HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009


17 November 2009 telah diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah 2009 SK Parit Haji Taib. Majlis diadakan selepas waktu persekolahan, sekitar jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.40 petang. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi PIBG, Guru Besar dan ucapan oleh wakil PPD Kerian Tn Hj Zainoddin B. Nopiah (Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah) selaku perasmi majlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil kepada murid-murid Prasekolah. Selepas itu, penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran pada Peperiksaan Akhir tahun. Pada masa yang sama majlis diselitkan dengan persembahan bercerita Bahasa Inggeris oleh murid prasekolah iaiti adik Najahatul Nasuha Bt Mohd Salji yang berjudul "Snow White". Turut sama membuat persembahan ialah adik Norhidayati dengan bercerita Bahasa Melayu, yang bertajuk "Pemerah Susu". Kedua-dua murid prasekolah ini berjaya menyampaikan cerita dengan baik. Mereka sebenarnya telah berjaya mendapat tempat ke-3 pertandingan bercerita prasekolah peringat daerah.Di akhir majlis, telah disampaikan dua anugerah penting yang ditunggu-tunggu iaitu anugerah tokoh murid 2009. Yang dimaksudkan ialah Tokoh Akademik Sekolah dan juga Tokoh Ko Kurikulum Sekolah. Tokoh Akademik Sekolah 2009 Sk Parit Haji taib telah menobatkah adik Nurshahira binti Sharim. Manakalah Tokoh Ko Kurikulum 2009 pula telah dianugerahkan kepada adik Mohd Haikal Ashraf B. Munawar
Selepas berakhinya penganugerah tokoh murid, para hadirin yang hadir serta murid-murid telah dihidangjkan dengan jamuan yang telah disediakan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan ibubapa yang hadir.

Empat bersaudara yang mendapat hadiahAntara guru-guru lelaki yang bekerja keras menjaya HAK 2009
Antara guru-guru perempuan yang menjayakan HAK 2009

Untuk laporan lebih lanjut bersama gambar-gambar di Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 Sk Parit Haji Taib sila KLIK sebelah HAK 1 dan HAK 2
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009 Reviewed by صوفي اسحاق on 4:14 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.