AKTIVITI MAULIDUR RASUL l434H

Hari ini telah diadakan pertandingan khat bagi murid Tahun 4,5 dan 6 serta pertandingan mewarna bagi murid tahun l, 2 dan 3. Pertandingan diadakan sempena sambutan "Maulidur Rasul. Dalam pertandingan menulis khat, objektif utama adalah untuk melahirkan murid yang berbakat dalam seni tulisan khat. Di samping menanamkan rasa kecintaan murid dalam seni tulisan jawi. Manakala bagi murid tahap satu objektifnya adalah melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah. Begitu juga hakikatnya bagi murid tahap dua, bukan hanya sekadar mengenalpasti kemahiran murid. Bahkan lebih dari itu. Seperti Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Untuk melihat gambar sepanjang program klik di bawah ini.
KHAT & MEWARNA @ SK PARIT HAJI TAIB
AKTIVITI MAULIDUR RASUL l434H AKTIVITI MAULIDUR RASUL l434H Reviewed by صوفي اسحاق on 8:39 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.