Thursday, September 29, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN & KUTIPAN DATA j-QAF 20II

Assalamualaikum info khas warga Kerian.

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 1 - 5, 2011


Ujian Betulis : 21 Oktober 2011 (Jumaat)

Ujian Lisan Bahasa Arab Thn 4 & 5: 14 - 26 Oktober 2011

Tarikh ambil soalan : 13 Oktober 2011

SEMUA soalan disediakan oleh SPI melalui MGB Negeri.


Kutipan Data j-QAF Penggal Kedua

Daerah : 31 Okt - 3 Nov 2011

Negeri : 15 - 17 Nov 2011

Markah Jawi Tahun 6 digunakan untuk eLaporan j-QAF Penggal Kedua

Baca Selanjutnya...

KEM AQIL BALIGH : BAHAN KEM PRA REMAJA

Di sini terdapat beberapa bahan-bahan untuk kegunaan guru bagi mengadakan kem atau ceramah kepada murid Tahun 6 sebagai persediaan menempuh alam remaja. Sumber telah diperoleh dari Ustaz Khairul Anuar dari Sk Haji Dahlan Bagan Serai Perak.

Baca Selanjutnya...

Monday, September 26, 2011

MUAT TURUN BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU & PETUNJUK PRESTASI KSSR TAHUN 2


Assalamualaikum tuan/puan, di sini anda boleh muat turun Borang Pentaksiran Individu dan Petunjuk Prestasi Bagi kegunaan KSSR. untuk muat turun sila klik pada nama fail berikut :

Baca Selanjutnya...

Saturday, September 24, 2011

MUAT TURUN BAHAN KSSR TAHUN 2



Assalamualaikum, di sini tuan/puan boleh muat turun bahan KSSR Tahun 2 yang terbaharu. untuk proses yang dimaksudkan sila kluk pada nama fail di bawah.

Agihan Mingguan KSSR PI Thn2
KEDUDUKAN BIDANG
INSTRUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN2
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU
Kaedah Pelaksanaan PPAl-Quran KSSR PIT2
INSTRUMENT SIRAH
INSTRUMEN QURAN 1
INSTRUMEN QURAN 2
Instrument Al-Quran 3 dan 4

Agihan Mingguan KSSR PI Thn2

Baca Selanjutnya...

Wednesday, September 21, 2011

DOWNLOAD BAHAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN SATU



Assalamualaikum, di sini terdapat beberapa bahan KSSR Pendidikan Islam Tahun Satu untuk kegunnaan guru-terlibat terlibat. Sila KLIK Di SINI untuk proses muat turun.

atau klik DI SINI
Sekian.

Baca Selanjutnya...

Monday, September 12, 2011

UPSR 2011


"SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2011(UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH) KEPADA SEMUA CALON-CALON DI SELURUH MALAYSIA" SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG... KEPADA CALON SK PARIT HAJI TAIB, GURU-GURU SETULUS HATI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.."FAIZA A'ZAMTA FATAWAKAL 'ALALLAH INNALLAHA YUHIBBUL 'ALA MUTAWAKILIIN........ بالتوفيق والنجح ان شاء الله

Baca Selanjutnya...

Sunday, September 11, 2011

PROGRAM TASMIK DI SK PARIT HAJI TAIB

Program Tasmik di SK Parit Haji Taib telah dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan sesi 2011 yang lalu lagi. Program ini dilaksanakan 5jam setiap minggu di SKPHT. Pada kebiasaanya setiap kelas akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dikendalikan oleh empat orang GPI/Gjqaf. Di bawah antara gamabar sekitar program tasmik.



Baca Selanjutnya...

KELAS PEMULIHAN JAWI SKPHT

Gambar di bawah sekitar P&P semasa "Kelas Pemulihan Jawi" Tahun Satu di Sk Parit Haji Taib pada 2007. Murid-murid ini sekarang telah berada di Tahun Lima. Hampir kesemua murid-murid pemulihan ini telah kembali ke kelas perdana...





Baca Selanjutnya...

Saturday, September 10, 2011

UPSR 2011


"SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN UPSR 2011(UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH) KEPADA SEMUA CALON-CALON DI SELURUH MALAYSIA" SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG... KEPADA CALON SK PARIT HAJI TAIB, GURU-GURU SETULUS HATI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.."FAIZA A'ZAMTA FATAWAKAL 'ALALLAH INNALLAHA YUHIBBUL 'ALA MUTAWAKILIIN........ بالتوفيق والنجح ان شاء الله

Baca Selanjutnya...

UPSR 2011 :TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Tips : Menghadapi Peperiksaan

Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.
????: Komuniti - sepaku.net [Only Registered Users Can See Links Click Here To Register]

Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.


Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi
Elak ter****t dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Sumberwww. sepaku.net

Baca Selanjutnya...

KELEBIHAN PUASA 6

PUASA 6 SUNAT
PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”
Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”
Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.
Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut: Bacaan Seteerusnya....

Baca Selanjutnya...

Thursday, September 8, 2011

SMS DARI IBLIS


Dalam tahun 2008, saya pernah mengubati seorang pesakit. Di dalam coretan ini saya namakan sebagai Pesakit A. Pesakit A sudah berumahtangga. Pesakit A ini telah lama menghidapi penyakit misteri, di mana kadang kala datang beberapa ekor iblis yang akan masuk ke dalam badan Pesakit A ini dan menguasai diri pesakit. Semasa iblis menguasai pesakit itu, dia tidak akan sedar tetapi pesakit itu boleh membuat kerja seharian seperti memandu kereta, bertugas di tempat kerja, menjaga anak di rumah, bercakap di talipon dan sebagainya termasuklah menghantar dan membalas SMS. Iblis yang memasuki badan Pesakit A boleh membuat semua kerja-kerja harian pesakit itu tapi pesakit itu tidak menyedarinya. Sukar untuk dipercayai tapi ia boleh berlaku.
Satu hari di bulan November 2008, pesakit A ini membuat temujanji untuk datang ke klinik saya bersama isterinya dan dia juga bercadang untuk turut membawa ibunya untuk berubat di klinik saya. Ibu Pesakit A ini tinggal di tempat lain dan pada malam itu ibu pesakit A ini akan dibawa oleh kakak Pesakit A. Temujanji telah dibuat dengan saya agar Pesakit A serta ibunya akan datang ke klinik saya selepas waktu isyak pada jam 9 malam. Mereka bercadang untuk datang berasingan. Pesakit A akan datang dari rumah dia bersama isterinya menaiki kereta Pesakit A. Kakak Pesakit A pula akan menghantar ibu Pesakit A ke klinik saya dengan menaiki kereta dia sendiri.
Malam itu saya menunggu kedatangan Pesakit A dan Ibu Pesakit A sehinggalah jam 12.30 malam. Berulang-kali saya menalipon Pesakit A dan juga isteri Pesakit A untuk bertanya samada mereka akan datang atau tidak, tetapi panggilan talipon saya tidak diangkat. Selain daripada menalipon, saya juga menghantar sms kepada talipon bimbit Pesakit A dan talipon bimbit isteri Pesakit A tetapi tidak ada jawapan dari kedua-duanya. Kakak Pesakit A pun tidak sampai dan saya tidak mempunyai nombor taliponnya untuk dihubungi. Keadaan ini memang pelik kerana kebiasaannya, Pesakit A akan membalas panggilan talipon saya.

Tiba-tiba jam12.45 malam, saya terima sms daripada talipon bimbit Pesakit A. Rupa-rupanya iblis telah menguasai diri dan badan Pesakit A awal-awal lagi dan melalui Pesakit A, iblis itu telah menghantar sms kepada saya. Di bawah ini saya tuliskan sms yang saya terima dari iblis tersebut pada malam itu:
SMS DARI IBLIS YANG PERTAMA :
"Manusia busuk, aku telah berhasil menghalang mereka semua datang kerumah mu. Aku bikin pingsan kakaknya yang membawa ibunya di jalanan. Dan isterinya telah ku menterai agar menjadi capek pegel dan tidak lagi mampu untuk menggagahkan diri bangkit menentang aku dengan ancaman ayat ayat yang diturunkan oleh penguasa petala langit dan bumi. Hingga ke saat ini isterinya tidak lagi mampu untuk membuka matanya yang telah aku menterai agar tidak mampu mengancamku. Aku akan berusaha keras supaya kau capek dan bosan untuk ikut campur dalam segala apa yang telah aku usahakan dan menghadapi permainan ini. Kau nantikan saja hasilnya nanti samada kau atau aku yang akan undur dan aku akan pastikan kau dan kawan dia seorang lagi tu akan jauh dari keluarga ini. Kau belum mengenal aku dengan begitu dalam sekali."
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
"Iblis! Aku cabar kau iblis datang ke rumah aku malam ini. Dengan pertolongan Allah , aku akan musnahkan kau Iblis!"

SMS DARI IBLIS YANG KEDUA :
"Lancang mulutmu. Aku sedikit pun tidak gentar padamu. Patuhi lah peringatanku dan jangan ikut campur merawat dia dan keluarganya".
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
"Iblis, kalau kau berani dan gagah, kau jawab bila aku talipon kau!"

SMS DARI IBLIS YANG KETIGA :
"Omong kosong, sebelum ini aku berdiam diri kerna aku ingin mengenal hatimu yang macam apa dan atas dasar apa kau membantu dia sekeras kerasnya. Aku tidak akan izinkan kau berbicara dengan dia dari semalam hingga kesaat ini dan seterusnya. Kau tidak akan tahu ketahui rencana permainanku. Kau harus memberi peringatan kepada isteri mu supaya jangan pernah lagi mendekati atau berhubungan dengan isteri dia. Aku tidak akan mengizinkan. Andai engkau tidak tunduk pada perintahku, makanya aku akan terus terusan menyiksa dia dan keluarganya. Aku akan kembalikan isterinya kepada ibunya."

SMS DARI IBLIS YANG KE EMPAT :
"Engkau jangan ikut campur urusanku. Guruku telah mengetahui segalanya. Kau tidak akan bisa menewaskan kesaktian guruku. Aku mendapat perintah dari guruku supaya memberikan kau peringatan keras makanya jangan kau cobak untuk menentang guru jika kau tidak mahu hidupmu diancam."
JAWAPAN SMS DARI SAYA :
"Engkau dan guru kau pergi jahanam! Dengan keizinan Allah, akan aku hancurkan engkau dan guru engkau!"

SMS DARI IBLIS YANG KE LIMA :
"Lancang mulut mu. Perguruan gerondong durjana tidak gampang untuk mampus dengan ancaman kalian yang mampus itu bukan dari kumpulan guru tapi dari kumpulan tolol kerana gurunya telah mampus dan mereka tidak dapat petunjuk."
Beginilah dialog sms saya dengan iblis tersebut yang terdapat di dalam Pesakit A pada malam itu. Pada keesokan harinya, saya mendapat panggilan talipon dari Pesakit A yang memohon maaf sebab tidak dapat datang ke klinik saya pada malam tadi. Pesakit A memberitahu saya yang dia, isteri dan anak dia telah tertidur dari selepas magrib malam tadi sehinggalah ke pagi hari. Pesakit A juga memberitahu bahawa kakaknya yang hendak membawa ibunya ke klinik saya pada malam tadi, telah pengsan semasa memandu kereta dalam perjalanan ke klinik saya. Nasib baik kereta yang dipandu dapat diberhentikan di tepi jalan raya di bawah sebuah jejambat. Ibu Pesakit A dapat menalipon abang Pesakit A untuk memberitahu hal yang telah berlaku. Abang Pesakit A datang mencari mereka dan berjaya menemui tempat di mana kereta itu berhenti dan membawa mereka pulang ke rumah mereka.

Jadi apa yang diberitahu oleh iblis di dalam sms yang diterima pada jam 12.45 malam tadi adalah benar-benar berlaku. Kejadian yang berlaku telah dirancang terlebih dahulu oleh iblis agar Pesakit A, isteri , ibu dan kakaknya gagal untuk datang ke klinik saya pada malam itu. Iblis menggunakan badan Pesakit A pada malam itu untuk berkomunikasi dengan saya melalui sms talipon bimbit Pesakit A. Tetapi yang anehnya, selepas iblis menghantar semua sms melalui talipon bimbit Pesakit A, semua pesanan sms yang dihantar kepada saya atau diterima dari saya telah dipadamkan dari talipon bimbit itu oleh iblis itu. Bila saya tanya Pesakit A pada keesokan hari berkenaan pesanan sms tersebut, Pesakit A langsung tidak mengetahui tentang pesanan sms berkenaan dan salinan sms itu tidak ada di dalam talipon bimbit dia. Kisah yang saya ceritakan di atas adalah kisah benar dan pengajaran yang hendak saya sampaikan di sini adalah berkenaan pengaruh jahat dan dasyatnya kuasa iblis dan syaitan. Iblis boleh mendorong kita untuk membuat apa sahaja tetapi yang boleh melawan pengaruh iblis itu adalah iman dan akal fikiran kita. Tuhan memberi kita otak dan akal fikiran untuk kita fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik. Sekiranya iman kita kuat dan kita patuh akan perintah Allah SAW, insyaAllah kita kita dipelihara daripada pengaruh iblis dan syaitan. Walau bagaimanapun kita jangan "under estimate" apa yang iblis boleh lakukan kepada kita.
Saya percaya banyak kes-kes pelik dan kes-kes misteri yang berlaku seperti kes pembunuhan beberapa beberapa orang ahli keluarga di Negeri Sembilan baru-baru ini adalah kerana pengaruh iblis. Olek kerana orang yang siuman tidak akan melakukan pembunuhan sedasyat itu. Iblis dan syaitan adalah musuh kita dan iblis telah berjanji akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat. Tetapi kadangkala bukan iblis yang boleh mendorong kita membuat maksiat dan dosa, tapi nafsu dalam diri boleh mempengaruh kita membuat benda-benda yang tidak baik. Mengawal nafsu adalah salah satu dari dugaan kita.


Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP