KBS 2010 : KEM BESTARI SOLAT BAGI TAHUN 1 DAN TAHUN 2 SKPHT

23 Januari 2010 bertempat di surau Sk Parit Haji Taib telah dilaksanakan Kem Bestari Solat yang pertama bagi sesi 2010. KBS ini melibatkan murid-murid dari Tahun Satu dan Tahun Dua. Kesemuanya berjumlah 72 orang ( 39 orang Thn 1 dan 33 orang murid Tahun 2 ). Kehadiran murid amat menggalakan. Kem ini dimulakan dengan taklimat, bacaan doa dan pembahagian kumpulan. Kemudian para peserta telah diagihan mengikut kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan diwakili oleh seorang fasilitator. Fasilitator tediri daripa guru j-Qaf dan GPI. Peserta telah didedahkan denhan teori wuduk dan amali, teori solat dan amali solat dan pada akhirnya diadakan amali solat secara berjemaah. Dalam aktiviti LDK pelbagai teknik serta pendekatan telah digunakan oleh fasilitator dalah usaha menarik minat para peserta untukmengikuti dan melibatkan diri dalam KBS ini. Aktiviti berjalan lancar. Insyaalah, kem ke-2 dan selanjutnya akan menyusul mengikut jadual atau taqwim yang telah disediakan, selagi tiada perubahan pada tarikh yang dirancang. Antara gambar semasa perlaksanaan KBS
Peserta terdiri dari murid perempuan
Peserta dari kalangan murid Tahun 1




KBS 2010 : KEM BESTARI SOLAT BAGI TAHUN 1 DAN TAHUN 2 SKPHT KBS 2010 : KEM BESTARI SOLAT BAGI TAHUN 1 DAN TAHUN 2 SKPHT Reviewed by صوفي اسحاق on 9:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.