Saturday, January 23, 2010

KEAGONGAN SOLAT DAN FADHILATNYA


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... " Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... .." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Baca Selanjutnya...

KBS 2010 : KEM BESTARI SOLAT BAGI TAHUN 1 DAN TAHUN 2 SKPHT

23 Januari 2010 bertempat di surau Sk Parit Haji Taib telah dilaksanakan Kem Bestari Solat yang pertama bagi sesi 2010. KBS ini melibatkan murid-murid dari Tahun Satu dan Tahun Dua. Kesemuanya berjumlah 72 orang ( 39 orang Thn 1 dan 33 orang murid Tahun 2 ). Kehadiran murid amat menggalakan. Kem ini dimulakan dengan taklimat, bacaan doa dan pembahagian kumpulan. Kemudian para peserta telah diagihan mengikut kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan diwakili oleh seorang fasilitator. Fasilitator tediri daripa guru j-Qaf dan GPI. Peserta telah didedahkan denhan teori wuduk dan amali, teori solat dan amali solat dan pada akhirnya diadakan amali solat secara berjemaah. Dalam aktiviti LDK pelbagai teknik serta pendekatan telah digunakan oleh fasilitator dalah usaha menarik minat para peserta untukmengikuti dan melibatkan diri dalam KBS ini. Aktiviti berjalan lancar. Insyaalah, kem ke-2 dan selanjutnya akan menyusul mengikut jadual atau taqwim yang telah disediakan, selagi tiada perubahan pada tarikh yang dirancang. Antara gambar semasa perlaksanaan KBS
Peserta terdiri dari murid perempuan
Peserta dari kalangan murid Tahun 1




Baca Selanjutnya...

Friday, January 22, 2010

QURRATUL 'AYUN... PENYEJUK MATA

Aisyah Humaira

Cahaya mata kini sudah berumur tujuh bulan...الحمدلله والشكورلله

Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 20, 2010

KEM BESTARI SOLAT : CONTOH SURAT DAN KERTAS KERJA

Beberapa orang sahabat j-QAF dari seluruh negara telah menghubungi admin mohon dimuat naik contoh Kertas Kerja KBS dan contoh surat KBS. Katanya sebagai perkongsian untuk panduan. Oleh yang demikian di sini admin telah muat naik (upload) bahan berkenaan untuk ashabul jqaf yg berhajat.. Lihat pada ruangan di bawah.

Baca Selanjutnya...

Tuesday, January 19, 2010

KEM BESTARI SOLAT 2010 : JADUAL KEM BESTARI SOLAT SKPHT 2010

Untuk makluman waris murid Tahun 1, 2, 3 dan 4. Jadual aktiviti Kem Bestari Solat telah disediakan dan telah dimuatkan dalam Taqwim Rasmi SKPHT Sesi 2010.

Baca Selanjutnya...

SOLAT : RAHSIA DIFARDHUKAN SOLAT

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)


Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.
Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

1. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

2. Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

3. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

4. Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

5. Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

6. Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.
Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 13, 2010

LAGI PERTUKARAN GURU j-QAF


Seorang sahabat dari Kedah telah menghubungi admin dua hari lepas, dan meminta dipostingkan hasratnya untuk bertukar daerah atau sekolah tempat mengajar. Daerah pertukaran yang dimaksudkan ialah dari Kubang Pasu, Jitra ke Sg. Petani. Secara ringkasnya, sesiapa yang ingin bertukar daerah dari dari Jitra ke Sg. Petani atau ada rakan-rakan yang ingin bertukar di daerah yang dimaksudkan boleh menghubungi ustaz tersebut di talian
016-5285651 -Ustaz Ahmad Zawawi B. Yasin (Tn Hj.)

Baca Selanjutnya...

Monday, January 11, 2010

PEMANTAUAN 2010 : j-QAF Negeri Perak

Untuk makluman semua, pemantauan sekolah-sekolah Program j-QAF 2010 akan diadakan sepanjang bulan Januari dan Februari 2010 khusus di negeri Perak Darul Ridzuan. Untuk maklumat lanjut berkenaan pemantauan j-QAF 2010 ini, sila layari Portal Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Sila klik pada nama portal di sebelah untuk untuk melayari portal tersebut. Anda dikehendaki mendaftar sebagai ahli pada portal SPI Perak untuk akses pelbagai bahan serta muat turun Instrumen Pemantauan 2010 dan pelbagai bahan lagi.

Baca Selanjutnya...

Saturday, January 9, 2010

j-QAF : PERTUKARAN DARI JOHOR KE PERAK

Assalamualaikum, kepada semua pengunjung yang dihormati..Seorang guru j-QAF dari Johor pengunjung setia blog ini telah menyatakan hasratnya ingin bertukar ke Perak pada ruangan Buku Pelaawat. Oleh kerana ruangan buku pelawat bukanlah ruangan yang sesuai untuk iklan atau pengumuman, maka admin cuba postingkan hasrat pengunjung tersebut tatapan umum. Di bawah ini merupakan maklumat yang telah dikemukakan :

FARRIZAH BT. SAID

Location:

Johor Bahru, Johor

Aslmkm,saya dr JB bk laman web ni sbb nak tanya sekiranya ada dgr khabar2 guru jqaf yg nak brtkr ke JB,blh contact saya 0122916827.saya jQAF 2005,opsyen PI,ingin bertkr ke Perak krn suami bekerja dan tinggal di Perak. Kalau ada brth cpt ye. Time kasih

Saya difahamkan Daerah yang hendak dituju oleh Ustazah ni Kuala Kangsar.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 6, 2010

UJIAN DIAGNOSTIK JAWI

Pengunjung yang budiman, di sini ada disediakan soalan ujian saringan untuk kelas pemulihan jawi (Soalan Ujian Diagnostik). Soalan ujian ini boleh membantu bagi membuat saringan murid,sama ada dapat menduduki kelas normal atau pemulihan jawi. Untuk proses download, sila klik pada nama soalan di sebelah. semoga bermanfaat.SOALAN UJIAN SARINGAN JAWI PEMULIHAN

Baca Selanjutnya...

RPT BAHASA ARAB 2010 TAHUN 1-TAHUN 6 : DOWNLOAD RPT BAHASA ARAB

Para guru Bahasa Arab anda boleh mendapatkan Rancangan Tahunan Bahasa Arab 2010 tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mendownload di sini. Untuk proses muat turun RPT tersebut sila klik pada nama di sebelah ini.DOWNLOAD RPT BAHASA ARAB 2010

Semoga berjaya...

Baca Selanjutnya...

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


Selamat Kembali ke Sekolah 4 Januari 2010. Semoga tahun ini murid-murid telah mempersiapkan diri dengan azam baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada murid Tahun 1 "Selamat datang ke Sekolah Baru".

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP