Thursday, January 2, 2014

RPT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1 TAHUN 2 DAN TAHUN 3


Assalamualaikum.. di sini tuan/puan boleh muat turum RPT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3 DAN TAHUN 4. Untuk proses muat turun sila seret awan dalam box biru di bawah ke rumahnya.



Baca Selanjutnya...

Wednesday, January 1, 2014

RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 KSSR SESI 2014

Assalamualaikum.. di sini tuan puan boleh muat turun RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 KSSR SESI 2014. Sekian harap maklum dan semoga bermanfaat. Klik nama fail di bawah untuk proses download



Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 25, 2013

RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 KSSR

RPT PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 KSSR BOLEH DIDOWNLOAD. SILA KLIK PADA BOX DI BAWAH ATAU KLIK NAMA FAIL BERIKUT

RPT PENDIDIKAN ISLAM KSSR TAHUN 4


Baca Selanjutnya...

DOA MESYUARAT GURU SESI 20I4


Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan hidup pada tahun 2014 dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Segala puji dan puja pada Mu Ya Allah Engkau izinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami supaya kami dapat menyempurnakan tugasan dan amanah dengan jaya. 

 Justeru itu, kurniakanlah kami kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang tahun. 

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah memberikan kualiti pendidikan terbaik sepertimana hasrat kerajaan yang didokong bersama tanpa mengira latarbelakang dan kepercayaan anak murid kam Jadikanlah kami para guru sentiasa ikhlas sewaktu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran, sentiasa memberi galakan dan pengharapan kepada anak didik kami, bersaing ke arah kecemerlangan secara sihat tanpa meninggalkan perasaan sentiasa ingin menghulurkan bantuan demi merealisasikan institusi pendidikan kami sebagai sebuah institsi kemasyarakatan yang disegani.

 Jadikanlah kami pada awal tahun kebaikan, di pertengahannya keberkatan, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui sepanjang tahun 2014 permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . 

 Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi, sehingga kami mampu menunaikan segala tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan , Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. 

 Ya Allah, jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas dan jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari yang telah berlalu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Baca Selanjutnya...






Selamat Kembali ke Sekolah pada 2 Januari 2014. Semoga tahun ini murid-murid telah mempersiapkan diri dengan azam baru yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada murid Tahun 1 "Selamat datang ke Sekolah Baru" semoga sekolah yang dituju menjadi medan untuk memperoleh ilmu pengetahuan.









Baca Selanjutnya...

Thursday, October 3, 2013

BORANG KELOMPOK KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN SATU

Assalamualaikum, mungkin hampir 4 minggu atau lebih admin tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog jqafskpht kerana kekangan masa dan kerja yang begitu banyak. Justeru, blog ini kelihatan seperti tiada bertuan lagi. Dua minggu kebelakangan ini beberapa orang pengunjung yang admin rasakan mungkin dari kalangan pendidik mohon bantuan kerana mengalami masalah memuat naik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Ada juga yang meminta admin terus forward bahan yg dikehendekai direct terus ke email, pun admin tak sempat juga. Teringat  rebutlah lima perkara sebelum lima perkara... alhamdulillah hari ini telah diberikan masa olehNya mengemaskini blog jqafskpht ini. Di sini admin ingin berkongsi "Borang Kelompok Tahun Satu bagi subjek P.Islam dan Jawi. Ini juga antara bahan yang sering diminta oleh pengunjung blog ini. Klik nama fail untuk proses muat turun Sekian.


Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 17, 2013

RAMADHAN 1434H


1 Ramadhan 1434H yang telah jatuh pada hari Rabu 10 Julai 2013  amatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam yang merinduinya. Anugerah ini jangan dilepaskan begitu sahaja. Ayuh, mari kita mempersiapkan diri dengan setulus hati bagi menjalani ibadah yang dinanti ini. Jangan biarkan ia berlalu tanpa kita memperbanyak amal ibadah, biar Ramadhan al-Mubarak kali ini amal ibadah yang kita lakukan lebih lagi berbanding Ramadhan yang lalu. Untuk bacaan Tazkirah Ramadhan KLIK SINI




Baca Selanjutnya...

Wednesday, June 12, 2013

DOWNLOAD ESEKOLAH V13.1

Assalamualaikum, kini tuan/puan kini boleh muat turun Format ePelaporan (ESEKOLAH v13.1). Untuk proses muat turun, sila seret awan dalam ruangan yang selayaknya, kemudian klik pada nama ESEKOALH untuk prroses yang dimaksudkan. Senoga berjaya.

Baca Selanjutnya...

Thursday, June 6, 2013

KASPERSKY 2013

Kaspersky Internet Security 2013 & Kaspersky Antivirus 2013 Assalamualaikum..kepada para pengunjung yang dihormati tuan/puan boleh mendapatkan key license Internet Security 2013 dan Antivirus 2013 (KASPERSKY)dengan harga mampu milik. Untuk maklumat lanjut hubungi saya melalui sms atau email : jqafskpht@gmail.com 0194203142

Baca Selanjutnya...

Saturday, May 25, 2013

EPELAPORAN v13.1


Assalamualaikum..

Untuk makluman tuan puan sekalian, kini format ePelaporan Versi 13.1 telah mula dikeluarkan dan boleh dimuat turun. Format ePelaporan v13.1 adalah yang paling terbaharu dan digunakan untuk pengisian data progran j-QAF sesi 2013. Versi terbaharu ini datang dengan eSATUv13.1 hingga eENAMv13.1 ini bermakna eSEKOLAH v13.1 akan muncul kemudian mugkin dalam masa terdekat. Oleh yang demikian tuan/puan boleh memuat turun apa yang telah dimuat turun ini dahulu. Untuk proses muat turun sila klik pada nama fail di bawah.
v

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP