Wednesday, July 18, 2012

RAMADHAN BULAN PENUH KEBERKATAN


Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Nasyid : Hijjaz 2008

Baca Selanjutnya...

Monday, July 9, 2012

RAMADHAN 1433H


1 Ramadhan 1433H yang telah jatuh pada hari Sabtu 21 Julai 2012  amatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam yang merinduinya. Kini Ramadhan tiba lagi, anugerah ini jangan dilepaskan begitu sahaja. Ayuh, mari kita mempersiapkan diri dengan setulus hati bagi menjalani ibadah yang dinanti ini. Jangan biarkan ia berlalu tanpa kita memperbanyak amal ibadah, biar Ramadhan al-Mubarak kali ini amal ibadah yang kita lakukan lebih lagi berbanding Ramadhan yang lalu. Untuk bacaan Tazkirah Ramadhan KLIK SINI




Baca Selanjutnya...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN





Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 19, 2012

TERBAHARU DOWNLOAD ESATU V12.1



Assalamualikum, kini tuan puan boleh download Format elaporan bagi ESATU V12.1 yang terbaharu setelah didapati pada versi sebelumnya terdapat masalah.. Untuk proses download sila klik pada gambar di atas atau pada pautan berikut : ESATU V12.1

Baca Selanjutnya...

DOWNLOAD ESEKOLAH, ESATU dan EDUA VI2

Assalamualaikum, Tuan/ puan kini boleh muat turun Format ePelaporan Versi Terbaharu VI2. Untuk proses muat turun sila klik pada nama fail di bawah. Tuan/ puan juga diharap dapat membaca keterangan yang telah disertakan dengan teliti. Harap maklum.

ESEKOLAH VI2ESATU VI2 dan EDUA VI2

Baca Selanjutnya...

Wednesday, May 30, 2012

KASPERSKY 20I2 ANTI VIRUS PILIHAN ANDA

Ancaman virus sering kali mengganggu pengguna internet di seluruh dunia. Virus yang mengancam boleh sahaja merosakkan sistem komputer anda. Kadang kala kita terpaksa menghantar laptop ke kedai untuk format/set up. Perlindungan keselamatan semasa melayari internet amat penting. Kini Kaspersky Internet Security 2012 memberikan perlindungan premium daripada virus, Trojan, spam, penggodam, dan banyak lagi. Canggih, pendekatan hibrid untuk keselamatan digital menggabungkan teknologi inovatif, berasaskan mega dengan perlindungan antivirus maju untuk memberikan respons yang lebih cepat dan lebih berkesan. Jadikan Tahun 20I2 anda selamat dan bebas dari virus....

Senarai Harga:
Kaspersky Internet Security 2012

RM60.00 3 User.

RM35.00 1 User.


Senarai Harga:
Kaspersky Antivirus 2012

RM50.00 3 User.

RM35.00 1 User.


CARA PEMBELIAN

Antivirus: sila download direct dari laman web Kaspersky kemudian masukkan key yg dibeli semasa Install.
KAV 2012 = Kaspersky Antivirus
KIS 2012 = Kaspersky Internet Security.

**** Genuine activation code ( 100% Original )
**** Warranty selama 1 tahun
**** Pembayaran boleh dilakukan melalui
Maybank

Maybank2u: 158248366585
AHMAD SUFIE HJ ISHAK
SMS ke 019-4203142

Kepada yang berminat dan untuk mengetahui keterangan dengan lebih lanjut sila hubungi no talian saya seperti di atas.

Baca Selanjutnya...

Monday, May 21, 2012

DOWNLOAD FORMAT eLAPORAN jQAF KELAS_T3-6_V12

Assalamualaikum, Tuan/ puan kini boleh muat turun Format ePelaporan Versi Terbaharu VI2. Untuk proses muat turun sila klik pada nama fail di bawah. Tuan/ puan juga diharap dapat membaca keterangan yang telah disertakan dengan teliti. Harap maklum. FORMAT Elaporan VI2

Baca Selanjutnya...

Thursday, April 26, 2012

LABEL CUTI UMUM HARI PEKERJA 20I2

Tema Hari Pekerja Tahun 2012 adalah "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi". Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi dan selaras dengan Konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan dengan ini hendaklah menggunakan Tema Hari Pekerja Tahun 2012 tersebut dalam semua urusan suratan rasmi dan memo Bahagian/Jabatan YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan. P/S : Pada guru-guru boleh download label di atas untuk lekat pada buku rekod mengajar hari Selasa. ;-)

Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 10, 2012

LABEL CUTI UMUM



Assalamualaikum, hari ni cuti umum sempena Pertabalan Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah sebagai Yang di-pertua Agong Malaysia ke-I4, minggu depan cuti umum lagi pada hari Khamis tapi khas untuk warga Negeri Perak sahaja. Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Kali Ke-84..so, saje le nak kongsi label ni ;-)

Baca Selanjutnya...

Tuesday, April 3, 2012

BAHAN KSSR TAHUN 2


Assalamualaikum tuan/puan, kini anda boleh muat turun bahan KSSR Tahun 2..Especially bahan instrumen. Bahan seperti di dalam kotak di bawah.

Baca Selanjutnya...

Hubungi Admin

BAHAN KSSR UNTUK SATU MALAYSIA

KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

MUQADDIMAH



Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, di daerah Kerian dalam negeri Perak Darul Ridzuan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti Program j-QAF. Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah Parit Haji Taib pada tahun 2007 dan adalah merupakan tahun ke-3 setelah perlaksanaan j-QAF di seluruh negara diadakan. Sekolah ini mempunyai dua orang guru j-QAF dan dua orang guru GPI.
Untuk merialisasikan programj-QAF tanpa gagal, guru GPI dan guru j-QAF di SK Parit Haji Taib ini sentiasa berganding bahu, bersatu padu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti serta program yang berkaitan. Apa yang dibanggakan, setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini sentiasa mendapat kerjasama semua guru-guru juga kakitangan sekolah yang lain.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :

Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dab bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara

MIN AINA ...ILA AINA....

PENAFIAN / DISCLAIMER

© 2009 BLOG J-QAF SK PARIT HAJI TAIB, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini adalah kepunyaan J-QAF SK PARIT HAJI TAIB melainkan dinyatakan sebaliknya. PIHAK JQAF SK PARIT HAJI TAIB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP