Sunday, December 30, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 20l4


Selamat Kembali ke Sekolah pada 2 Januari 2014. Semoga tahun ini murid-murid telah mempersiapkan diri dengan azam baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada murid Tahun 1 "Selamat datang ke Sekolah Baru" semoga sekolah yang dituju menjadi medan untuk memperoleh ilmu pengetahuan.


Baca Selanjutnya...

Friday, December 28, 2012

RPT BAHASA ARAB TAHUN 1 - TAHUN 6

Assalamualaikum, kini tuan puan boleh muat turun RPT Bahasa Arab Tahun Satu hingga Tahun Enam. Klik pada box nama fail di atas utuk proses muat turun. Semoga berjaya.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 26, 2012

TANDA NAMA SEKOLAH SK PARIT HAJI TAIB

Inilah dia signboard baru Sk Parit Haji Taib yang baru dipasang di Batu ll Jalan Taiping sebagai penunjuk arah untuk menuju ke sekolah kami. Jarak 2.5km sahaja untuk menuju ke sekolah dari mainroad Ipoh-Taiping-Penang.

Baca Selanjutnya...

DOA MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 20l3

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى ءاله وصحبه أجمعين Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada tahun 2013 dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Segala puji dan puja pada Mu Ya Allah Engkau izinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami supaya kami dapat menyempurnakan tugasan dan amanah dengan jaya. Justeru itu, kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tahun. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah memberikan kualiti pendidikan terbaik sepertimana hasrat kerajaan yang didokong bersama tanpa mengira latarbelakang dan kepercayaan anak murid kam Jadikanlah kami para guru sentiasa ikhlas sewaktu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran, sentiasa memberi galakan dan pengharapan kepada anak didik kami, bersaing ke arah kecemerlangan secara sihat tanpa meninggalkan perasaan sentiasa ingin menghulurkan bantuan demi merealisasikan institusi pendidikan kami sebagai sebuah institsi kemasyarakatan yang disegani. Jadikanlah kami pada awal tahun kebaikan, di pertengahannya keberkatan, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui sepanjang tahun 2010 permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi, sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Ya Allah, jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu. Amin Ya Rabbal Alamin. ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة , وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار ,وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم , سبحان ربك رب العزة عما يصفون , وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 19, 2012

DIDIKAN AWAL ANAK-ANAK PERLU SEDARI KECIL

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan". Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi) Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain. Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 7 tahun. Bila saya baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, saya berkata dalam hati..

Baca Selanjutnya...

RPT KSSR TAHUN 3 : DOWNLOAD


Assalamualaikum tuan/puan kini boleh muat turun RPT KSSR Tahun 3  bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Sila klik pada box di bawah untuk proses maut turun.  

Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 12, 2012

PENYATA GAJI ONLINE

Muka login E-penyata gaji
Jabatan Akauntan Negara ANMtelah memudahkan urusansemakan penyata gajibagi kakitangan kerajaan dengan menyediakansemakandan muat turun slip/penyata gajisecaraonline di ANM. Kemudahan ini banyak kelebihannya sehingga mampu menjimatkan kos masa dan yang paling penting mengurangkan penggunaan orang tengah untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehinggakan kadangkala mungkin mengalami masalah hilang, lambat atau tercicir.
Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan kakitangan usia muda tetapi ia mungkin menimbulkan kesukaran kepada golongan lama berkhidmat terutama yang tidak mahirinternetdan komputer. Oleh itu saya
[highlight]Sediakan secara ringkas bagaimana untuk menggunakan semakan penyata gaji ANM tersebut.[/highlight]
Mendaftar terlebih dahulu
Rajah 1 ANM
Rajah 2 ANM
  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk kehttp://www.anm.gov.my.
  • Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti rajah 1 diatas untuk ke halaman login.
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “ seperti dalam rajah 2 diatas
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai
Login untuk semakan selepas mendaftar / Cara Semak Penyata Gaji
Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
Laman Utama Home ANM
  1. Pergi ke http://www.anm.gov.my atauKLIK SINIdan gambar seperti diatas akan dipaparkan.
  2. Klik ‘ e-penyata gaji pada bulatan seperti diatas untuk ke halaman login.
  3. Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  4. Klik “ Daftar masuk “
  5. Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  6. Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  7. Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  8. Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  9. Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  10. Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisianadobe reader
  11. Selesai, semoga berjaya.
Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan rujuk manual penuh penggunaan yang disediakan oleh Jabatan Akautan NegaraKLIK SINI 
Update 12 Disember 2012 : Pembayaran gajiDisember 2012 dijangka pada( Selasa ) 18 Disember .


Sumber :Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP