Pada 3, 4 dan 5 Oktober yang lepas Panitia Agama Islam dan Unit j-QAF Sk Parit Haji Taib telah mengadakan Kem Aqil Baligh bagi murid-murid Tahun 6 yang baru sahaja menempuhi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kem diadakan bermula jam 8.00pagi hingga l.00 petang setiap hari, selama tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah aktiviti dan program berjalan lancar dan baik. Program dimulai dengan pendaftaran peserta dan taklimat umum. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ceramah "Perkembangan Awal Remaja" yang telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Kerian Pn Hjh Norhasimah Hj Aini. Antara modul atau slot lain yang turut memuat dalam kem ini seperti teori wuduk dan amali, teori solat, bacaan dan amali, teori thaharah dan amali (Jenis-jenis najis serta cara menyucikan) Teori solat jenazah serta amali, teori tayammum dan amali dan amali mandi wajib juga turut dilakukan oleh para peserta. Setiap slot diadakan tugasan berkumpulan (LDK). Kesimpulannya kem yang diadakan mendapat sambutan baik oleh peserta dan berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada fasilitator dan semua guru-guru yang lain kerana turut sama menjayakan aktiviti/ program ini.
PROGRAM SELEPAS UPSR SK PARIT HAJI TAIB 20l2
Reviewed by صوفي اسحاق
on
4:27 AM
Rating:
No comments:
Post a Comment