Di akhir majlis beliau bersalam-salaman dengan hadirin memohon kemaafan. Seluruh warga SK Parit Haji Taib mengucapkan Selamat menunaikan ibadah haji kepada En. Mohd Nasir dan isteri dan semoga mendapat haji yang mabrur, serta mendoakan keselamatan beliau dan isteri selama berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanah air dengan haji yang diterima oleh Allah.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP