KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6 SESI 2014

Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sk Parit Haji Taib telah berjaya mengadakan KBS kali ke-2 bagi sesi 2014. Pada 8 Februari 2014 adalah giliran murid Tahun 6 pula mengikuti Kem Bestari Solat peringkat sekolah yang juga telah dilaksanakan pada hari Sabtu. Program dimulai dengan pendaftaran peserta selitar 7.45 hingga 8.00 pagi. Seterusnya acara diteruskan dengan taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan. Pengisian pada kali ini ialah bab "solat jenazah" teori meliputi hukum solat jenazah, perkara sunat, rukun ketika solat jenazah serta amali dan bacaan. Kehadiran 32/33 dan di kendalikan oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada GPI/GJQ dan beberapa orang urus setia. Terdahulu telah diadakan KBS bagi murid Tahun Satu iaitu pada 25 Januari 2014. Program turut dipantau oleh pihak pentadbiran. Sambutan daripada murid amat menggalakan. Murid yang tidak dapat hadir dimaklumi bersebab. Berikut adalah gambar sepanjang program. Mengikut jadual KBS SKPHT akadatang KBS bagi murid Tahun 2  dan 3.

                                       



KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6 SESI 2014 KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6 SESI 2014 Reviewed by صوفي اسحاق on 7:47 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.