TAKLIMAT e-LAPORAN ENAM BULAN PERTAMA PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH KERIAN



-->
Salam…

23 Jun 2009, Parit Buntar, bertempat di Dewan Malinja Pejabat Pelajaran Daerah Kerian, telah diadakan taklimat e-Pelaporan Program j-QAF Peringkat Daerah. Taklimat ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Para peserta terdiri dari guru-guru j-QAF dan GPI sekolah-sekolah rendah Daerah Kerian. Hampir 45 orang guru telah hadir bagi mewakili sekolah masing-masing. Tujuan taklimat adalah untuk memberikan penerangan kepada guru-guru berkaitan pengisian dan pengumpulan data pencapaian murid enam bulan pertama yang menggunkan format terbaru e-Pelaporan Versi 9.3. Taklimat dimulakan dengan ucapan oleh Tn Haji Abdul Rahman B. Hamid yakni selaku Penyelia Pendidikan Islam PPD Kerian, dan ucapan dari Pegawai Khas j-QAF Daerah Ust. Hasbullah. Kemudian taklimat/bengkel diteruskan dan disampaikan oleh “blogger” yang diamanahkan sebagai JU Data/ ict Daerah dari Sk Parit Haji Taib. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semua guru dapat memahami panduan pengisian maklumat pencapaian murid dengan baik. Selain itu turut disampaikan taklimat berkaitan ihtifal j-QAf yang disempurnakan oleh Ust. Redhaudin dari Sk Matang Gerdu. (JU Negeri).

TAKLIMAT e-LAPORAN ENAM BULAN PERTAMA PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH KERIAN TAKLIMAT e-LAPORAN ENAM BULAN PERTAMA  PROGRAM j-QAF PERINGKAT DAERAH KERIAN Reviewed by صوفي اسحاق on 3:20 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.