KEM BESTARI SOLAT SESI 20l3

Alhamdulillah pada hari ini baru sahaja selesai melaksanakan "Kem Bestari Solat sesi 20l3". Ini adalah kem solat pertama bagi tahun persekolahan 20l3. Berikut adalah laporan sepanjang aktiviti dan program serta gambar-gambar sepanjang kem. Laporan yang di lengkap yang dipaparkan di sini adalah khas bagi aktiviti peserta Tahun Satu. Pelaporan telah dibuat secara berasingan kerana perbezaan pengisian dan bahan aktiviti bagi Tahun Dua. LAPORAN AKTIVITI 26 JANUARI 2013 (7.45-8.00 pagi) Pendaftaran Peserta Para peserta telah membuat pendaftaran kehadiran di tempat yang telah disediakan berhampiran surau sekolah. Guru yang bertugas mencatat kehadiran peserta kemudian mereka diarahkan berkumpul di surau sekolah. 26 JANUARI 2013 (8.00-8.l5 pagi) Taklimat dan Pembahagian Kumpulan Setelah selesai mendaftar, para peserta yang mengikuti kem ini telah diberikan taklimat umum yang disampaikan oleh urusetia. Seterusnya para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diiringi dengan seorang fasilitator sebagai pemudahcara. 26 JANUARI 2013 (8.l5-l0.00 pagi) LDK l – Teori Wuduk dan Solat Pada LDK l (Teori Wuduk dan Solat) murid diberikan pendedahan ulang tentang teori wuduk dan niat solat. Murid juga dikehendaki menunjukkan cara-cara unutk mengambil wuduk yang betul sambil mendapat tunjuk ajar dari guru-guru dan fasilitator. Di samping itu, mereka juga diberikan pendedahan tentang amalan wuduk darimembaca basmallah sehingga membaca doa. Peserta juga turut diberikan tugasan berbentuk lembaran kerja dan latihan berkaitan perkara yang dipelajari. 26 JANUARI 2013 (l0.00 – l0.30 pagi) Rehat Semua murid atau peserta pergi ke kantin bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Setelah menikmati jamuan para peserta kembali untuk mengikuti aktiviti seterusnya. 26 JANUARI 2013 ( l0.30 –ll.30 pagi) LDK 2, Tayangan LCD Pada aktiviti seterusnya para peserta telah ke makmal komputer untuk mengikuti tayangan LCD berkaitan teori wuduk (cara berwuduk) teori sembahyang dan cara bersembahyang melalui tayangan power point presentation yang disediakan oleh fasilitator. Di akhir penerangan dan tayangan, peserta diperdengarkan nasyid “Mari Sembahyang”. 26 JANUARI 2013 ( ll.30 – l2.00 ) LDK 3 AMALI WUDUK Seterusnya peserta telah kembali kepada kumpulan masing-masing untuk mengikutu LDK bersama fasilitator. Pada LDK 3, para peserta telah melakukan amali wuduk sambil diperhatikan oleh fasilitator. Pada masa yang sama fasilitator mencatat rekod dari amali yang telah dibuat oleh peserta. 26 JANUARI 2013 ( l2.00 – l.00 ) Amali Solat Berjemaah Kemudian para peserta telah berkumpul di surau untuk melakukan amali solat secara berjemaah. Para peserta dididahkan dengan perkara yang sebanar dalam melakukan ibadah solat. Mereka telah membentuk saf dan kedudukan saf yang betul. Para peserta mula melakukan amali solat bermula dari takbiratul ihram dan berdiri tagak hingga duduk tahiyat akhir dan memberikan salam. 26 JANUARI 2013 ( l.00 Petang ) Setelah selesai melakukan amali solat, para peserta diarah membaca doa dan diikuti dengan bacaan surah al-Asr. Kemudian mereka bersalaman dengan fasilitator dan rakan-rakan lain sambil berselawat. Selepas itu mereka dibenarkan pulang.

KEM BESTARI SOLAT SESI 20l3 KEM BESTARI SOLAT SESI 20l3 Reviewed by صوفي اسحاق on 1:28 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.