DOA MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 20l3

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى ءاله وصحبه أجمعين Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada tahun 2013 dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Segala puji dan puja pada Mu Ya Allah Engkau izinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami supaya kami dapat menyempurnakan tugasan dan amanah dengan jaya. Justeru itu, kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tahun. Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah memberikan kualiti pendidikan terbaik sepertimana hasrat kerajaan yang didokong bersama tanpa mengira latarbelakang dan kepercayaan anak murid kam Jadikanlah kami para guru sentiasa ikhlas sewaktu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran, sentiasa memberi galakan dan pengharapan kepada anak didik kami, bersaing ke arah kecemerlangan secara sihat tanpa meninggalkan perasaan sentiasa ingin menghulurkan bantuan demi merealisasikan institusi pendidikan kami sebagai sebuah institsi kemasyarakatan yang disegani. Jadikanlah kami pada awal tahun kebaikan, di pertengahannya keberkatan, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui sepanjang tahun 2010 permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi, sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Ya Allah, jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu. Amin Ya Rabbal Alamin. ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة , وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار ,وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك وسلم , سبحان ربك رب العزة عما يصفون , وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.
DOA MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 20l3 DOA MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 20l3 Reviewed by صوفي اسحاق on 5:57 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.