Thursday, March 31, 2011

Dakyah April Fools

Kisah ini saya perolehi dari email yang diforwardkan kepada saya. Semoga kita semua mengambil pengajaran darinya dari mengagungkan perayaan musuh Islam…

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,
penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, March 30, 2011

Kejohanan Catur Peringkat Kelompok 2 Tahun 2011

30 Mac 2011 telah dilangsungkan Kejohanan Catur Peringkat Kelompok 2 Tahun 2011. Kejohanan diadakan di SABK Ar-Ridwaniah Teluk Medan. Kejohanan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SRJK Tong Wah, SK Jalan Matang Buluh, Sk Dato' Masud, SABK Ar-Ridwaniah dan SK Parit Haji Taib. Keputusan dari kejohanan ini bagi kategori lelaki (L) menyaksikan pemain dari SRJK Tong Wah telah menjadi Johan dan diikuti pemain dari SK Parit Haji Taib bagi tempat N.Johan dan tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Mustaqim B. Kornain dan Muhamad Hafiz B. Abd Hadi dari Sk Parit Haji Taib.




Muhammad Faiz khusyuknya..





* Mata yang membezakan Johan dan N. Johan 0.5
* 4 orang pemain dari SKPHT Top 10- seperti di atas;

2 -Muhammad Mustaqim B. Kornain
3 -Muhamad Hafiz B. Abd Hadi
9 -Amirul Amin B. Sharuddin
10 -Mohammad Azizul B. Khiri

Tahniah!!

Gambar ni goyang blur sikit

Baca Selanjutnya...

Thursday, March 24, 2011

Memori Kem Bestari Solat di Sk Parit Haji Taib

Baca Selanjutnya...

Kanak- Kanak 13 tahun Cipta Laman Sosial Saingi Face Book



Tahukah anda seorang kanak-kanak berusia 13 tahun telah menggemparkan dunia internet kerana telah mencipta satu laman sosial mirip Face Book dan mendapat sambutan yang menggalakkan .Apa yang lebih membanggakan lagi ialah kanak-kanak itu adalah saudara seislam kita dari Indonesia.Mengikut maklumat dari blog http://www.penmerahpenbiru.com,laman tersebut berjaya menarik hampir sejuta pengunjung sehari.

Muhamad Yahya Harlan, 13 tahun telah mencipta Jaringan Laman Sosial menyerupai Facebook yang dikenali sebagai salingsapa.com. Menurut beliau, konsep laman sosial ciptaannya mempunyai ciri - ciri tambahan yang lebih baik lagi.

Muhamad Yahya yang belajar di Sekolah Alam Bandung hanya menyiapkan Laman Sosial tersebut dalam masa sebulan.

"alhamdulillah, sehari kemaren salingsapa.com di-hit hampir 1 juta kali, dari 59 negara, SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR. HAADZA MIN FADLI RABBIY . Semoga Salingsapa bisa menjadi jalan kebaikan buat kita semua, menjalin silaturrahmi danmengakses cahaya hidayah Allah. Tolong ajak teman dan saudara saudaranya untuk sgin up di SalingSapa.com ini ya ? semoga dicatatkan Allah sebagai amal shaleh, amiiin" - Muhamad Yahya Harlan


Baca Selanjutnya...

Thursday, March 10, 2011

Program Permuafakatan Guru & Ibu Bapa

Khamis, 10 March 2011 telah diadakan Program Permuafakatan Guru & Ibu bapa di Sk Parit Haji Taib. Program diadakan di dewan SKPHT dan bermula pada pukul 3.30 petang. Penceramah jemputan Ustaz Izafri B. Ahmad dari Sk Bukit Jana telah diundang bagi menjayakan program ini. Program ini merupakan salah satu program motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah kepada murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011. Program berakhir sekitar jam 5.15 petang.

Ustaz Mohd Izafri

Ibu Bapa dan anak duduk bersama


Khusyuk mendengar ceramah

Gambar sekitar program
Gambar sekitar program 1

Gambar sekitar program 2
Gambar sekitar program 3
Gambar sekitar program 4
Gambar sekitar program 5
Adik Zainuddin turut mengalirkan air mata
Cikgu Shahrim dan Mohd Faiz (anak)

Baca Selanjutnya...

Sunday, March 6, 2011

ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI


Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP