Sunday, October 21, 2012

BELAJAR BAHASA ARAB




Haal adalah isim mansub untuk menjelaskan keadaan fa’il (subjek) atau maf’ul bih (objek) 
saat terjadinya perbuatan.

Contoh:

صَلَّى مُحَمَّدٌ قَاعِدًا (Sholla Muhammadun Qoo'idan = 
Muhammad shalat dalam keadaan duduk)

ذَهَبَ مُحَمَّدٌ إِلَى الْمَسْجِدِ مَاشِيًا (Dzahab Muhammadun ila masjidi Maasiyan = 
Muhammad pergi ke masjid dengan berjalan)

رَأَيْتُ الأُسْتَاذَ رَاكِبًا (Ro-atu al-ustaadza rookiban = 
Aku melihat ustadz sedang naik kendaraan)

---------------------------------------------------------
Pada 3 kalimat di atas, yang merupakan Haal adalah kata قَاعِدًا (qoo'idan = duduk), مَاشِيًا (maasiyan = berjalan), رَاكِبًا (rookiban = naik kendaraan).

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 16, 2012

DOWNLOAD BORANG KELOMPOK KSSR TAHUN l P. ISLAM


Assalamulaikum, tuan/puan, di sini anda boleh muat turun Borang Berkelompok KSSR Tahun Satu Pendidikan Islam. Bagi saya borong berkelompok atau kita kata borang transit ini adalah yang terbaik kerana ia lengkap dengan keterangan dan sebagainya. Terdapat juga borang khas untuk amali solat dan wuduk. Bahan telah diperolehi dari JU Negeri dan difahamkan borang ini telah dihasilkan oleh JU KSSR Negeri Pahang darul Naim. Semoga bermanfaat. Mungkin boleh digunakan untuk Tahun 20l3. "Nak guna tahun ni pun boleh, tapi kena rajin la tranfer data dari borang sebelum ni  ke borang baru ni, macam yang saya dok buat"  Untuk proses muat turun sila klik pada box di bawah, sebelum itu tuan/puan perlu seret simbol awan ke ruangan yang disediakan. Semoga berjaya.

Baca Selanjutnya...

Sunday, October 14, 2012

BAHAN KSSR TAHUN SATU SESI 20l2


Assalamualaikum, di sini terdapat beberapa bahan KSSR Tahun Satu untuk dikongsikan kepada  tuan/puan yang memerlukan.. Bahan yang telah diupload ini adalah bahan terbaharu yeng telah diperoleh dari JU Kebangsaan Negeri Perak. Sekian, semoga bermanfaat. Klik pada nama fail dalam box di bawah utuk proses download .

Baca Selanjutnya...

Tuesday, October 9, 2012

PROGRAM SELEPAS UPSR SK PARIT HAJI TAIB 20l2

Pada 3, 4 dan 5 Oktober yang lepas Panitia Agama Islam dan Unit j-QAF Sk Parit Haji Taib telah mengadakan Kem Aqil Baligh bagi murid-murid Tahun 6 yang baru sahaja menempuhi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kem diadakan bermula jam 8.00pagi hingga l.00 petang setiap hari, selama tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah aktiviti dan program berjalan lancar dan baik. Program dimulai dengan pendaftaran peserta dan taklimat umum. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah "Perkembangan Awal Remaja" yang telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Kerian Pn Hjh Norhasimah Hj Aini. Antara modul atau slot lain yang turut memuat dalam kem ini seperti teori  wuduk dan amali, teori solat, bacaan dan amali, teori thaharah dan amali (Jenis-jenis najis serta cara menyucikan) Teori solat jenazah serta amali, teori tayammum dan amali dan amali mandi wajib juga turut dilakukan oleh para peserta. Setiap slot diadakan tugasan berkumpulan (LDK). Kesimpulannya kem yang diadakan mendapat sambutan baik oleh peserta dan berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada fasilitator dan semua guru-guru  yang lain kerana turut sama menjayakan aktiviti/ program ini.



















Baca Selanjutnya...

"HAK BERMAIN HAK KAMI" iklan MILO

                                                                    ............الحمدلله رزق من الله
 Hari ini sekitar jam l2.l5 tengahari van "MILO" bergerak telah berkunjung ke Sk Parit Haji Taib. Maka hilanglah dahaga seluruh warga SKPHT. Murid-murid nampak gembira ada yang melafazkan ayat "hak bermain hak kami"... sambil menikmati milo ais.. "Main-main jugak, masa belajar jangan ada yang main pula wahai murid-murid......" 


Milo datang lagi

Menunggu giliran

En Farizal mengawal murid

En Mustafa turut membantu


Menikmati minuman "MILO"

Murid Tahu Satu



p/s: Terima kasih abang 'Milo' tahun depan mai lagi noo..

Baca Selanjutnya...

Monday, October 1, 2012

KASPERSKY 2013


100% ORIGINAL!!! 365DAYS GUARANTEE !!!
KASPERSKY INTERNET SECURITY 2013
ACTIVATION CODE UNTUK 1PC = RM 30
ACTIVATION CODE UNTUK 3PC = RM 60

PM/SMS me :

0I9-4203I42

DOWNLOAD LINK

Installer download link
http://www.kaspersky.com/internet-security-trial 

Instruction to install and activate KIS 2013

http://support.kaspersky.com/kis2013

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP