Friday, February 27, 2015

ALBUM MTQ 2015 ZON BAGAN SERAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Pada 24hb Februari 2015 telah diadakan Majlis Tadarus Quran sesi 2015. SK Parit Haji Taib telah diberikan kepercayaan sebagai pengelola atau tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut di Peringkat Zon Bagan Serai. Syukur kepada Allah Swt kerana majlis telah dapat diaksanakan hingga ke penghujungnya dan berjalan seperti yang diracang. Sebelum terlupa ucapan Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mendapat 3 tempat terbaik. Kepada peserta yang lainnya semoga dapat berusaha dengan lebih gigih lagi pada pertandingan akan datang. Seperti bunyi pesanan pepatah arab yang bermaksud " Siapa yang bersungguh ia akan berjaya dan siapa yang bercucuk tanam ia akan dapat hasilnya".Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan. Untuk melihat gambar-gambar yang lain sila klik pada link berikut :

ALBUM 1     ALBUM 2 

Sila klik pada link berikut untuk melihat gambar-gambar yang lain : 

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP