Monday, August 29, 2011

ZAKAT FITRAH 1432H


Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Individu Yang Diwajibkan Membayar Zakat
Pada prinsipnya seperti definisi di atas, setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki dan wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:

* Ada kelebihan makanan & harta dari keperluan tanggungannya pada malam & pagi hari raya.
* Anak lahir sebelum matahari jatuh akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

* Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan tetap dalam Islamnya.
* Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Pengeluaran Zakat
Zakat Fitrah dikeluarkan pada bulan Ramadhan, paling lambat sebelum orang-orang selesai menunaikan solat sunat hari raya. Jika waktu penyerahan melepasi waktu ini maka yang diserahkan tersebut tidak termasuk dalam kategori zakat melainkan sedekah biasa.


Sumber Hadis Berkenaan Dengan Zakat Fitrah

Terdapat beberapa hadis yang sebagai dalil naqli yang menunjukan wajib membayar zakat fitrah bacaan selanjutnya....




Baca Selanjutnya...

Monday, August 22, 2011

TANDA-TANDA LALATUL QADAR

Banner lailatul qadar
Antara tanda-tanda malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang
artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan
mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan
menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Baca Selanjutnya...

Saturday, August 20, 2011

LAILATU QADAR : CARILAH PADA SEPULUH MALAM TERAKHIR

Begitu cepat masa berlalu, pejam celik kini sudah 20 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Ini bermakna tinggal lagi 10 atau 9 hari sahaja kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Ramadhan tetap akan pergi, ia akan pergi meniggalkan kita. Maka rugilah kita sekiranya Ramadhan yang datang tidak kita isi dan tidak pula kita memperbanyak amal. Pada peluang yang masih ada marilah kita isi Ramadhan ini dengan memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadah, lebih-lebih lagi 10 malam terakhir.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud :
“Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”

- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
- Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
- Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.
- Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
- Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
- Waktu berakhir iktikaf: Berakhirya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
- Perkara yang membatalkan iktikaf:
- Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
- Murtad.
- Hilang akal kerana gila atau mabuk.
- Datang haid atau nifas.
- Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
- Perkara yang sunat dilakukan.
- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, baca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
- Perkara yang harus dilakukan.
- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. - Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Baca Selanjutnya...

Thursday, August 18, 2011

CARA MUDAH NAK TAHU KEDAI GUNA PELARIS (JIN)


Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya :

Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :

"Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu".

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Sumber:AnakMuaalaf

Baca Selanjutnya...

Wednesday, August 17, 2011

KUIZ SEMPENA IHYA RAMADHAN

Pada hari Selasa l6/8/2011 telah diadakan "Pertandingan Kuiz Sempena Ihya Ramadhan". 12 soalan berkaitan hukum puasa dan Ramadhan telah dikemukakan oleh pengendali pertandingan iaitu Tn Hj Khairuddin B. Ramli. Dua belas hadiah juga telah diberikan kepada kepada 12 orang murid yang berjaya menjawab soalan kuiz pada pagi tersebut. Siri ke-2 pertandingan kuiz akan diadakan pada hari Khamis l8/8/2011.

Untuk melihat gambar sekitar pertandingan kuiz yang dimaksudkan sila klik pada nama fail berikut :

Baca Selanjutnya...

Monday, August 15, 2011

NUZUL AL-QURAN

Hari ini 15 Ramadhan 1432H ini bermakna 2 hari lagi kita akan menyambut satu lagi peristiwa besar dalam Islam yang mana peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa nuzul al-Quran yakni Peristiwa di mana ayat al-Quran pertama diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW dan ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.


Firman Allah S.W.T
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” Surah al-Baqarah ayat 185.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Peristiwa ini perlu diingat oleh setiap muslim kerana ianya peristiwa besar dan penting kepada muslim dengan diturunkan al-Quran telah menjadi petunjuk dalam kehidupan kita yang lebih sempurana. Wallahua'lam..

Baca Selanjutnya...

Saturday, August 13, 2011

IHYA RAMADHAN 2011 : Pertandingan Mencipta Kad Raya dan Mewarna


12 Ramadhan, yakni pada Jumaat yang lepas telah diadakan pertandingan "mencipta kad raya" dan "mewarna" sempena program Ihya Ramadhan. Program /acara mewarna bagi Tahap Satu, dan mencipta kad raya bagi murid Tahap Dua ini adalah antara aktiviti sempena "Program Ihya Ramadhan kali ini, masih banyak lagi program atau aktiviti yang akan dilaksanakan. Contohnya seperti majlis iftar Ramadhan, solat terawih berjemaah, pertandingan takbir raya dan lain-lain lagi.






Untuk melihat gambar lain sepanjang aktiviti sila klik nama fail di bawah :

Baca Selanjutnya...

Tuesday, August 9, 2011

ePELAPORAN VERSI 11.4


.......السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Untuk makluman para pengunjung yang dihormati, di sini terdapat format ePelaporan yang terbaharu "eSekolah 11.4". Tuan/puan boleh muat turun format epelaporan yang dimaksudkan untuk proses "update" laporan esekolah bagi analisa pencapaian program j-QAF sekolah pihak tuan. Untuk muat turun sila klik di DI SINI atau klik pada nama fail di bawah.


Sekian, Semoga bermanfaat.
P/S : Sumber diperoleh dari http://e-laporan.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

Friday, August 5, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN BAGI UPSR 2011


5 Ogos bersamaan 5 Ramadhan 1432H seperti biasasetiap hari Jumaat telah diadakan majlis bacaan Yasin untuk calon UPSR 2011. Majlis bacaan Yasin khas ini merupakan aktiviti tahunan di SK Parit Haji Taib. Semua murid-murid tahun 6 bersama guru-guru tertentu akan memulakan majlis membaca Yasin pada jam 7.30 pagi. Program ini telah bermula sejak bulan Macrh yang lepas lagi. Program ini akan diteruskan sehingga tamat sesi persekolahan 2011. Semoga program yang diadakan akan mendekatkan diri dan hati warga SKPHT kepada Allah SWT disamping memohon keredhaan-Nya agar dimudahkan menjalani UPSR 2011 serta memperolehi kejayaan yang cemerlang. Amin..yaRabb

Tn Hj Khairuddin membaca doa


Sekitar majlis bacaan Yasin pagi Jumaat 5 Ramadhan 1432H


Sekitar majlis bacaan Yasin pagi Jumaat 5 Ramadhan 1432H


Sekitar majlis bacaan Yasin pagi Jumaat 5 Ramadhan 1432H

Baca Selanjutnya...

Thursday, August 4, 2011

PELANCARAN IHYA RAMADHAN 2011

2 Ogos 2011 bersamaan 2 Ramadhan 1432H telah diadakan Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan di SK Parit Haji Taib. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPHT En Abu Bakar Bin Saad. Antara yang dinyatakan dalam ucapan Guru Besar ialah, beliau berharap murid-murid dapat menjadikan Ramadhan sebagai "madrasah" yakni sekolah bagi mendidik, melatih diri dan mentarbiyah akhlak karimah, di samping menggandakan amal kebajikan. Terdahulu majlis pelancaran telah dimulai dengan pembentangan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan yang telah disampaikan oleh Tn Hj. Khairuddin B. Ramli (GPI). Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah seperti, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kuiz Ramadhan, Risalah Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa, solat Terawih Berjemaah, Bacaan Yasin Dan Solat Hajat, Pertandingan Mencipta Kad Raya, Pertandingan Takbir Raya, Majlis Khatam Al-Quran dan dan lain-lain lagi.

Guru Besar En. Abu Bakar B. Saad


Murid-murid Khusyuk mendengar taklimat/ucapan GPI dan GB

Khusyuk

Wajah-wajah hari pertama orang berpuasa


Baca Selanjutnya...

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

1 Ramadhan 1432H yang telah jatuh pada hari Isnin 1 Ogos 2011 amatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam yang merinduinya. Kini Ramadhan tiba lagi, anugerah ini jangan dilepaskan begitu sahaja. Ayuh, mari kita mempersiapkan diri dengan setulus hati bagi menjalani ibadah yang dinanti ini. Jangan biarkan ia berlalu tanpa kita memperbanyak amal ibadah, biar Ramadhan al-Mubarak kali ini amal ibadah yang kita lakukan lebih lagi berbanding Ramadhan yang lalu. Untuk bacaan Tazkirah Ramadhan KLIK SINI

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP