Thursday, July 30, 2009

KURSUS PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN, PERAK

29 Julai hingga 31 Julai 2009 telah diadakan Kursus Pembinaan Web Pendidikan Islam Daerah Kerian. Kursus ini bertempat di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah. Para peserta terdiri daripada GPI dari sekolah menengah dan rendah, guru SABK serta guru j-QAF yang semuanya berjumlah 25 orang. Kursus ini lanjutan dari taklimat yang telah diadakan pada minggu lepas di PPD Kerian. Kursus dimulakan dengan taklimat dan kata aluan dari Ustaz Hasbullah B. Hj Ahmad pada petang 29 Julai sekitar jam 3.30. Kemudian kursus disambung pada sebelah malam dengan slot yang pertama dan telah disampaikan oleh En Azhar yakni Penyelia Portal PPD Kerian. para peserta telah didedahkan dengan banyak perkara berkaitan pembinaan web. Turut serta bersama peserta Tn Hj Abdul Rahman B. Hj. Hamid Penyelia Pendidikan Islam daerah Kerian.
Antara gambar semasa kursus KLIK SINI jika ingin melihat gambar lain sepanjang kursus

Baca Selanjutnya...

KEM BESTARI SOLAT : DOWNLOAD BAHAN BANTU KBS

Salam..

Pengunjung yang dihormati, di sini telah diupload bahan-bahan untuk kegunaan KEM BESTARI SOLAT. Ianya sangat sesuai sebagai bahan bantu dalam perlaksanakan KBS di peringkat sekolah. Bahan-bahan ini blogger dapati dari http://youtube.com/solat dan dari rakan-rakan blogger (j-QAF). Insyaallah ia dapat membantu bagi menarik minat murid dalam mengikuti KBS. Bahan-bahan ini boleh dimuaturun terus dengan KLIK pada icon file. Semoga bermanfaat dalam penyebaran ilmu serta mendidik generasi dan anak bangsa. Proses muaturun terus klik icon dalam kotak seperti di bawah ini.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 29, 2009

SOALAN JAWI : DOWNLOAD

Di bawah berikut terdapat soalan-soalan JAWI yang digunakan untuk pengisian data e-Pelaporan 6 bulan Pertama dan 6 bulan Kedua. Para pengunjung boleh mendapatkan soalan-solan ini dengan mendownload pada file seperti di bawah. Soalan ini adalah soalan yang sama dan digunakan sepanjang tahun.

Baca Selanjutnya...

SOALAN BAHASA ARAB : DOWNLOAD

Salam.. Di sini ada beberapa soalan BAHASA ARAB yang sempat diupload. Soalan ini bersesuaian dengan sukatan pelajaran. Soalan diperolehi melalui rakan blogger dari Selangor, Daerah Sabak Bernam. Para pengunjung boleh muaturun soalan ini dengan klik pada file di bawah.

Baca Selanjutnya...

Monday, July 27, 2009

SYA'ABAN : BULAN KEBESARAN


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sumber http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm

Baca Selanjutnya...

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

24 Julai 2009, pada hari Jumaat yang lepas telah diadakan majlis sambutan peristiwa besar di bulan Rejab iaitu Peristiwa Israk Mikraj. Pihak sekolah di bawah Panitia Pendidikan Islam telah mengundang seorang penceramah dari SK Teluk Medan iaitu Ustaz Mohd Hanif B. Shahabudin. Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi, dan dimulai dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu En. Shahrim B. Shuib. Murid-murid dilihat begitu tertarik dengan ceramah yang disampaikan. Penceramah telah menggunakan pelbagai bahan dalam sesi ceramahnya seperti tayangan gambar melalui LCD, alunan muzik serta nasyid yang begitu menenarik.

Baca Selanjutnya...

Friday, July 24, 2009

PPD KERIAN : TAKLIMAT PEMBINAAN WEB PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KERIAN

23 Julai 2009, bertempat di PPD Kerian telah diadakan taklimat pembinaan web Pendidikan Islam Daerah. Para peserta terdiri dari guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah serta beberapa orang guru j-QAF. Taklimat ini diadakan pada sebelah petang bermula 2.45 ptg sehingga 5.00 petang. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Ust Hasbullah b. Hj Ahmad, Pegawai Khas P.Islam. Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan dari Tn Hj Abd Rahman B. Hj Hamid. Seterusnya peserta telah ditaklimatkan pula oleh En. Azhar pemilik Portal Pendidikan Daerah Kerian. Taklimat ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran awal kepada peserta tentang pembinaan web. Ini sebagai persediaan kepada peserta untuk mengikuti kursus khas berkaitan pembinaan web yang akan diadakan di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani Kedah. Kursus ini akan berlangsung pada 29 Julai dan sehingga 31 Julai 2009. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada semua dan diberkati Allah SWT
Antara gambar yang dirakamkan

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 22, 2009

IHTIFAL j-QAF 2009 : PERATURAN PERTANDINGAN

Salam.
Blogger mengambil inisiatif dengan mengupload beberapa peraturan dan syarat berkaitan ihtifal j-QAF di atas permintaan beberapa pengunjung. Peraturan serta hal berkaitan pertandingan semasa Ihtifal j-QAF ini boleh terus dimuat turun/ download sebagai panduan menjelang Ihtifal j-QAF 2009.. Semoga ianya memberi manfaat.Lihat di bawah untuk proses download.
Segala kesulitan semasa download, boleh terus email ke jqafskpht@gmail.com

Baca Selanjutnya...

Monday, July 20, 2009

KALAM JAMAIE : CONTOH LIRIK/ SCRIPT


assalamualaikum...
Di sini ada 2 contoh skrip kalam jamaie. Salah satu darinya adalah skrip kalam jamaie Naib Johan Peringkat Negeri Perak yang lepas..Semoga contoh skrip ini dapat memberikan panduan bagi menghasilkan atau mencipta skrip yang baru. Semoga Berjaya. Terima Kasih kepada rakan yang menyumbang skrip yakni rakan dari Daerah Perak Tengah.
Para pengunjung boleh mendapatkan skrip ini dengan mendownload file di bawah.

Baca Selanjutnya...

Saturday, July 18, 2009

BAHASA ARAB : BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Di bawah ini terdapat beberapa buah lagu bahasa arab bersesuaian dengan sukatan pelajaran. Para pengunjung boleh muat turun / download lagu-lagu ini sebagai bahan bantu mengajar.


LAGU ALIF BA TA

MASMUKA

MADRASATI

ILALIQOQ

MARHABAN ILA BAITI

AL MAT’AM

BIL AINI ANA ANZUR

THAUBIE

Baca Selanjutnya...

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2

Sabtu 18 Julai 2009, telah diaadakan Kem Bestari solat peringkat sekolah di SK Parit Haji Taib. Kem Bestari Solat ini adalah susulan dari kem-kem yang lalu. Kem ini diadakan bagi murid Tahun 2. Seperti kem-kem yang lepas, aktiviti dimulakan dengan taklimat awal oleh guru, pembahagian kumpulan dan bacaan doa. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Antara aktiviti wajib yang dijalan ialah amali wuduk serta amali solat berjemaah. Di samping itu pelbagai pengisian semasa aktiviti berkumpulan (LDK) dibuat. Laporan akan diupload di sini Insyaallah...

Mendengar taklimat awal guru
Peserta menikmati makan yang disediakan..
Peserta melakukan amali wuduk,
Amali solat antara pengisian wajib KBS

Baca Selanjutnya...

Thursday, July 16, 2009

SEKOLAH-SEKOLAH J-QAF DAERAH KERIAN

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU

ABA3001

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

ABA3002

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH

ABA3003

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK

ABA3004

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' MAS'UD

ABA3005

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU

ABA3006

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU

ABA3007

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JELUTONG

ABA3008

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB

ABA3009

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI AMAN

ABA3010

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BOGAK

ABA3011

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SIAKAP

ABA3012

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBUK PANCUR

ABA3013

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MEDAN

ABA3014

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PIAL

ABA3015

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU

ABA3016

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI

ABA3017

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG KEDAH

ABA3018

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI KERIAN

ABA3019

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HJ WAHAB

ABA3020

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT TOK NGAH

ABA3021

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAHARU

ABA3022

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG

ABA3023

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI STAR

ABA3024

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH KEBUN

ABA3025

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG PIANDANG

ABA3026

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI SERONG

ABA3027

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MEGAT ARIS

ABA3028

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SEMANGGOL

ABA3029

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DEW

ABA3030

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' ALAUDIN

ABA3031

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH

ABA3032

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEPAR

ABA3033

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PINANG

ABA3034

2005

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TUA

ABA3035

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

ABA3036

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN

ABA3037

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA GULA

ABA3038

2008

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KURAU (BARU)

ABA3039

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN BARU PARIT BUNTAR

ABA3040

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN

ABA3041

2007

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN MATANG BULUH

ABB

2006

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

ABB

2006

Baca Selanjutnya...

Tuesday, July 14, 2009

IHTIFAL J-QAF PERINGKAT NEGERI PERAK


Salam..Untuk makluman semua, ihtifal j-QAF peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 9-10 Oktober 2009. Tema ihtifal pada kali ini ialah "Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang". Ihtifal pada tahun ini akan diadakan di daerah Taiping.

Baca Selanjutnya...

MESYUARAT PENGUMPULAN DATA e-PELAPORAN 6 BULAN PERTAMA PROGRAM j-QAF PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Sungai Petani, 13 Julai 2009 bertempat di Hotel Emerald Puteri telah diadakan Mesyuarat Pengumpulan Data e-Pelaporan 6 Bulan pertama Program j-Qaf Peringkat Negeri Perak. Para peserta terdiri dari wakil-wakil daerah yang diamanahkan membuat pengumpulan dan mengisi data pada peringkat daerah seluruh negeri Perak. Selain itu, turut diadakan mesyuarat penyelarasan soalan kuiz menjelang ihtifal. Mesyuarat ini pula dihadiri oleh beberapa orang GPI. Di samping itu juga diadakan mesyuarat para pegawai j-QAF daerah dan JPN yang dipengerusikan oleh Tn Hj Ahmad Lutfi B. Hj Abu Bakar Penolong Pengarah j-QAF Perak.

Gambar-gambar sepanjang Mesyuarat boleh dilihat pada GALERI GAMBAR insyaallah.


Baca Selanjutnya...

Saturday, July 11, 2009

PENGUMPULAN DATA e PELAPORAN PERINGKAT DAERAH KERIAN

10 Julai 2009, PPD Kerian, telah diadakan perjumpaan pengumpulan data e-Pelaporan 6 bulan pertama peringkat Daerah Kerian. Pengumpulan data ini adalah kali ke-dua dan sebelum ini telah diadakan di PKG Bagan Serai pada 6 Julai yang lepas. Mesyuarat pengumpulan data peringkat negeri Perak pula akan diadakan pada 13-15 Julai bertempat di Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah. Terima kasih diucapkan kepada kerjasama semua guru j-QAF dan GPI yang dapat menyiapkan pengisian pencapaian data e-pelaporan sekolah masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.

Baca Selanjutnya...

Friday, July 10, 2009

TIPS: UPSR

Kepada semua murid khususnya murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR . Di sini suka untuk dikongsikan tips sebelum menghadapi peperiksaan. Semoga dengan tips ini dapat memberikan manfaat pada murid-murid dan bersiap sedia sebelum tiba hari peperiksaan.

TIPS : Menghadapi Peperiksaan

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 8, 2009

PELANCARAN BULAN MEMBACA

Pada 6 Julai 2009 telah diadakan Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah di Sk Parit Haji Taib. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Salji B. Hj Yunus. Pelancaran Bulan Membaca ini dilancarkan serentak di seluruh negara pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang bulan ini.

Keterangan lanjut mengenai aktiviti sepanjang Pelancaran Bulan Membaca SK Parit Haji Taib boleh diketahui dengan anda KLIK DI SINI juga KLIK DI SINI

Baca Selanjutnya...

Friday, July 3, 2009

IKLAN YANG MUNGKIN TIDAK PERNAH KITA LIHAT...

Salam...
Kewajipan melaksanakan ibadah solat tidak boleh dipandang ringan. Setiap orang Islam yang mukallaf dituntut melaksanakan solat. Sebaik-baik solat adalah solat yang ditunaikan pada awal waktu dan solat secara berjemaah. Apa juga aktiviti atau perkara serta hal duniawi yang sedang dilakukan perlu ditinggalkan apabila insan yang bernama muslim mendengar panggilan azan. Ini kerana betapa pentingnya, wajibnya mendirikan rukum Islam yang kedua ini. Cuba kita tonton sebentar iklan galakkan melaksanakan solat diawal waktu serta berjemaah ini. Mungkin iklan seperti ini tidak pernah disaksikan. Semoga memotivasikan diri masing-masing.

video

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 1, 2009

REJAB : PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah jugakah kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

WARGA SK PARIT HAJI TAIB

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP