SEKOLAH MULA DIBUKA DI BEIJING


BEIJING: Pelajar di dua bandar utama China, Shanghai dan Beijing kembali bersekolah hari ini, selepas lebih tiga bulan sekolah ditutup, berikutan perintah berkurung di seluruh dunia dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.Selain itu, empat negara Eropah yang terjejas terus juga mencatatkan penurunan bilangan kematian memperlihatkan harapan itu kembali pulih dalam masa terdekat.

Meskipun begitu pakar dan pemimpin kerajaan berkata, tiada jangka masa tepat untuk memulihkan kembali ekonomi dan pada masa mengekalkan keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan.Itali dan New York menarik balik sebahagian perintah berkurungnya, sementara Perancis dan Sepanyol pula dijangka menuruti langkah itu pada minggu ini dengan puluhan ribu murid di Shanghai dan Beijing kembali bersekolah selepas berbulan-bulan sekolah ditutup."Saya gembira kerana sudah terlalu lama tidak berjumpa rakan sekelas. Saya begitu rindukan mereka. "Di rumah, sukar untuk berada di hadapan komputer sepanjang hari dan ia tidak terlalu baik untuk proses pembelajaran," katanya Hang Huan, gadis berusia 18 tahun dekat Shanghai di sini.

Hanya pelajar tahun akhir sekolah menengah dan sekolah tinggi di Shanghai dibenarkan kembali ke sekolah hari ini, sementara di Beijing hanya pelajar tahun akhir di universiti dibenarkan kembali ke kampus atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan.Setiap pelajar perlu menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk dan menunjukkan kod kesihatan 'hijau' di aplikasi yang mengesan risiko jangkitan virus, kata Kementerian Pendidikan China.

COVID-19, virus yang mula dikesan di China pada akhir tahun lalu berjaya dipulihkan di negara itu, namun kerajaan akan meningkatkan langkah pencegahan dan kawalan, berikutan kebimbangan berlaku kes jangkitan import dari warga negara luar.Lebih 250,00 kematian direkodkan seluruh dunia dan lebih daripada satu per empat itu dari Amerika Syarikat.Itali menjadi negara mencatatkan korban tinggi dengan merekodkan lebih 26,000 maut, diikuti Sepanyol, Perancis dan Britain, juga lebih 20,000 kematian.

Bagaimanapun pada hari ini, Britain mencatatkan bilangan terendah bagi kematian harian sejak 31 Mac lalu, sementara Itali dan Sepanyol juga melaporkan perkembangan baik dalam bulan ini.


Sumber : https://www.msn.com/en-my/news/berita/covid-19-pelajar-kembali-ke-sekolah/ar-BB13fseQ?ocid=spartanntp


SEKOLAH MULA DIBUKA DI BEIJING SEKOLAH MULA DIBUKA DI BEIJING Reviewed by صوفي اسحاق on 6:48 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.