17 RAMADHAN : PERISTIWA MALAM DITURUNKAN AYAT AL-QURAN PERTAMA KEPADA RASULULLAH S.A.W

Hari ini 13 Ramadhan 1430H ini bermakna 4 hari lagi kita akan menyambut satu lagi peristiwa besar dalam Islam yang mana peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadhan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa nuzul al-Quran yakni Peristiwa di mana ayat al-Quran pertama diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW dan ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Firman Allah S.W.T
“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” Surah al-Baqarah ayat 185.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Peristiwa ini perlu diingat oleh setiap muslim kerana ianya peristiwa besar dan penting kepada muslim dengan diturunkan al-Quran telah menjadi petunjuk dalam kehidupan kita yang lebih sempurana. Wallahua'lam..
17 RAMADHAN : PERISTIWA MALAM DITURUNKAN AYAT AL-QURAN PERTAMA KEPADA RASULULLAH S.A.W 17 RAMADHAN : PERISTIWA MALAM DITURUNKAN AYAT AL-QURAN PERTAMA KEPADA RASULULLAH S.A.W Reviewed by صوفي اسحاق on 8:10 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.