Thursday, February 21, 2013

PORTAL RASMI SK PARIT HAJI TAIB 2013

Assalamualaikum, para pengunjung yang dikasihi.. Di sini suka untuk saya sebagai admin Blog j-QAF SK Parit Haji Taib memaklumkan kepada tuan/puan bahawa sekolah saya baru sahaja melancarkan atau mewujudkan satu blog rasmi sekolah dengan nama Portal Rasmi SK Parit Haji Taib. Sehingga hari ini portal yang dimaksudkan kini genap berumur sebulan. Portal ini telah diwujudkan kerana pengendali asal blog rasmi sekolah telah berpindah ke sekolah lain. Portal rasmi ini boleh dilawati melalui addres url berikut :http://skphtbaganserai.blogspot.com Tujuan post ini adalah untuk makluman umum dan supaya portal rasmi sekolah saya mendapat kunjungan dan sokongan juga dari pihak tuan/puan. Kalau ada masa layarilah, mungkin ada perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh diperolehi.

Baca Selanjutnya...

Monday, February 11, 2013

RPT BAHASA ARAB TERBAHARU

Assalamualaikum, kini tuan puan boleh muat turun RPT Bahasa Arab Tahun Satu hingga Tahun Enam. Klik pada box nama fail di atas utuk proses muat turun. Semoga berj

Baca Selanjutnya...

Sunday, February 10, 2013

KEM BESTARI SOLAT 2 SESI 2013

Alhamdulillah unit j-qaf bersama panitia Pendidikan Islam SK Parit Haji Taib telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Kali ke-2 bagi sesi 20l3. Bagi kem kali ini adalah khusus kepada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6. Kem telah diadakan seperti yang dirancang. Kem berjalan dengan lancar. Pada kali ini pengisian adalah teori tayammum dan amali tayammum bagi murid Tahun 5. Manakala bagi murid Tahun 6 pengisian mengenai teori solat jenazah dan amali. Kem telah diselenggarakan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru j-qaf dan gpi. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Baca Selanjutnya...

Friday, February 8, 2013

MEMORI KEM SOLAT SK PARIT HAJI TAIB

Baca Selanjutnya...

Saturday, February 2, 2013

RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 DENGAN WATU ULUM

MERUJUK KEPADA SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KP(BPSH-SPDK)201/005/02 JLD.4 (33) BERTARIKH 21 DISEMBER 2012 ADALAH BERKAITAN....

AGIHAN WAKTU BAGI SEMUA TAHUN BERMULA TAHUN 1-6 ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT : 1) AL-QURAN : 3 WAKTU SEMINGGU 2) ULUM ASY-SYARIAH : 2 WAKTU SEMINGGU 3) JAWI : 1 WAKTU SEMINGGU JUMLAH KESELURUHAN WAKTU PENDIDIKAN ISLAM IALAH 6 WAKTU SEMINGGU. DIHARAP SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM MEMATUHI SURAT SIARAN TERSEBUT... Rpt pendidikan islam tahun 1 (15 jan 2013) adalah dimaklumkan..... Susulan dari surat siaran tersebut.... Agihan waktu bagi mata pelajaran pendidikan islam tahun 1 telah berubah dari 4 waktu al-quran 2 jawi kepada 3 waktu al-quran 2 ulum asy-syariah dan 1 jawi berkuat kuasa 1 jan 2013. Justeru itu, rpt yang lama (2012) tidak terpakai secara automatiknya.... Ironinya, satu rpt baru telah disusun untuk memudahkan guru-guru... KLIK pada nama dalam box di bawah untuk proses muat turun

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP