Saturday, January 25, 2014

KEM BESTARI SOLAT SESI 2014

25 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awwal 1435H bertempat di Surau Sk Parit Hj Taib telah berjaya diadakan KBS siri pertama bagi murid Tahun 1. Antara pengisian wajib ialah pendedahan awal atau pengenalan erti bersuci, wuduk dan solat yang meliputi teori dan amali bagi setiap bahagian. Apa yang amat diharapkan ialah semoga dengan usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat atau generasi Rabbaniah. .Insha Allah

Baca Selanjutnya...

Friday, January 24, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Alhamdulillah pada hari ini Sk Parit Hj Taib telah  berjaya mengadakan majlis sempena memperingati kelahiran insan agung Rasulullah SAW. Majlis telah diadakan melalui program dakwah di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Unit JQAF.  Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah yang merupakan seorang pendidik di Sekolah KAFA Taman Semarak P.Buntar. Al-Fadhil juga merupakan seorang imam tetap Masjid Pusat Bandar P.Buntar, dan sementara ini beliau merupakan imam Masjid Daerah P.Buntar. Nama penuh beliau ialah Solehin al-Badri B. Mohd Radzi Al hafiz dan berkelulusan dari salah sebuah universiti dari negara Syria.



Baca Selanjutnya...

Monday, January 6, 2014

KASPERSKY 2014 INTERNET SECURITY

Assalamualaikum..kepada para pengunjung yang dihormati tuan/puan boleh mendapatkan key license Internet Security 2014 (KASPERSKY) dengan harga mampu milik. Untuk maklumat lanjut hubungi saya melalui sms atau email : jqafskpht@gmail.com 0194203142

Semudah 123...

KASPERSKY INTERNET SECURITY 2014 (KIS 2014)

Cara activate :

1. Download software KIS 2014 melalui link berikut : http://usa.kaspersky.com/downloads/free-home-trials/internet-security

2. Install KIS 2014 yang didownload

3. Masukan key activate..

Baca Selanjutnya...

DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4 KSSR


Assalamualaikum di sini anda b oleh muat turun DSKP BAHASA ARAB TAHUN 4. Sila klik nama fail dalam box di bawah, terdahulu seret awan pada tempatnya.

Baca Selanjutnya...

Saturday, January 4, 2014

RPT BAHASA ARAB TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SESI 2014


Assalamualaikum.. Tuan puan boleh muat turun RPT BAHASA ARAB TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 SESI 2014 berikut di bawah ini. Untuk proses muat turun sila seret awan dan klik pada nama fail yang akan keluar selepas awan diseret.

Baca Selanjutnya...

RPT BAHASA ARAB CONTOH PENULISAN IMPAK


Contoh Penulisan Refleksi Dan Impak Bahasa Arab.
نموذج من الملاحظات الذاتية والأثار التعليمية
Contoh Penulisan Refleksi Dan Impak
* إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود
Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini
* يستوعب التلاميذ  جميع  المستويات التعليمية و التعلمية
Murid2 dapat menguasai kesemua aras P&P
* يستوعب التلاميذ  جميع  المهارات المدروسة
Murid2 dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari
* يستوعب التلاميذ  مهارات  التعليمية المُركزة
Murid2 dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif
* يستوعب التلاميذ أهداف التعليمية مع عشرة   منهم يجيدون فيها
Murid2 dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target
* يستوعب التلاميذ المستوى الأول و الثاني  من نتاج التعلم
Murid2 dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran
* خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي نتاج التعلم
5 daripada 30 murid2 tidak menguasai hasil pembelajaran
* عشرة  من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي أهداف التعليمية
10 daripada 30 murid2 tidak mencapai objektif pengajaran
* خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثالث من نتاج التعلّم
5 daripada 30 murid2 tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran
* عشرة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثاني من نتاج التعلّم
10 daripada 30 murid2 tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran
* شارك التلاميذ فى الانشطة التعليمية مشاركة ايجابية و ممتعة
Murid2 telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya
* عدم مشاركة بعض التلاميذ مشاركة فردية  في الأنشطة التعليمية لضيق الوقت
Sebahagian murid2 tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa
* يبدو التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Murid2 kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
* يبدو بعض التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم  استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Sebahagian murid2 kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
* شارك بعض التلاميذ في الأنشطة التعلمية وامّا الباقي منهم غير مشجعة في المشاركة
Hanya sebahagian murid2 yang mengikuti P&P, manakala bakinya tidak bersungguh2 dalam P&P
 
* غياب بعض التلاميذ في الفصل لحضورهم برنامج خارج الفصل
Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas
* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى مشاورة / اجتماع المعلمين
P&P ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru
* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج الفصل.
P&P ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas
* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج  المدرسة .
P&P ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah
* عملية التعليمية و التعلمية لا تجري في مدّة موعدها الكاملة  لمانع  ما لا بدّا منه
Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan
* يحتاج الى اعادة بعض الأنشطة التعليمية لعدم استيعاب التلاميذ في أهداف التعليمية
Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

Baca Selanjutnya...

Thursday, January 2, 2014

RPT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1 TAHUN 2 DAN TAHUN 3


Assalamualaikum.. di sini tuan/puan boleh muat turum RPT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3 DAN TAHUN 4. Untuk proses muat turun sila seret awan dalam box biru di bawah ke rumahnya.



Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 1, 2014

RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 KSSR SESI 2014

Assalamualaikum.. di sini tuan puan boleh muat turun RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 KSSR SESI 2014. Sekian harap maklum dan semoga bermanfaat. Klik nama fail di bawah untuk proses download



Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP