Friday, August 14, 2009

HADIS : PERLUNYA MENAHAN MARAH


Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Baca Selanjutnya...

Wednesday, August 12, 2009

SOALAN UPSR 2009 : TERBARU KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN UPSR 2009

Terbaru untuk bakal calon UPSR 2009, dan para pengunjung, di sini anda boleh mendapatkan soalan-soalan percubaan UPSR 2009 sebagai persedian dan latih tubi bagi menghadapi peperiksaan sebenar yang bakal tiba. Koleksi soalan UPSR ini telah diupload atas inisiatif blogger skphtpss.blogspot.com bagi memudahkan calon UPSR 2009 membuat latihan. Soalan-soalan percubaan ini boleh didownload terus. Untuk mendapatkan Koleksi Soalan UPSR 2009 sila klik pada link di bawah.

1.KOLEKSI SOALAN UPSR 2009

2.KOLEKSI LAIN-LAIN SOALAN UPSR

Sebarang masalah semasa download hubungi admin melalui Guest Book.

Baca Selanjutnya...

Sunday, August 9, 2009

TAZKIRAH

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh ke wa spadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap baha wa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan sujud dengan ta wa dhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnyayang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sumber bahan: http://suraualmuttaqin.blogspot.com

Baca Selanjutnya...

KEM BESTARI SOLAT : CONTOH BAHAN-BAHAN UNTUK KEGUNAAN KEM SOLAT

Di sini telah diupload bahan-bahan bantu kem solat seperti, borang-borang rekod pencapaian amli solat, dan wuduk, dan bahan lain bagi kegunaan kem bestari solat di peringkat sekolah. Ianya boleh dijadikan contoh pada guru dan memudahkan perlaksanaan KBS. Boleh didownload terus dengan klik pada icon di bawah..Semoga Berjaya.


Baca Selanjutnya...

Doa Keselamatan Dari Segala Penyakit (H1N1)

Penyakit selsema babi yang melanda dunia sekarang sudah dianggap kritikal..Penularan virus H1N1 ini sudah hampir ke seluruh negara di dunia. Di negara kita sahaja sudah hampir orang 25 kematian. Pelbagai langkah pencegahan telah diambil. Ingatlah satu senjata masih kita boleh bergantung harap dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT yakni dengan cara berdoa.. Di sini ada doa bagi perlindungan seluruh penyakit termasuk selsema babi.Para pengunjung boleh download doa tersebut pada file di bawah.
Sumber bahan dari http://skptelipok.blogspot.com


Baca Selanjutnya...

Friday, August 7, 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB DI KERIAN

6 Ogos 2009, pada sebelah petang hari kedua kursus sekitar jam 4.30 petang, telah diadakan Perasmian Majlis Penutup Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah Program j-QAF Anjuran bersama IPGM Tuanku Bainun dan Jabatan Pelajaran Perak. Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Kerian iaitu Tn Hj. Mohd Rosli B. Ahmad. Turut serta bersama beliau Tn. Hj Abdul Rahman B. Abd Hamid Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian dan Ustaz Hasbullah B. Hj Ahmad Pegawai Khas Pendidikan Islam PPD Kerian. Menyentuh pencapaian program j-QAF di Kerian, Timbalan Pengarah PPD memuji rekod pencapaian keseluruhan Kohort 2005 yang dianggap berjaya. Beliau meminta agar semua guru j-QAF meningkatkan usaha untuk kejayaan program j-QAF keseluruhannya. Di sebelah pagi pada hari yang sama para peserta telah mengikuti 2 slot kursus yuang bertajuk "Lughatul Fasl" yang disampaikan oleh Ustaz Tabrizi B. Shabudin. Manakala slot yang kedua pula bertajuk "Toriqah Mubasyarah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sabra B. Asri. Seterusnya, peserta telah dilibatkan dengan tugasan dan membuat pembentangan.

Baca Selanjutnya...

Thursday, August 6, 2009

PEPERIKSAAN PTK : KOLEKSI SOALAN-SOALAN PTK

Pengunjung yang dihormati, di sini terdapat beberapa koleksi soalan-soalan PTK. Ianya boleh dijadikan latihan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan PTK sebenar. Untuk menjawab soalan PTK yang disediakan, sila klik pada nama file seperti di bawah. Selamat mencuba.

PTK : KOMPETENSI KHUSUS

SOALAN 1

SOALAN 2

SOALAN 3

SOALAN 4

SOALAN 5


PTK : KOMPETENSI UMUM

SOALAN 1

SOALAN 2

SOALAN 3

SOALAN 4

SOALAN 5


LAIN-LAIN KOLEKSI SOALAN PTK ONLINE SILA KLIK DI SINI

Baca Selanjutnya...

Tuesday, August 4, 2009

j-QAF : KURSUS KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH ANJURAN BERSAMA IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DAN JABATAN PELAJARAN PERAK

4 Ogos 2009, telah diadakan Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah Program j-QAF Anjuran Bersama IPGM kampus Tuanku Bainun dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Kursus ini diadakan di Dewan Malinja, Pejabat Pelajaran daerah Kerian. Peserta kursus terdiri daripada guru-guru j-QAF Kerian terutama yang mengajar Bahasa Arab. Jumlah peserta lebih kurang 48 orang, dengan beberapa orang JU Daerah (B.Arab). Kursus telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Shaari B. Mansor dan ucapan pembukaan oleh penyelia pendidikan Islam Ustaz Abd Rahman B. Hj Abd Hamid. Kemudian kursus diteruskan dengan slot Pertama bertajuk "Al'aab Lughawiyah" disempurnakan oleh Ustaz Mohd Akhbar (Sk Dato' Alaudin) dan Ustaz Hj Khairuddin (Sk Teluk Medan). Pada slot yang kedua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti bengkel dengan tugasan yang telah ditetapkan. Manakala sebelah petang setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil tugasan semasa bengkel. Kursus ini bersambung pada hari Khamis 6 Ogos 2009 pada tempat dan masa yang sama.

Baca Selanjutnya...

Monday, August 3, 2009

H1N1: KINI MENYERANG SEKOLAH DI KERIAN

3 Ogos 2009, semua guru, murid dan warga sekolah diwajibkan memakai topeng keselamatan ekoran serangan H1N1 di beberapa buah sekolah di daerah Kerian. Pemakaian topeng keselamatan ini berkuatkuasa pada hari ini dan sehingga suatu masa yang akan diberitahu kelak. Ini merupakan langkah berjaga-jaga dan sebagai satu cara pencegahan dan keselamatan bagi mengelakkan merebaknya virus H1N1 ini. Sekolah yang terlibat ialah SK Matang Gerdu - 1 kematian.(Utusan Harian hari ini).SJK (T) St Mary and SK Wawasan Pekan Baru- 10 kes. SJK (T) Simpang Lima - 12 kes. Pada hari ini sekolah yang tersebut telah ditutup selama seminggu kecuali Sk Matang Gerdu di mana kelas yang membabitkan mangsa yang meninggal dunia telah dikuarantin, begitu juga kelas saudara mangsa. Murid-murid sekolah khususnya di Kerian supaya berhati-hati dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti sentiasa memakai topeng keselamatan, membasuh tangan setiap kali bersalam dengan orang awam, menutup hidung dan mulut ketika bersin aatau batuk, elakkan kerap bersosialisasi dengan masyarakat bagi mereka yang didapati terkena jangkitan virus.

Baca Selanjutnya...

Sunday, August 2, 2009

NISFU SYA'ABAN : MALAM PERTUKARAN BUKU CATATAN AMALAN?

Hari ini 2 Ogos 2009 bersamaan dengan 11 Sya'aban 1430, ini bermakna 4 hari lagi kita akan bertemu malam nisfu sya'aban jika dipanjangkan umur insyaallah.

Nisfu dalam bahasa arab beerti setengah. Nisfu Sya’aban beerti setengah bulan Sya’aban. Malam Nisfu Sya’aban adalah malam lima-belas Sya’aban iaitu siangnya empat-belas haribulan Sya’aban.

Malam Nisfu Sya’aban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Sya’aban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu Sya’aban. Sesunguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu Sya’aban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Sya’aban)

Sumber: http://e-malabari.net/ugama/

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP