Thursday, August 17, 2017

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI CIKGU NORDIN BIN JAAFAR

        Alhamdillah, syukur dan tahniah kepada En. Nordin Bin Jaafar (Guru Bahasa Melayu SKPHT) kerana telah terpilih menjadi salah seorang tetamu Allah SWT (dhaifur Rahman) ke tanah suci Makkatul Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
        Seluruh Warga SK Parit Haji Taib mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Haji" kepada En Nordin Bin Jaafar serta isteri dan semoga memperoleh haji yang mabrur. Kami juga mendoakan agar Allah SWT memudahkan segala urusan beliau dan isteri bagi menjalani ibadah sepanjang berada di tanah suci. 

Kami mohon kepadaMu Ya Allah! Semoga menjadikan perjalanan  mereka, perjalanan  yang penuh dengan segala kebaikan tanpa ada satu pun keburukan yang terdahulu dan yang akan datang. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas tiap sesuatu dan hanya Dikau yang layak memperkenankan doa dengan rahsia firmanMu yang hak! Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu al-Qur’an (Wahai Muhammad), sudah tentu akan mengembalikan Dikau kepada apa yang Dikau ingini dan cintai.
Ya Allah! Jadikanlah haji mereka haji yang mabrur dan (usaha amal mereka) usaha amal yang diterima (oleh Allah) dan (dosa-dosa mereka) dosa yang diampunkan dan amal kebaikan mereka yang diterima serta pekerjaan yang tidak akan menghancurkan atau merugikan.
Ya Allah! Elakkanlah kami dan mereka daripada segala bala bencana, wabak penyakit dan jauhkanlah daripada kami dan mereka dari perasaan was-was dengan kurniaanMu dan kemuliaanMu; Wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Ya Allah! Selamatkanlah dan peliharakanlah mereka dan apa saja yang bersama mereka dan sampaikanlah (hajat) mereka dan apa saja yang bersama mereka (dibaca 3x).
Dan Dikau cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas ahli-ahli keluarga Baginda dan seluruh sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam!

1 comments:

mokhara September 6, 2017 at 8:51 PM  

Semoga mendapat haji yang mabrur wahai sahabat.

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP