Thursday, April 26, 2012

LABEL CUTI UMUM HARI PEKERJA 20I2

Tema Hari Pekerja Tahun 2012 adalah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi". Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi dan selaras dengan Konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan dengan ini hendaklah menggunakan Tema Hari Pekerja Tahun 2012 tersebut dalam semua urusan suratan rasmi dan memo Bahagian/Jabatan YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan. P/S : Pada guru-guru boleh download label di atas untuk lekat pada buku rekod mengajar hari Selasa. ;-)

Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 10, 2012

LABEL CUTI UMUM



Assalamualaikum, hari ni cuti umum sempena Pertabalan Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai Yang di-pertua Agong Malaysia ke-I4, minggu depan cuti umum lagi pada hari Khamis tapi khas untuk warga Negeri Perak sahaja. Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Kali Ke-84..so, saje le nak kongsi label ni ;-)

Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 3, 2012

BAHAN KSSR TAHUN 2


Assalamualaikum tuan/puan, kini anda boleh muat turun bahan KSSR Tahun 2..Especially bahan instrumen. Bahan seperti di dalam kotak di bawah.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP