MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL CIKGU MOHD NASIR DAN ISTERI KE TANAH SUCI


1 November 2009, telah diadakan satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil di rumah En Mohd Nasir B. Hj Shamsuri di Taman Serai Mayang belakang stesen minyak Petronas Bagan Serai.Majlis diadakan sempena meraikan keberangkatan beliau dan isteri ke tanah suci Makkah bagi melaksanakan ibadah Haji tidak lama lagi. En. Mohd Nasir adalah salah seorang pendidik di SK Parit Haji Taib, dan beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu di SKPHT. Majlis dimulai dengan bacaan Yasin kemudian diteruskan dengan Tahlil dan doa serta jamuan. Di akhir majlis beliau bersalam-salaman dengan hadirin memohon kemaafan. Seluruh warga SK Parit Haji Taib mengucapkan Selamat menunaikan ibadah haji kepada En. Mohd Nasir dan isteri dan semoga mendapat haji yang mabrur, serta mendoakan keselamatan beliau dan isteri selama berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanah air dengan haji yang diterima oleh Allah.
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL CIKGU MOHD NASIR DAN ISTERI KE TANAH SUCI MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL CIKGU MOHD NASIR DAN ISTERI KE TANAH SUCI Reviewed by صوفي اسحاق on 1:31 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.