Wednesday, February 24, 2010

MAULIDUR RASUL


Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Baca Selanjutnya...

Monday, February 22, 2010

CABUTAN BERTUAH PETRONAS : الرزق من الله

23 FEB 2010, :-) Pepatah melayu ada menyatakan "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" begitulah perumpamaan yang dapat admin ungkapkan kerana telah berjaya mendapat hamper dalam cabutan bertuah "Peraduan isi minyak PETRONAS" Dari 20 cabutan yang dibuat oleh wakil Petronas di Kamunting, penyertaan saya telah berjaya mendapat tempat pada cabutan yang ke-9. Walaupun nilai hamper yang dimenangi tidaklah begitu besar, (lebih kurang RM30) namun ini merupakan rezeki saya . Ini kerana sudah banyak dan bermacam peraduan pernah saya sertai, dan ini adalah kali pertama saya mendapat tempat (walaupun saguhati cabutan bertuah). Difahamkan peraduan yang saya menangi ini "peraduan senyum Petronas". علي كل حال واشكر على الله

Baca Selanjutnya...

Saturday, February 20, 2010

BANK SOALAN : KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM

Di sini terdapat beberapa soalan Pendidikan Islam untuk dikongsikan bersama. Boleh dimuat turun tanpa izin untuk kegunaan pendidikan. Sila klik pada nama fail yang dikehendaki untuk proses muat turun.Semoga berjaya.

Baca Selanjutnya...

Monday, February 1, 2010

j-QAF : KOLEKSI BAHAN DOWNLOAD j-QAF DAN BBM DI j-QAF SKPHT

Di sini telah dihimpunkan sebahagian daripada bahan-bahan download j-QAF dan bahan BBM P&P, untuk memudahkan para pengunjung dan sahabat memuaturun. Semoga mendapat manfaat.

Bahan download j-qaf 2010
Download j-Qaf
BBM video flash j-Qaf
Bahan Kbs 2

Bahan download RPT Thn 1-Thn 6 Bahasa Arab

Buku Teks Bahasa Arab
Download BBM Aqidah

Download BBM Adab
Download BBM Aqidah
Download BBM Ibadah
Download Koleksi Soalan P.Islam
Download Soalan B.Arab
Soalan Bahasa Arab Tahun 1
Download Bahan B.Arab

Download Bahan B.Arab Lagi
Download Bahan KEM BEStari SOlat
Download j-QAF Bahan Pelajaran Jawi

Download Bahan Kem aqil Baligh

Koleksi Bahan BBM P&P Lagi
Kalam Jamaie Skrip

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP