Thursday, September 9, 2010

ADAB BERHARI RAYA

Hari ini 28 Ramadhan bermakna beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan 1 Syawal hari kemenangan setelah sebulan melawan hawa nafsu menahan dari makan dan minum, dan hari dikembalikan manusia kembali kepada fitrah asal (eidulfitri) yakni dihalalkan kembali untuk makan dan minum di siang hari. 1 Syawal merupakan anugerah dari Allah kepada hambanya yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan cemerlang. 1 Syawal adalah hari eidilfitri atau hari raya merupakan hari bergembira bagi setiap insan tidak kira tua dan muda, miskin atau kaya.Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya berpakaian cantik atau baru pada hari raya. Namun pada masa yang sama Islam menggariskan adab-adab ketika meraikan atau menyambut hari raya. Antaranya adab di hari raya seperti berikut :

Pertama : Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dan takbir itu ialah merupakan ibadah.

Kedua : Menurut Syeikh Qulyubi di dalam Kitab Hasyiah telah menyebutkan bahawa menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Sunat Tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga : Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat : Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.

Kelima : Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Dari Anas ia berkata : Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja' telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata : Telah menceritakan Anas dari Nabi s.a.w. : Dan Baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil". (HR Bukhari)

Keenam : Menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain, sebagaimana hadis yang maksudnya : "Dari Al-Baraa' ia berkata : Aku mendengar Nabi s.a.w. berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang".

Ketujuh : Sunat doa-mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya : Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Begitulah indah dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari kegembiraan pun terdapat adab-adab dan garis panduan yang memimpin umatnya agar tidak terpesong dari tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai melahirkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t. Itulah perbezaan agama Islam dengan agama-agama lain yang mengadakan sambutan hanya untuk bergembira dan bersuka ria.

Sebagaimana kelazimannya yang diamalkan oleh orang-orang kita, bagi memeriahkan suasana Hari Raya ialah ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi antara satu sama lain khususnya keluarga dan tidak dilupakan jiran tetangga dan sahabat handai, menghulurkan tangan memohon kemaafan demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

Tapi apa yang perlu kita ingat ialah jangan sampai dalam kegembiraan itu kita lupa peringatan agama kita supaya perkara baik itu dijaga dan jangan dicemari oleh perkara-perkara yang tidak elok dan berdosa yang bertentangan dengan hukum syarak seperti bersalaman dengan bukan muhrim, pesta tari-menari dan menjamu dengan benda-benda haram seperti arak dan sebagainya. Orang Islam bukan demikian cara sambutannya kerana perbuatan sedemikian tidak memberi berkat tetapi sebaliknya mendatangkan bala dan laknat Allah s.w.t.

Baca Selanjutnya...

Monday, September 6, 2010

kEmaLanGaN - MaLaNg TiDaK BerBaU



Sempena Musim Perayaan, Berhati-Hati di Jalan Raya
Elakan Kemalangan dan Saman Ekor,
Semoga Selamat Sampai ke Destinasi Yang di Tuju Dengan Selamat
" كل عام وأنتم بخير "
Daripada jqafskpht

Baca Selanjutnya...

Saturday, August 21, 2010

PAHALA MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA

Bulan Ramadhan mempunyai lima keistimewaan yang tiada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, malam lailatul qadar, zakat fitrah, nuzul quran dan amal kebajikan.

Dalam sebuah hadith panjang Rasullullah SAW telah berkhutbah kepada kami pada malam akhir Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud:
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi berkati kerana bulan Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya ialah syurga. Ramadhan pula adalah bulan yang padanya ditambahkan Allah rezeki orang mukmin. Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka adalah pahala baginya seperti pahala memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya diampunkan.

gambar hiasan

Baca Selanjutnya...

Monday, August 16, 2010

RIBUT DI BAZAAR RAMADHAN JASIN

Di sini terdapat beberapa video semasa, dan selepas kejadian ribut yang melanda tapak Bazaar Ramadhan di perkarangan Stadium Jasin Melaka.Ribut yang berupa puting beliung telah berlaku di bazaar Ramadhan di mana saat orang ramai sedang berniaga. Pelbagai spekulasi telah timbul dan diutarkan oleh pelbagai lapisan rakyat. Namun hanya masyarakat persekitaran yang tahu perkara sebenar. Walau bagaimanapun Allah SWT lebih mengetahui sabab musababnya. "Iza arada syai_an Ay yaqulalahuu kun fayakun" Maka kita sebagai insan sayugianya bermuhasabah diri...





Baca Selanjutnya...

Sunday, August 15, 2010

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah Rukun Islam yang ke 3. Setiap insan yang mukallaf wajib menunaikan ibadah puasa. Di samping itu disunatkan juga melakukan ibadah atau amalan seperti :
1. Memperbanyak infaq/shodaqoh
2. Memperbanyak tadarus/membaca al Qur’an
3. Mengakhirkan waktu sahur (mendekati waktu fajar)
4. Menyegerakan waktu berbuka dan setelah berbuka membaca doa berikut
”Dzahabazhzhamaa u wabtallatil ’uruuqu wa tsabatal ajruhu insyaa allaah” (Rasa dahaga telah hilang, urat-urat tenggorokan telah basah dan pahala telah tetap (diberikan Allah) Insyaa Allah. (HR. Abu Dawud)
5. Melakukan sholat Tarawih/qiyamul Ramadhan/tahajud/witir
6. Memperbanyak i’tikaf terutama sepuluh hari terakhir
7. Memberi jamuan berbuka
Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (Bukhari Muslim)
8. Mengerjakan ibadah umrah.
Rasulullah bersabda: “Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.

Semoga kita termasuk orang-orang yang bisa memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita kepada Allah.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 28, 2010

RAMADHAN 1431H : PANDUAN MENGHADAPI BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN

Salam hormat kepada semua pengunjung. Menjelang Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi marilah kita mempersiapkan diri dengan setulus hati bersedia untuk membanyakkan amal. Di sini terdapat beberapa risalah atau tazkirah untuk dikongsikan bersama. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua. Boleh didownload terus dengan klik pada file dalam box di bawah.



Sumber diperoleh dari http://www.islamhouse.com

Baca Selanjutnya...

Tuesday, July 27, 2010

PC FAIR 2010




Jom Pi PC Fair 2010 (ii)

Baca Selanjutnya...

Thursday, July 22, 2010

ESEKOLAH V10.5 : DOWNLOAD

Kepada semua guru j-QAF yang terlibat dengan pengisian data peringkat sekolah diharap dapat memuat turun Format pelaporan Esekolah V10.5 (Esekolah sahaja). ESEKOLAH ini akan digunakan pada pengumpulan data 6 bulan ke-2 iaitu pada bulan OKT/NOV 2010. Untuk download, sila klik pada nama fail berikut : ESEKOLAH V10.5

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 21, 2010

MESYUARAT DATA PROGRAM j-QAF 6 BULAN PERTAMA 2010


Pada 19-21 Julai, bertempat di Dewan Arif Budiman, PPd Larut Matang Selama (LMS) telah diadakan Mensyuarat Data Program j-QAF bagi sesi 6 Bulan Pertama Tahun 2010. Mesyuarat bertujuan pengumpulan data di peringkat negeri Perak. Mesyuarat telah dihadiri oleh 10 orang JU Data Daerah yang mewakili daerah masing-masing dan diketuai oleh seorang JU Data Negeri Perak iaitu Ustaz Ahmad Fuad Bin Idris. Mesyuarat telah disempurnakan oleh Tn Haji Ahmad Lutfi Bin Haji Abu Bakar selaku Pen. Pengarah j-QAF Perak. Alhamdulillah, pengisian dan pengumpulan dapat dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru j-QAF negeri Perak yang juga telah dapat membuat pengisian data pencapaian murid program j-QAF di peringkat sekolah.

JU Data Negeri Perak Ustaz Ahmad Fuad

Baca Selanjutnya...

Monday, July 12, 2010

ESEKOLAH VERSI 10.3 :DOWNLOAD

Sila Download di sini ESEKOLAH V10.3

KETERANGAN MENGENAI ESEKOLAH V10.3:

BAGAIMANA NAK UPGRADE KE VERSION TERBARU IALAH ESEKOLAH V10.3
Ada 2 cara :
CARA PERTAMA
1. Dengan version yang anda gunakan di menu utama, klik butang Eksport > Pilih butang EKPORT.
2. Buka Esekolah.xls V10.3 dan klik butang IMPORT di menu utama > pilih butang UPDATE.
• Kebaikan ialah ia akan import semua data dengan satu klik sahaja. Ini adalah cara terbaik
CARA KEDUA
1. Dengan version yang anda gunakan di metu utama, klik butang Eksport > Pilih butang EPPDJUN.
2. Buka Esekolah.xls V10.3 dan klik butang IMPORT di menu utama > pilih butang EPPDJUN.
• Perhatian : Ia hanya import semua data bulan JUN sahaja. Oleh itu, kena import untuk bulan yang lain pula.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP