PERLAKSANAAN SYARIAH DI ACEH


Pada 1 Disember lalu, beberapa wanita yang sedang bersiar-siar di Banda Aceh ditahan oleh pegawai penguatkuasa Pemerintah Daerah.Mereka terkejut dengan penahanan itu dan tertanya-tanya apakah kesalahan yang telah mereka lakukan.Namun segalanya terjawab apabila di pinggir jalan mereka diberi 'kuliah' mengenai peraturan pakaian mengikut Islam bersesuaian dengan pelaksanaan Peraturan Daerah atau Kanun mengenai syariat Islam. Walaupun mendapat reaksi yang berbeza-beza namun penguatkuasa syariat Islam di Aceh selepas ini bukanlah sekadar menjadi hiasan dalam buku undang-undang pemerintah sahaja, sebaliknya ia akan dilaksanakan secara tegas oleh pemerintah daerah. Bantahan dan kritikan sesetengah kelompok hak asasi manusia yang menolak pelaksanaan undang-undang itu tidak dipedulikan. Ia kerana Aceh sememangnya sudah lama ingin melaksanakannya.Tambahan pula, ia sememangnya satu undang-undang yang disahkan sebelum berlakunya perjanjian damai antara pemerintah Indonesia, puak pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM).Oleh itu mahu tidak mahu dengan sokongan sebahagian besar parti politik di wilayah tersebut, maka penduduk Aceh harus akur dengan pelaksanaan undang-undang syariah itu.Berikutan kuasa yang diberikan kepada pemerintah daerah, mereka berkuasa untuk mengenakan tuduhan jenayah kepada kesalahan-kesalahan berkaitan meminum minuman keras, berjudi, berzina dan mencuri. Wilayah contoh Ternyata sekali, Aceh bakal menjadi wilayah contoh bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh rantau Asia Tenggara apabila undang-undang itu dilaksanakan secara tegas.Sebelum ini, ramai tokoh agama dalam ceramah-ceramah mereka mengaitkan kejadian tsunami yang berlaku di wilayah itu pada 2004 adalah akibat daripada kealpaan pemerintah Aceh menguatkuasa undang-undang syariah. Ketika itu mereka menganggap, bencana yang berlaku adalah pembalasan daripada Allah SWT. Sememangnya pelaksanaan undang-undang syariah di Aceh turut menarik perhatian kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS). Ia terbukti apabila Timbalan Dutanya ke Indonesia, Ted Osius dalam pertemuan dengan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Hashim Muzadi bertanyakan mengenai hukuman merejam yang terdapat dalam undang-undang syariah bagi kesalahan zina. Menurut Osius, sebagai sebuah organisasi Islam terbesar di dunia, NU mempertahankan citra Indonesia sebagai negara Islam sederhana.Menjawab kebimbangan Osius itu, Hashim berkata, ajaran syariah Islam diperkenalkan sebagai kewajipan kepada individu sedangkan sebagai warga negara, mereka wajib mematuhi undang-undang yang adaDemikianlah antara reaksi yang diberikan apabila Aceh ingin melaksanakan undang-undang syariah. Tetapi sama ada suka atau tidak pemerintah daerah Aceh akan tetap memastikan undang-undang tersebut dilaksanakan sama ada ia akan dibantah atau tidak.Pemerintah Aceh tidak mahu, wilayah itu hanya bercakap sahaja melaksanakan syariah Islam tetapi dari segi tindakan ia boleh disifatkan satu retorik. Sumber Diperoleh : Utusan Online
PERLAKSANAAN SYARIAH DI ACEH PERLAKSANAAN SYARIAH DI ACEH Reviewed by صوفي اسحاق on 8:33 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.