SEMINAR PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG KKGUMB PERAK KALI KE-38

Parit Buntar, 26 Oktober 2009 telah diadakan Seminar Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Seminar ini bertempat di Dewan Seri Kerian. Pada majlis yang sama turut diadakan Mesyuarat Agung KKGUMB Perak Kali ke-38. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan pelajaran Negeri Perak iaitu Ust Wan Ramdzan B. Wan Mamat. Seminar ini telah dihadiri oleh segenap warga pendidik yang terdiri dari GPI dan guru j-QAF Daerah Kerian. Turut serta beberapa orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam JPN Negeri Perak. Mesyuarat Agung KKGUMB Negeri Perak pula telah diwakili oleh setiap wakil daerah, yang terdiri daripada Ajk KKUGMB dan pemerhati. Kini ahli yang berdaftar di bawah Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Negeri Perak (KKGUMB)ialah seramai 430 orang.
SEMINAR PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG KKGUMB PERAK KALI KE-38 SEMINAR PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN MESYUARAT AGUNG KKGUMB PERAK KALI KE-38 Reviewed by صوفي اسحاق on 8:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.