Monday, October 31, 2011

CETAK SIJIL j-QAF TAHUN 6

Assalamualaikum...
Info khas bagi guru GPI/j-QAF Daerah Kerian.
Tuan/puan diminta untuk menghentikan sementara proses cetakan sijil j-QAF Tahun 6 sekolah tuan/puan kerana dalam masa terdekat akan dikeluarkan manual lain untuk proses cetakan sijil. Selain itu, saya juga dimaklumkan tedapat banyak ralat pada manual sebelum ini.

info diperoleh dari : JU Data j-QAF Negeri Perak , Ustaz Mohd Fuad B. Hj Ahmad

Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 26, 2011

ePELAPORAN TERBAHARU VERSI V11.5

Assalamualaikum, tuan/puan boleh muat turun format epelaporan terbaharu untuk pengisian data j-QAF. Kini format epelaporan telah datang datang lagi dengan versi paling terbaharu pula. Semuanya baharu bermula dari e-SATU sehingga e-Enam dan e-SEKOLAH juga. ingat ya, VERSI 11.5

Baca Selanjutnya...

Sunday, October 23, 2011

ePELAPORAN VERSI 11.4 & Pengumpulan Data j-QAF Oktober 2011

Assalamualaikum..Kepada sahabat2 j-QAF daerah Kerian yang diamanahkan membuat pengisian data di sekolah masing-masing diharap dapat membuat persediaan dan persiapan untuk pengumpulan data OKTOBER atau sudah mula mengemaskini pengisian. Untuk Bahasa Arab dan Pelajaran Jawi data diisi melalui keputusan atau markah PKSR akhir. Kutipan data peringkat daerah akan diadakan dalam masa terdekat. Pastikan pengisian dibuat dengan cermat dan kemas terutamanya di bahagian jantina dan agama murid. Ini bertujuan mengelakkan masalah pengumpulan diperingkat ePPD. Semoga mendapat perhatian.

# Untuk makluman tuan/puan, di sini juga terdapat format ePelaporan yang terbaharu iaitu "eSekolah 11.4". Tuan/puan boleh muat turun format epelaporan yang dimaksudkan untuk muat turun sila klik di DI SINI atau klik pada nama fail di bawah. "Esekolah 11.4 ini menggantikan esekolah terdahulu versi 11.1. Manakala untuk pengisian data murid masih menggunakan eSatu 11.1, eDua 11.1, eTiga 11.1 eEmpat 11.1, eLima 11.1 dan eEnam 11.1.


Sekian, Semoga bermanfaat.
P/S : Sumber diperoleh dari http://e-laporan.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

Thursday, October 20, 2011

iNSTRUMEN STANDARD PRESTASI TAHUN 1 KSSR



Assalamualaikum, di sini terdapat beberapa bahan KSSR Tahun Satu untuk pelbagai mata pelajaran dan sedia untuk dikongsikan. Tuan/puan boleh muat turun bahan yang dimaksudkan dengan klik pada nama fail dalam kotak di bawah. Semoga bermanfaat.





Sumber diperoleh : BLOG CIKGU EYTA

Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 19, 2011

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4 SESI 2011

Sabtu 15hb Oktober telah diadakan Kem Bestari Solat Tahun 4 sesi 2011.Kem dimulakan dengan pendaftaran para peserta sekitar jam 7.50 pagi. Para peserta telah diberikan taklimat serta pembahagian kumpulan. Seterusnya para peserta telah mengikuti LDK yang telah dikendalikan oleh fasilitator kumpulan masing-masing. Semasa sesi LDK para peserta telah didedahkan dengan teori wuduk dan tayammum, meliputi kaifiat wuduk dan tayammum, serta hikmahnya. Selepas itu peserta telah dikehendaki melakukan amali tayammum dengan bimbingan fasilitator. Di akhir kem murid juga telah dikehendaki melakukan amali solat berjemaah. Aktivti berjalan dengan lancar. Kem berakhir pada jam 1.00 ptg

Amali tayammum

Klik SINI untuk melihat aktiviti sepanjang kem

Baca Selanjutnya...

Saturday, October 8, 2011

MUAT TURUN BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1

Assalamualaikum,


Tuan/puan boleh muat turun Buku Teks Pendidikan Islam KSSR Tahun Satu dengan klik pada nama di bawah.





Semoga Bermanfaat Untuk Semua

Baca Selanjutnya...

MUAT TURUN BUKU TEKS BAHASA ARAB KSSR TAHUN 1

Assalamualaikum, tuan/puan boleh muat turun "Buku Teks Bahasa Arab Tahun Satu" dengan klik pada gambar di atas atau nama buku di bawah.



Semoga Bermanfaat..

Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 5, 2011

INSTRUMENT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1

Assalamualaikum di sini tuan/puan boleh muat turun bahan instrument Pendidikan Islam KSSR TAHUN SATU untuk muat turun sila klik pada nama fail di bawah. Semoga bermanfaat.







Sumber diperoleh semasa "Kursus KSSR".

Baca Selanjutnya...

Monday, October 3, 2011

KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM KSSR
"BAHASA ARAB TAHUN 2"

Klik nama fail di bawah untuk proses download...

A. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM BAHASA ARAB KSSR THN 2
B. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EDISI KEMASKINI)
C. BAHAN TAKLIMAT KSSR TAHUN 2 (EDISI KEMASKINI)

Semoga bermanfaat.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP