KURSUS PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN, PERAK

29 Julai hingga 31 Julai 2009 telah diadakan Kursus Pembinaan Web Pendidikan Islam Daerah Kerian. Kursus ini bertempat di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah. Para peserta terdiri daripada GPI dari sekolah menengah dan rendah, guru SABK serta guru j-QAF yang semuanya berjumlah 25 orang. Kursus ini lanjutan dari taklimat yang telah diadakan pada minggu lepas di PPD Kerian. Kursus dimulakan dengan taklimat dan kata aluan dari Ustaz Hasbullah B. Hj Ahmad pada petang 29 Julai sekitar jam 3.30. Kemudian kursus disambung pada sebelah malam dengan slot yang pertama dan telah disampaikan oleh En Azhar yakni Penyelia Portal PPD Kerian. para peserta telah didedahkan dengan banyak perkara berkaitan pembinaan web. Turut serta bersama peserta Tn Hj Abdul Rahman B. Hj. Hamid Penyelia Pendidikan Islam daerah Kerian.
Antara gambar semasa kursus KLIK SINI jika ingin melihat gambar lain sepanjang kursus
KURSUS PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN, PERAK KURSUS PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN, PERAK Reviewed by صوفي اسحاق on 3:28 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.