MESYUARAT DATA PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA 2010


Pada 19-21 Julai, bertempat di Dewan Arif Budiman, PPd Larut Matang Selama (LMS) telah diadakan Mensyuarat Data Program j-QAF bagi sesi 6 Bulan Pertama Tahun 2010. Mesyuarat bertujuan pengumpulan data di peringkat negeri Perak. Mesyuarat telah dihadiri oleh 10 orang JU Data Daerah yang mewakili daerah masing-masing dan diketuai oleh seorang JU Data Negeri Perak iaitu Ustaz Ahmad Fuad Bin Idris. Mesyuarat telah disempurnakan oleh Tn Haji Ahmad Lutfi Bin Haji Abu Bakar selaku Pen. Pengarah j-QAF Perak. Alhamdulillah, pengisian dan pengumpulan dapat dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru j-QAF negeri Perak yang juga telah dapat membuat pengisian data pencapaian murid program j-QAF di peringkat sekolah.

JU Data Negeri Perak Ustaz Ahmad Fuad

MESYUARAT DATA PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA 2010 MESYUARAT DATA PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA 2010 Reviewed by صوفي اسحاق on 9:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.