RAMADHAN OH RAMADHAN...

Petang tadi singgah sekejap di pasar Ramadhan Masjid Tinggi, subhanallah!! ramai benar orang yang datang membeli juadah berbuka di situ. Saya dengar di situ ada sup tulang "gearbox" yang best. Apa-apa pun semoga dapat beringat semasa berbelanja membeli juadah untuk berbuka janganlah mengikut nafsu, semuanya teringin, sudahnya bila lepas berbuka banyak makanan yang tidak dihabiskan dan berlaku pembaziran. Ingat! bulan Ramadhan tidak mengajar kita melakukan pembaziran bahkan sebaliknya.Ini pula adalah gambar petang Jumaat sehari sebelum Ramadhan di pasar Bagan Serai. Pasar ini telah dikunjungi oleh ramai orang berbanding hari biasa. Setiap sudut pasar dipenuhi dengan orang. Maklumlah esok puasa..persiapan sahur lah tu.
RAMADHAN OH RAMADHAN... RAMADHAN OH RAMADHAN... Reviewed by صوفي اسحاق on 4:18 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.