Sunday, December 20, 2009

DOWNLOAD ; BAHAN j-QAF TAHUN 6 KEGUNAAN TAHUN 2010




Sumber diperoleh dari http://jqafmelaka.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

Saturday, December 19, 2009

Mabruk alaikuma..PASANGAN j-QAF Kohort 2008

Tahniah..mabruk alaikum! diucapkan kepada Mohd Zaki B. Abdul Khairi yang telah bertemu jodoh denganMimi Hafizah Binti Adnan. Mohd Zaki merupakan salah seorang guru j-QAF di Daerah Kerian dan mengajar di Sk Kampung Selamat. Isterinya juga seorang guru j-QAF dan kini mengajar di Sk Dato' Mahmud, Chemor Ipoh. Pasang an j-QAF ini telah selamat melangsungkan majlis kenduri, jamuan dan doa selamat di rumah pihak pengantin perempuan pada hari Sabtu 12/12/2009 yang lepas di Pahang dan majlis di pihak pengantin lelaki pula diadakan pada 19/12/2009 di Perak beralamat di 78 Batu 11 Jalan Taiping 34300 Bagan Serai. "Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta berbahagia hingga ke anak cucu" Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis walimah.
Ust Zawawi Yasin turut menyumbang tenaga di majlis ini

Sama padan "Bagai pinang dibelah dua"

Sms pada pengantin...



Baca Selanjutnya...

Friday, December 18, 2009

HAND PHONE:4 FAKTA YANG KITA TIDAK TAHU PADA HP

Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 15, 2009

SAMAN TRAFFIK : PERIKSA SAMAN ANDA DI SINI


Cuti sekalah hampir berakhir, mungkin sudah banyak tempat-tempat yang dituju untuk bercuti bersama anak-anak dan keluarga. Tapi adakah kita mematuhi peraturan jalan raya semasa kita memandu? Mungkin kita memandu laju di tempat yang terdapat PERINGATAN Had Laju...Kadang-kadang kita juga memandu laju disebabkan kecemasan. Harus diingat kelajuan kita sering kali diperhatikan. Ini menyebabkan SAMAN EKOR akan mengikuti kita pulang. Maka anda boleh CHEK SAMAN ANDA DI SINI KLIK SAHAJA PADA GAMBAR POLIS DI ATAS. Semoga posting ini sebagai peringatan pada kita untuk mematuhi peraturan jalan raya KHUSUSNYA PERATURAN HADLAJU.
p/s : admin dah kena 3.

Baca Selanjutnya...

Thursday, December 10, 2009

al-Fatihah : Bekas Guru Besar Sk Parit Haji Taib

al-Fatihah...Takziah diucapkan kepada keluarga bekas Guru Besar Sk Parit Haji Taib iaitu Allahyarham Tn Hj Kamaruddin B. Mahyuddin yang telah kembali kerahmatullah pada 10/12/2009 jam 10 malam tadi. Didoakan semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen
P/s :Jenazah akan dikebumikn pada hari ini 11/12/2009.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 8, 2009

PERLAKSANAAN SYARIAH DI ACEH


Pada 1 Disember lalu, beberapa wanita yang sedang bersiar-siar di Banda Aceh ditahan oleh pegawai penguatkuasa Pemerintah Daerah.Mereka terkejut dengan penahanan itu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan.Namun segalanya terjawab apabila di pinggir jalan mereka diberi 'kuliah' mengenai peraturan pakaian mengikut Islam bersesuaian dengan pelaksanaan Peraturan Daerah atau Kanun mengenai syariat Islam. Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh selepas ini bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia akan dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah. Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri. Wilayah contoh Ternyata sekali, Aceh bakal menjadi wilayah contoh bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh rantau Asia Tenggara apabila undang-undang itu dilaksanakan secara tegas.Sebelum ini, ramai tokoh agama dalam ceramah-ceramah mereka mengaitkan kejadian tsunami yang berlaku di wilayah itu pada 2004 adalah akibat daripada kealpaan pemerintah Aceh menguatkuasa undang-undang syariah. Ketika itu mereka menganggap, bencana yang berlaku adalah pembalasan daripada Allah SWT. Sememangnya pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh turut menarik perhatian kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Ia terbukti apabila Timbalan Dutanya ke Indonesia, Ted Osius dalam pertemuan dengan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Hashim Muzadi bertanyakan mengenai hukuman merejam yang terdapat dalam undang-undang syariah bagi kesalahan zina. Menurut Osius, sebagai sebuah organisasi Islam terbesar di dunia, NU mempertahankan citra Indonesia sebagai negara Islam sederhana.Menjawab kebimbangan Osius itu, Hashim berkata, ajaran syariah Islam diperkenalkan sebagai kewajipan kepada individu sedangkan sebagai warga negara, mereka wajib mematuhi undang-undang yang adaDemikianlah antara reaksi yang diberikan apabila Aceh ingin melaksanakan undang-undang syariah. Tetapi sama ada suka atau tidak pemerintah daerah Aceh akan tetap memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan sama ada ia akan dibantah atau tidak.Pemerintah Aceh tidak mahu, wilayah itu hanya bercakap sahaja melaksanakan syariah Islam tetapi dari segi tindakan ia boleh disifatkan satu retorik. Sumber Diperoleh : Utusan Online

Baca Selanjutnya...

BANDA ACEH : POLIS SYARIAH MULA BERTUGAS


BANDA ACEH (Indonesia): Gambar ini yang diambil Jumaat lalu menunjukkan tiga pemuda Aceh ditahan polis syariah.

Mereka ditahan kerana disyaki berjudi.

Polis syariah kini berperanan melaksanakan undang-undang syariah yang baru di wilayah itu.

Di bawah undang-undang itu hukuman sehingga 400 sebatan boleh dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan merogol, meminum arak, meliwat dan berjudi. -- AFP.

Baca Selanjutnya...

Sunday, December 6, 2009

TOP 25 YANG PALING POPULAR


Terkini web/blog BLOG JQAF SKPHT berada di ranking pertama antara 25 WEB LINKS yang Popular di Portal PPD Kerian. Blog j-QAF Sk Parit Haji Taib dengan kategori Bahan Bahan P & P telah hit dengan 130 dan diikuti dengan Portal SK Methodist Parit Buntar dengan hit 125...Sila klik pada gambar di atas untuk melihat ranking 25 yang popular di Kerian. Atau KLIK di Sini.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP